NEVER EVER GIVE UP!!!

Seminar Fiqh Wanita dan Kenegaraan

Program ini berlangsung, pada tahun 2013 di Universiti Malaysia Cawangan Nilam Puri bersama Dr Asri Zainal Abidin (USM) dan Prof Dr Najibah (UIA).

MOTIVASI KEJAYAAN : Be Confident!!!

Tidak Salah Menghormati Orang Lain, Namun Jangan Pernah Pandang Rendah Pada Diri Sendiri.

PENCETUS UMMAH MUSIM PERTAMA

Perjalanan Di Pencetus Ummah Mengajar Saya Banyak Perkara, Betapa Penting Seorang Daie "WAJIB BERILMU". Disebabkan itu saya bermusafir ke JORDAN untuk menimba ILMU.

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KONVOKEYEN KIAS NILAM PURI (2013)

Waktu ini saya sudah berada di Jordan. Dan ini HADIAH terindah buat IBU SAYA yang tak pernah putus asa memberi semangat untuk saya terus berlari laju dalam KEMBARA ILMU ini.

Motivasiagama Training And Consultancy (MATC)

MATC adalah sebuah syarikat MOTIVASI yang saya kendalikan sendiri. Hampir seratus buah sekolah dan IPT telah menjemput saya berkongsi pengalaman kehidupan saya dari pelajar gagal di kelas Terakhir hingga Berjaya seperti hari ini. Diploma in Mechatronic Engineering, Diploma in Syariah and Bachelor in Fiqh and Usul Fiqh (Jordan)(Last Sem).

Thursday, December 17, 2009

HARAPAN SEBUAH PERPADUAN UMMAH

PERPADUAN UMMAH

Bismillahhirahmanirahim . . .

“Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara”

(Surah Al-Hujurat: 10)

Artikel ini ini ditulis bukan atas dasar politik kenegaraan, namun atas dasar kasih sayang sesama Islam seperti ayat Allah s.w.t diatas. Hari ini negara kita mengalami terlalu banyak kecamukan dalam negara hingga membuka ruang seluasnya untuk ‘orang lain’ mengambil kesempatan dan meminta perbagai tuntutan warisan diatas keruntuhan ukuwah Islam antara kita. Semua ini hanya menjadikan kita lemah disamping menguatkan kuasa ‘orang lain’ dan memungkinkan kita akan dijajah diatas kesombongan politik yang melampau hingga meletakkan hukum Allah mengatasi logikal politik kita. Benar seperti firman Allah s.w.t

“Dan janganlah kamu bersengketa, maka kamu akan gagal (lemah) dan hilang kehebatan kamu”.

(Surah Al-Anfal: 46)

Mungkin kita perlu merujuk fakta sejarah yang lebih lampau berbanding sejarah persengketaan yang dicanangkan pada 1975. Perang Jamal sebenarnya telah menggambarkan segalanya. Betapa menyesalnya Saidina Ali Bin Abi Talib bila melihat Talhah bin ‘Ubaidah terbunuh kita itu. Sehingga Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a. yang berada di pihak yang bertentangan dengan Talhah melihat jenazah Talhah yang terkorban berkata:

“Semoga Allah merahmatimu wahai Abu Muhammad (Talhah)! Amat berat perasaanku melihat engkau diserang di bawah bintang langit. Kepada Allah aku mengadu kelemahan dan dukacitaku. Demi Allah! Aku lebih suka sekiranya aku meninggal sejak dua puluh tahun yang lalu. (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/257). Namun penyesalan ketika itu tidak lagi dapat mengubah catatan sejarah.

Kita sepatutnya mengambil iktibar daripada sejarah ini. Para sahabat sebenarnya tidak bersalah namun tertipu dengan perancangan rapi pengkhianat Abdullah bin Saba’ yang mengadakan serangan mengejut lantas menjerumuskan tentera Ali dan Aisyah ke kancah pertempuran sesama Islam. Jangan lagi kita mengulangi ‘perang saudara Islam’ yang hanya merugikan kita.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”

(Surah al-Hujurat: ayat 10).

Namun anehnya, bila proses perdamaian berlaku. Ada sahaja golongan yang menentangkan suruhan Allah seperti ayat diatas seolah-olah ingin ‘mengulangi sejarah’ perang Jamal dan kisah pengkhinatan Abdullah Bin Saba’. Adakah kita masih lagi angkuh dengan meletakkan ideologi politik kita mengatasi kemaslahatan umat Islam. Sahabat seislamku, terlalu banyak suruhan Nabi Muhammad untuk kita bersatu.

Nabi s.a.w menyebut: “Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabah: Bahkan. Sabda baginda: “Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)”

(Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Dan nabi kita melarang kita berkeras hati dan berterusan dalam perbalahan

“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Firman Allah s.w.t: (maksudnya)

..kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (RasulNya (al-Sunnah) – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

(Surah al-Nisa: ayat 59).

Jelas semua persengketaan kita perlu dirujuk pada Quran dan Al-Hadist dan bukan pada pengalaman politik kita semata-mata. Manusia adalah makluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t untuk berfikir berpandukan Quran dan Hadist. Jesteru itu, amat tidak pantas bagi kita membelakangkan dalil sahih yang ada dan berhujah dengan pengalaman politik kita semata-mata.

Mungkin sejarah perang Jamal terlalu lama untuk dirungkaikan hingga menimbulkan keraguan kepada mereka yang ketandusan ilmu sejarah Islam. Baik kita rujuk sejarah yang tak sampai satu dekad meninggalkan kita. Perang Iraq, pasti ramai yang mengetahuinya. Semuanya bermula bila ada rakyat Iraq sendiri yang belot kononya dizalimi dan ditindak oleh Saddam Hussin.

Terus mereka berpakat dengan kafir Amerika untuk menjatuhkan Saddam Hussin, seorang pemimpin yang beragama Islam kepada sebuah negara Islam. Akhirnya apa yang rakyat Iraq dapat hari ini??? Hujan peluru hidup, dentuman bom yang mencacatkan anak kecil, anak gadis dan isteri mereka diperkosa, kemiskinan, jenayah berluasa dan apa yang tidak ada selain kesengsaraan dan tangisan kelaparan sahaja.

Orang-orang beriman tidak akan mengambil orang kafir sebagai pemimpin mereka dengan mengetepikan orang beriman. Barangsiapa yang melakukan perkara tersebut, maka Allah tidak akan merestuinya.

(Surah Al-Imran:28)

Hari ini kita bergabung dengan dengan bukan Islam untuk menjatuhkan kerajaan yang kononya sangat-sangat zalim. Persoalanya, Adakah kezaliman pemimpin kita sezalim Saddam Hussin yang telah membunuh ribuan puak Kurdish dengan senjata kimia?. Kita hari ini berbangga bersatu dengan pemimpin bukan Islam yang kononya lebih adil. Sedangkan meja perdamaian untuk ‘Persaudaraan Islam’ dinafikan?.

Namun alhamdullillah, Allah s.w.t masih sayangkan kita. Nasaruddin ke-2 @ Ustaz Nasaruddin Tantawi telah dibukakan hatinya oleh Allah untuk menghulurkan bunga-bunga perpaduan kepada Datuk RazaliIbrahim. Sama-sama kita doakan. Moga-moga bunga-bunga perpaduan ini akan menghasilkan pokok perpaduan yang utuh bertungjangkan kasih sayang sesama Islam.

“Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

(Surah Al-Hujurat:9)

PENGAHARAMAN DAGING BABI DAN KESANNYA

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ

Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi.

Surah Al-Baqarah : 173

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Sehingga artikel ini ditulis. Sudah kurang hampir seramai 120 orang diseluruh dunia mati akibat selesema Babi.

Babi adalah sejenis haiwan yang dagingnya telah diharamkan oleh Islam. Allah berfirman didalam ayat diatas. Ayat ini diturunkan 1400 tahun yang lepas yang kalau dilihat pada zahir ayat ketika itu tidak ada relevennya dengan umat Islam untuk memakan daging babi tersebut. Namun nyata ayat ini jelas mengambarkan kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t. Ternyata pengharaman ini langsung tidak sia-sia namun sangat bermakna bagi orang yang berfikir.

Pada tahun 1918 virus influenza telah melanda dunia dan membunuh lebih kurang 20 juta orang manusia. Virus ini datang dari babi di Amerika dan menjangkiti tentera Amerika pada Perang Dunia Pertama. Rujukan The Civil Abolitionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human. http://web.linkny.com/~civitas/page56.html

Kalam Allah diatas umpama amaran awal kepada seluruh umat manusia akan bahayanya virus influenza ini. Namun kerana kealpaan kita dan sifat mengambil mudah atas hukum Allah ini, meneroboskan kita ke ruang lingkup keadaan yang akan mengugat nyawa umat Islam secara keseluruhnya. Penulis tidak mahu menyajikan fakta virus babi ini dengan banyak, kerana ramai dikalangan kita sudah tahu dan boleh mendapatkan rujukan mengenainya dengan mudah di internet dan didada akbar.

Namun apa yang ingin penulis ketengahkah adalah berkaitan dengan sikap umat Islam yang berkompromi dengan pengharaman babi walaupun mengetahui dalil khusus dan fakta sains tentang virus pembunuh ini. Penulis masih teringat satu peristiwa berkaitan isu babi ini pada tahun lepas. Sebuah kerajaan negeri yang dengan bangganya mengistiharkan dalam sebuah sidang akbar bahawa mereka merancang untuk mengadakan satu ladang penternakan babi yang mengunakan teknologi tinggi dari Jerman bagi mengumpulkan seluruh ladang babi yang ada berselerak di negeri terbabit.

Apa yang menyedihkan penulis, pengistiharan itu dilakukan oleh seorang pemimpin Islam dan disebelahnya didokong dengan sebuah kumpulan yang meletakkan hukum Allah sebagai perjuangan mereka. Semuanya memberi alasan bahawa perlunya bagi umat Islam menghormati agama lain. Ya, penulis menghormati niat baik pemimpin-pemimpin terbabit. Namun sebagai pemimpin yang meletakkan perjungan agama sebagai asas mereka. Amat tidak pantas bagi mereka membelakangkan sudut ilmu berbanding dengan strategi politik mereka.

Islam adalah agama yang adil yang menghormati semua kaum dan agama yang ada didalam negaranya. Pemimpin Islam sepatutnya menjaga semua kaum yang ada dalam negaranya dengan baik dari semua segi, pelajaran, kesihatan, kewangan dan sebagainya. Islam menghormati golongan bukan Islam yang memakan babi, namun sebagai pemimpin yang mengetahui akan kesan negativenya pada mereka. Pemimpin terbabit sepatutnya mengadakan kempen besar-besaran dalam memberikan kesedaran kepada golongan ini akan bahanya daging babi.

Kesempitan minda kita, kononnya isu akan mengganggu hubungan antara kaum dan merupakan satu bentuk penindasan kepada mereka adalah satu bentuk pemikiran yang amat dangkal. Isu disini bukan berkaitan dengan penindsan kaum atau agama. Namun isu kelangsungan hidup. Kita pasti tidak mahu Virus JE yang melanda negara kita yang telah membunuh hampir seratus lebih orang suatu ketika dahulu. Untuk fakta majoroti yang mati pada ketika itu adalah penternak babi dari kalangan bukan Islam. Jelas isu ini berkaitan kelansungan hidup sahabat kita dari kalangan bukan Islam. Adakah ini juga bentuk penindasan bagi mereka!!!

Sekali lagi penulis tekankan, artikel ini ditulis diatas pentas ilmu. Penulis masih teringat akan sebuah ceramah oleh Dr Asri Zainal Abidin pada malam selepas perdebatan beliau dengan Astora Jabat. Beliau menyatakan hukum Allah ini bukan milik mana-mana pihak yang memperjuangkannya, tapi milik Allah s.w.t. Katanya lagi, apa sahaja masalah yang timbul perlu dirujuk dari sudut ilmu terlebih dahulu. Barulah kita melihat kemana arah condongnya ilmu itu. Samaada pada A atau B.

Jesteru itu pada hemat penulis, inilah masa yang sesuai untuk kita melancarkan kempen kesedaran besar-besaran berkaitan isu babi ini. Kita gerakkan semua tenaga kerja yang kita ada. Isu babi ini adalah isu dunia sekarang. Kita selama ini telah melancarkan kempen besar-besaran tentang padahnya rokok pada kesihatan manusia. Apasalahnya kita mengunakan methode yang sama untuk menagani isu babi yang pastinya seratus kali lagi bahaya berbanding rokok yang mana boleh membunuh manusia hanya selepas seminggu sahaja dijangkiti.

Penulis juga ingin mencadangkan, agar ladang babi terbabit dipindahkan ke sebuah pulau. Penulis juga menyedari cadangan ini akan menelan belanja yang lebih besar. Namun dibandingkan dengan nilaian harga nyawa seorang manusia lebih-lebih lagi Islam yang akan menanggung risiko dijangkiti virus pembunuh ini pastinya kos itu boleh diabaikan. Penulis berharap semua pihak dapat melihat isu ini dengan fikiran yang terbuka. Penulis bersedia menerima dengan terbuka apa bentuk kritikan mahupun hinaan. Apa yang baik datang dari Allah dan apa yang kurang sempurna itu datang dari penulis. Wallahhua’lam.

Yang fakir,

Al-hafidz

Wednesday, April 15, 2009

RINTIHAN TAUBAT




Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak Dosa yang menghiris hati


Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku...



Sunday, March 8, 2009

Maulid: Antara Sejarah Dan Amalan

Para sarjana sejarahwan Islam berbeza pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi s.a.w. Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim hanya menyebut bahawa baginda lahir pada hari Isnin tanpa menyebut haribulannya. Sesiapa yang membaca karya-karya sejarah Islam yang besar seperti al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) akan melihat berbagai pendapat tentang haribulan dan bulan kelahiran baginda s.a.w.


Bagi yang berpendapat baginda lahir pada Bulan Rabi’ul Awwal, mereka berbeza pendapat pula dalam menentukan haribulannya. Ada yang menentukan pada 8 haribulan, ada yang pada 9 haribulan, ada pula pada 12 haribulan seperti yang menjadi anggapan ramai, ada juga pada 17 haribulan dan seumpamanya. Di samping di sana ada pula sarjana Islam yang menyatakan baginda lahir pada Bulan Ramadan dengan hujah-hujah mereka yang tersendiri.

Apa pun yang penting, sejarahwan Timur atau Barat, Utara atau Selatan tidak pernah berbelah pendapat tentang lahirnya seorang insan bernama Muhammad bin ‘Abdillah yang diikrarkan oleh umat Islam sebagai rasul terakhir yang diutuskan Allah. Hal ini berbeza dengan Jesus yang berada dalam gambaran Barat. Setengah ahli kajian mereka mempertikaikan tentang kelahiran Jesus itu sendiri.

Kelahiran Nabi s.a.w adalah peristiwa yang amat penting kerana ia peristiwa yang memulakan episod baru bagi kehidupan manusia sejagat. Penentuan haribulan atau bulan secara tepat bukanlah faktor utama. Tidak dapat menentukan tarikh lahir yang pasti, bukan bererti seseorang itu tidak wujud. Entah berapa ramai para nabi, tokoh, individu yang gagal dikesan tarikh kelahiran mereka, tetapi mereka wujud dan telah mewarnai sejarah.

Kegagalan sarjana untuk mengetahui hari dan bulan sebenar kelahiran Nabi s.a.w antaranya berpunca daripada tindakan para sahabah Nabi s.a.w yang tidak merayakan tarikh tersebut. Walaupun dalam sejarah Islam, merekalah generasi yang paling mencintai Nabi s.a.w namun mereka tidak membuat perayaan khas hari kelahiran baginda disebabkan kerana mereka tidak melihat baginda melakukan hal yang demikian.

Bahkan Ibn Kathir menceritakan bagaimana Saidina ‘Umar apabila dicadangkan permulaan tahun Islam dikira pada tahun kelahiran Nabi s.a.w, beliau menolaknya. Sebaliknya khalifah agung itu memilih tahun hijrah baginda sebagai permulaan kiraan. Bukan kelahiran tidak penting, tetapi hijrah adalah permulaan kejayaan dan sejarah perjuangan. Perkara yang paling utama buat seorang rasul ialah baginda diikuti, bukan sekadar dirayakan. Saban tahun orang Kristian Barat merayakan kelahiran Jesus, namun apakah kehidupan mereka sama seperti yang diajar oleh Jesus?

Hari berganti dan bertukar. Dunia Islam beralun dengan berbagai krisis politik yang akhirnya mencetuskan mazhab. Antaranya Mazhab Syiah yang asalnya merupakan mazhab politik, bertukar menjadi mazhab agama dengan segala macam aliran di dalamnya. Islam sepatutnya mencorakkan politik telah bertukar menjadi ‘politik mencorakkan Islam’. Lalu kefahaman agama dibina di atas blok-blok politik, bukan reka fikir politik itu diwarnakan oleh Islam. Maka perebutan kuasa berlaku atas agenda politik yang dimasukkan unsur Islam ke dalamnya. Maka berselerakanlah umat Islam akibat agenda politik berbagai aliran.

Di Mesir, Syiah Fatimiyyah pernah menguasai tampok kuasa. Berbagai agenda agama dilaksanakan dalam kerangka pemikiran mazhab politik yang bertukar menjadi agama. Berbagai perayaan agama dibuat dengan tujuan untuk mencapai matlamat politik yang tersendiri.

Dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s. Kemudian pada tahun 488H dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta’la billah. Kemudian dihidupkan kembali oleh sesetengah kerajaan dan negeri. Demikianlah sejarahnya.

Ya, saya fikir, perasaan bersyukur mengenangkan sejarah kelahiran Nabi s.a.w dengan semangat untuk mengikuti baginda adalah wajar. Di samping kita perlu sedar fakta-fakta yang disebutkan tadi. Jika Bulan Rabi’ul Awwal ini dikatakan bulan kelahiran Nabi s.a.w, maka tidak salah untuk kita berceramah menceritakan sejarah perjuangan dan prinsip-prinsip Islam yang dibawa oleh baginda. Sama ada pada bulan ini atau selain. Sama seperti apabila kita melintas suatu tempat bersejarah, kita mengenang sejarah tersebut. Cuma janganlah kita ini menjadi manusia bermusim yang hanya mengenang rasul dan ajaran baginda pada hari-hari tertentu, tetapi kita seakan sudah tidak mengingati baginda selepas itu.

Di samping itu, hendaklah kita sedar, jika kita mengikuti Nabi s.a.w, maka pastikan kita tidak menokok tambah ajaran baginda apa yang baginda tidak izinkan. Baginda bersabda:

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak” (Riwayat Muslim).

Oleh kerana baginda tidak pernah menunjukkan kita ibadah khas sempena kelahiran baginda samada solat khas, atau puasa khas atau bacaan khas, maka kita tidak boleh mengadakannya. Jalan yang patut diikuti dalam masalah ini adalah jalan para sahabah baginda s.a.w. Sabda baginda s.a.w:

“..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka bertanya: “Apakah puak itu wahai RasululLah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya”. (Riwayat al-Tirmizi dinilai sahih oleh al-Diya al-Maqdisi).

Perlu diingat, antara keistimewanya sejarah Nabi s.a.w kerana ia dapat dikenal pasti antara yang tulen dan tokok tambah. Ini berbeza dengan sejarah pengasas-pengasas agama dalam dunia ini yang hampir keseluruhan sejarah mereka dibina atas sangkaan atau perkhabaran yang tidak pasti. Ilmu hadis yang menapis sanad dan matan telah memelihara fakta sejarah nabi kita Muhammad s.a.w. Hanya sejarah yang pasti sahaja yang menjadi ikutan kita, bukan yang direka.

Kata al-Sayyid Sulaiman al-Nadwi:

“Sesungguhnya sirah yang berhak diikuti oleh manusia sebagai contoh yang baik dan teladan yang tinggi disyaratkan terlebih dahulu mestilah bersifat tarikhiyyah (sejarah). Adapun sirah yang tertegak diatas dongengan dan cerita-cerita khurafat yang tidak disokong oleh riwayat-riwayat yang dipercayai kesahihannya, adalah menjadi tabiat insan tidak akan terpengaruh dengan apa yag diceritakan kepadanya tentang sirah peribadi yang direka sedangkan sejarah tidak pernah mengenalinya” (Sulaiman al-Nadwi, al-Risalah al-Muhammadiyyah, m.s. 41, Saudi: al-Dar al-Sa`udiyyah).

Buku Maulid al-Barzanji yang banyak dibaca dalam masyarakat kita ketika majlis kenduri-kendara atau selainnya mempunyai sumbangan yang tersendiri. Banyak sirah yang sahih dicatatkan oleh penulis karya tersebut iaitu Ja’far bin Hasan bin `Abd al-Karim al-Barzanji (meninggal 1187H). Namun satu hakikat yang diboleh dinafikan dari segi ilmu hadis bahawa terdapat fakta-fakta yang tidak sahih dalam buku al-Barzanji tersebut. Antaranya, beliau menyebut:

“Telah hadirlah pada malam kelahiran baginda (Nabi s.a.w.) Asiah (isteri Fir`aun yang beriman) dan Maryam (ibu Nabi Isa a.s.) dalam kumpulan wanita dari syurga)”.

Tiada satu riwayat yang sahih daripada Nabi s.a.w yang mengakui peristiwa seperti ini. Sehingga seorang pengkaji sejarah Muhammad Muhammad Hasan Syurrab menyebut:

“Wajib kita berhati-hati ketika memetik dari buku-buku sirah terutamanya buku-buku sirah yang terkemudian. Para rawinya (periwayat) banyak menokok tambah cerita dan sirah Rasulullah. Mereka mengaitkan kepada baginda mu’jizat dan perkara-perkara luar biasa sejak kelahiran sehingga kepada kewafatan baginda dengan perkara yang tidak ada sanad yang boleh dipegang. Seakan-akan para rawi ini melihat tujuan penambahan perkara-perkara luar biasa ini untuk memberikan kepada Rasul a.s. mu’jizat-mu’jizat yang tidak ada pada para nabi sebelum baginda (Muhammad Muhammad Hasan Syurrab, Fi Usul Tarikh al-`Arab al-Islami, m.s. 84, Damsyik, Dar al-Qalam).

Kita semua bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Namun kita wajib pastikan cara kita ikut dan faham mengenai baginda. Saban tahun banyak pihak yang meraikan maulid, apakah umat Islam bertambah dekat dengan baginda?

SALAH FAHAM TERHADAP SUNNAH PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim

Perkahwinan adalah suatu sebutan yang manis di kalangan para “Syabab dan Akhawat” kerana ini adalah “ Sunnatul Hayah” yang telah di tentukan oleh Allah swt kepada Bani Adam dan Banat Hawwa. Ianya menjadi impian setiap Syabab dan Akhawat bahkan mereka yang telahpun merasai nikmat perkahwinan juga tidak ketinggalan. Tetapi mengapa kita merasa takut dan gerun apabila berbincang tentang perkahwinan atau ‘Az-Zawaj’ secara serius sama ada dengan keluarga atau kawan. Bahkan kita cuba berdolak dalih dengan berbagai alasan yang dibuat-buat untuk mengelakkan diri dari ‘alam perkahwinan’, sunnah yang di ajar oleh penghulu anak Adam alaihissolatu wassalam. Sedangkan kitalah orang yang paling lantang apabila berbual dengan kawan-kawan tentang perkahwinan.

Para pelajar samada siswa atau siswi dan golongan muda-mudi yang hidup dalam masyarakat yang terbuka, terdedah kepada maksiat yang boleh didapati dengan mudah dan senang – kecuali mereka yang di pelihara oleh Allah – adalah golongan yang suka beralasan dan berdolak dalih untuk melarikan diri dari sunnah ini.

Antara alasan atau hujjah yang mereka berikan ialah takut mengganggu pelajaran, mahu enjoy dulu masa muda, buat menyusahkan diri dengan tanggungjawab dan ‘mas-uliah’ rumah tangga, takut terikat lalu tidak boleh lagi melakukan apa yang dihajat oleh orang-orang muda dan berbagai alasan lagi dicipta untuk melepaskan diri mereka dari sunnatul hayah yang menjadi tuntutan naluri atau fitrah insaniah manusia yang sejahtera dan bersumberkan wahyu serta tidak di nodai oleh nafsu syaitan.

Beberapa tahun dahulu, satu muktamar antarabangsa telah diadakan di Kaherah, Mesir, iaitu ‘Muktamar al-Iskan wa at-Tamiah’ (Muktamar Populasi dan Kemajuan) secara terang telah menolak ‘Fitrah Insaniah as-Salimah’. Antara resolusi muktamar itu ialah menggalakkan pengguguran dan membuka peluang seluas-seluasnya untuk zina, homoseks dan lain-lain. Sebaliknya pula mereka mengecam perkahwinan awal atau perkahwinan di usia muda, sedangkan pada waktu itulah tuntutan nafsu begitu tinggi sekali dan godaan pula terlalu banyak lebih-lebih lagi golongan muda mudi yang berada di dalam masyarakat yang terbuka dari segenap sudut serta pergaulan bebas yang tiada batas.

Amat tepat sekali anggapan beberapa orang ulama’ yang mengatakan muktamar itu sebenarnya muktamar ‘Hayawani’ bukan insani apalagi Islami kerana ia secara jelas telah melanggar fitrah manusia yang telah tentukan oleh Allah swt. Begitu juga dengan pergerakan pembebasan wanita, ‘Women Lib’s’ yang berusaha untuk membebaskan wanita dari fitrah mereka yang dijadikan oleh Allah swt. Bermula dengan merubah pakaian kaum wanita dari pakaian menutup aurat yang sempurna dan penuh sopan kepada yang mededahkan aurat yang diharamkan oleh Allah swt. Seterusnya menggalakkan perbuatan yang dilaknat oleh Allah swt sehinggakan pada zaman mutakhir ini, di negara ini sendiri, kita tidak lagi dapat membezakan di antara muslimat dan non-muslimat, semuanya terbuka dan terdedah, kecuali apabila merujuk kad pengenalan mereka, tetapi golongan lelaki pula sebaliknya diajar supaya berpakaian kemas dan lengkap!!! Golongan ini juga berusaha untuk menyamakan wanita dan lelaki dengan pelbagai alasan.

Tentunya sebagai pemuda pemudi Islam yang beriman dengan Allah dan berasulkan Nabi Muhammad saw, marilah kita kembali kepada fitrah yang diwahyukan kepada Nabi saw kerana inilah sahaja jalan yang boleh menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat kerana “Al-maasi barlidul Kufr” iaitu maksiat ialah jalan yang membawa kepada kekufuran. Sesungguhnya perkahwinan merupakan ‘hasonah’ atau benteng yang kukuh untuk menyelamatkan kita dari maksiat, Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

Wahai golongan pemuda sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu hendaklah ia berkahwin kerana ianya boleh menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mempunyai kemampuan hendaklah ia berpuasa kerana puasa memjadi pelindung kepadanya”. [HR Al-Bukhari]

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud:

Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi[HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]

Terdapat banyak lagi hadis-hadis serta taujihaad-taujihaad dan irsyadaat-irsyadaat (bimbingan) dari Rasullulah saw kepada umatnya tentang kelebihan berkahwin.

Faedah Berkahwin:

Seterusnya sama-sama kita melihat faedah “Az-zawaj” secara ringkas seperti yang disebutkan oleh para ulama di antaranya As Syeikh Muhammad Ali Assobuni dalam kitabnya Az-zawaj al-Islami Al-Mubakkir [ms: 38], Perkahwinan Awal secara Islami, antaranya:

  1. Mengekalkan keturunan.

  1. Memelihara diri dari godaan syaitan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Aku tidak tinggalkan suatu fitnah yang paling mudharat kepada kaum lelaki selain dari fitnah perempuan”. [HR Al-Bukhari].

Kata setengah ulama’ syaitan berkata kepada perempuan: Kamu adalah setengah daripada tenteraku, kamu adalah anak panahku yang tidak pernah salah sasarannya.

  1. Mendapat ketenangan dan kerehatan seorang suami apabila berada di samping isteri yang baik serta toma’ninah dalam kehidupan berumahtangga.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

Aku khabarkan kepada kamu apakah perkara paling baik yang dimiliki oleh seorang itu? Iaitu isteri yang solehah apabila ia melihat kepadanya menyenangkan hatinya, apabila disuruh membuat sesuatu pekerjaan dipatuhinya dan apabila ia keluar dari rumah ia memelihara dirinya.” [HR Al-Hakim, dinilai “Dhaif” dalam Dhaif al-Jami’].

  1. Melapangkan diri dari kerja-kerja rumah yang memberi peluang kepadanya untuk menumpukan kepada kerja-kerja yang lebih besar, berjihad, berdakwah dan lain-lainnya.

  1. Mujahadatun-Nafs serta melatih diri dengan tanggungjawab terhadap rumahtangga, isteri dan anak-anak. Bersabar menanggung kesusahan dan berusaha untuk membentuk dan mendidik mereka ke jalan yang betul. Sayyidina Umar Al Khattab ra berkata, maksudnya: “Tidak ada perkara yang dapat menyekat seseorang itu dari berkahwin kecuali ia tidak berkemampuan (zahir dan batin) atau ia seorang yang Fajir (orang yang suka melepaskan nafsu ke tempat-tempat yang haram).”

Perkahwinan dalam Islam adalah suatu ibadat dan Qurbah, seorang mukmin akan diberi pahala dan ganjaran oleh Allah apabila mengikhlaskan niat perkahwinannya dengan tujuan untuk memelihara diri dari perkara yang haram, bukan semata-mata untuk melepaskan nafsu syahwat sahaja.

Nasihat untuk para pelajar:

Tetapi sebelum melangkah ke alam perkahwinan, seorang pelajar terlebih dahulu hendaklah mengkaji keadaan atau zuruf yang sesuai. Sebagai pelajar adalah perlu mengambil kira masa dan tempat belajar, agar ianya tidak mengganggu proses pembelajaran dan ‘tahsilul ilmi’ yang bermanfaat. Serta jangan menjadikannya suatu alasan untuk melarikan diri dari tanggungjawab seperti mereka yang disebutkan pada awal perbincangan tadi. Jangan kerananya kita berada di dalam masyarakat yang hidup liar dan bebas kerana sudah pasti perkahwinan merupakan suatu wasilah untuk menyelamatkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.

Mereka yang telah melaksanakan sunnah ini hendaklah bersabar dalam menghadapi karenah pasangan masing-masing. Bagi yang hidup berjauhan pula, bersabarlah atas perpisahan yang sementara ini, jangan kerana suami/isteri kita mengabai dan meninggalkan pelajaran. Manakala seorang pendakwah pula hendaklah lebih gigih lagi dalam kerja dakwahnya, jangan menjadi orang yang gugur (al-mutasaqit) dari medan dakwah kerana sayang untuk meninggalkan isteri.

Allah swt telah mengingatkan kita melalui firmannya yang bermaksud:

{Wahai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isteri mu dan anak-anak mu ada yang menjadi musuh bagi mu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka, dan jika kamu maafkan, tidak memarahi dan mengampunkan (mereka) sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya harta mu dan anak-anak mu hanyalah cubaan fitnah bagimu dan di sisi Allah pahala yang besar.} [At-Taghabun: 14-15].

Akhirnya sentiasalah kita berdoa dengan doa yang di ajar oleh Allah:

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما

Dan doa yang di ajar oleh Abdullah Bin Mas ‘ud ra kepada para syabab:

أللهم أرزقني امراة إذا نظرتُ إليها سرَّتني، وإذا أمرتُها طاعتني،

وإذاغِبت عنها حفظت غيبي في نفسها ومالي.

Maksudnya: “Wahai Tuhan, rezekilah kepadaku isteri yang apabila aku memandang kepadanya akan menggembirakanku, apabila aku menyuruhnya (melakukan sesuatu) dia akan taat kepadaku, apabila aku tidak ada dia akan menjaga kehormatan dirinya dan hartaku”.

Sekian. Akhukum:

Abu Anas Madani, 04-02-2009.

Dr Abdul Basit bin Tuan Guru Haji Abdul Rahman.

PhD. Syariah, Master, BA dari Universiti Islam Madinah

Mudir Pondok Sungai Durian.

www.abuanasmadani.com

[Sumber: Majalah “Suara Madinah” 1415H-1994].

Sunday, August 24, 2008

PENENTUAN PEMIMPIN!!!

PENENTUAN PEMIMPIN!!!

KELANGSUNGAN

UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Teman yang dihormati, maaf andai nukilan ini sedikit terbuka dalam menilai politik di negara kita. Namun rasanya amat penting bagi penulis untuk berkongsi bersama pandangan berbeza berkaitan politik yang meruncing dinegara kita. Kita mulakan dengan statistik Yb Parlimen seluruh Malaysia. Merujuk kepada fakta yang diperolehi daripada Berita Harian hampir separuh kerusi Parlimen hari ini dikuasai oleh bukan Islam.

Selain BN, ahli parlimen bukan Islam datang dari DAP dan Keadilan. Jesteru itu, pasti kekuatan umat Islam akan tergugat. Mana mungkin seorang bukan Islam boleh memikirkan sesuatu untuk kepentingan umat Islam. Kita juga digegarkan dengan kemasukan Ezam kedalam Umno, seorang yang sanggup bersusah payah untuk Anwar, sanggup dipenjara untuk Anwar dan sebagainya. Persoalannya mengapa, adakah kerana ada kecelaruan dalam Keadilan atau sebagai pengintip?

Kita rujuk balik politik Anwar hari ini, dia bijak berpidato. Di hadapan bangsa Cina dan India dia umpama seorang negarawan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk rakyat Malaysia, ingin mengangkat Cina dan India sebaris dengan orang Melayu@Islam. Dihadapan orang Islam@Melayu beliau bijak mengunakan ayat Al-Quran untuk memikat hati masyakat Islam lantas disaat itu dia umpama Ulama’ yang tidak tertanding lagi.

Penulis akui apa yang dikaitkan oleh Anuar berkaitan ekonomi ada kebenarannya. Dan penulis juga yakin jauh di sudut hati ahli Umno juga mengakui rasuah cukup meruncing dalam Umno dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin kerajaan. Semuanya bisa memufliskan negara Islam ini. Namun apa yang memelikkan tentang PKR@Anwar, dia senyap bila dikaitkan dengan pelaksaan Hudud diMalaysia jika PR dapat memerintah Malaysia pada 16 September 2008. Dia senyap diam seribu bahasa. Entahlah mungkin baginya pelaksanaan negara berkebajikan lebih penting daripada acuan negara Islam yang telah diajarkan oleh Rasulallah.

PKR adalah sebuah parti yang hampir sama dengan dengan Parti Negara (Dato’ Onn Jaafar) dan Parti Gerakan (Syed Hussin Al-Atas). Parti Negara adalah sebuah parti yang keahliannya terbuka untuk semua kaum. Namum telah terkubur setelah beberapa tahun diasaskan. Gerakan juga adalah sebuah parti yang keahliannya juga terbuka kepada semua kaum. Semasa diasaskan ia adalah parti pembangkang.

Namun setelah presidennya seorang yang Islam@Melayu telah berundur. Naik pemimpin Cina menerajui Gerakan, ia didominasi oleh Cina dan akhirnya menyertai BN. Kita lihat keadaan Gerakan yang memerintah P.Pinang. Jelas sekali hak Islam tidak terjaga, bandarayanya antara terkotor. Penindasan Melayu@Islam yang jelas. Disebelah Tanjung umpama sebuah Singapura kedua. Aktiviti tidak bermoralnya meluas. Seks pelacuran umpama biasa bagi mereka.

Jelas itu baru mereka mengusai sebuah negeri. Apa pula terjadi jika mereka mengusai sebuah negara!!!. PKR seperti parti diatas, kita akui Anwar adalah pemimpin yang hebat. Namum cuba kita fikirkan 50 tahun akan datang. Di dalam PKR selain Anwar tiada lagi pemimpin melayu yang hebat dan berpengaruh.

Andai kata PKR mengusai Malaysia satu perubahan yang besar akan berlaku. Dan selepas ketiadaan Anwar kita bagaimana? Adakah kita nak diperintah oleh pemimpin bernama Gobalakrisnan, Tian Chua atau Gobind Sigh (DAP)? Anda nyatakan Azmin Ali dan Saifuddin sebagai pengganti Anwar. Namun adakah anda rasa dia sehebat Anwar untuk menjaga kepentingan umat Islam dan melayu disamping tekanan dari sahabat Cina dan India mereka. Anda semua boleh menilai sejauh mana mereka menjaga kepentingan Islam@Melayu diMalaysia. Ada atau tidak ada. Satu lagi persoalan adakah anda mahu anak cucu cicit kita menjadi hamba di bumi sendiri seperti diSingapura.

Kita rujuk sejarah pentadbiran kerajaan Islam diMadinah. Ada tak bukan Islam bersama mentadbir kerajaan Madinah ketika itu. Jawapannya tiada bukan. Namun Rasullallah tetap menjaga kepentingan mereka setaraf dengan umat Islam dipanggil kafir Zimmi. Mereka yang membayar cukai kepala(Jiziyah) kepada kerajaan Islam dan kerajaan Islam sendiri berhak untuk menjaga haknya hatta jika mereka dizalimi pemimpin Islam sendiri.

Inilah bentuk pentadbiran kerajaan Islam yang sebenar. Menjaga kepentingan semua kaum dan agama. Sejarah juga membuktikan ketika tentera Islam berehat di lembah Fill untuk memerangi tentera Rom. Wakil penduduk disekitar yang beragama Kristian datang lantas berkata kepada Panglima Amru ibnu As. “Walaupun kami seagama dengan Rom tetapi kami lebih suka kamu memerintah kami dari mereka kerana mereka jahat. Mereka merampas harta dan memusnahkan rumah kami. Inilah kehebatan pertadbiran negara Islam”.

Terus apa pilihan yang kita ada. Saya tidak mahu berpihak pada PAS tapi itulah realiti yang ada, pentadbiran berteraskan Islam. Saya juga amat yakin kalau anda bertanya pada hati yang iklas, pasti itu juga yang terbit dari hari suci saudara. Sabda Rasullallah: “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya”. Kecantikan acuan pentadbiran Islam diKelantan juga terserlah.

1. Kerajaan Negeri pertama mengunakan sistem perbankan Islam

2. Maahad Tahfiz Sains Pertama

3. Rumah Berciri Islam

4. Cuti bersalin 60 hari

5. Bantuan untuk Armalah (ibu Tunggal)

6. Bantuan untuk mengalakkan pasangan muda kawin (Syabab)

7. Takaful Kifalah.

8. Bulan sembahyang

9. Bulan Al-quran

10. Dinar emas

Dan banyak lagi. Jadi sekali lagi kalu kita menilai dengan keiklasan hati sebagai muslim. Pasti inilah pentadbiran yang kita cari.

Sahabat perjuangan kita hari ini bukan lagi perjuangan bangsa tapi perjuangan agama untuk memastikan kelangsungan agama yang kita cintai ISLAM. Selepas PRU 12 baru-baru ini, alhamdullilah banyak perubahan yang dilakukan Umno. Kesedaran dan sentiviti tentang Islam juga makin berputik. Sebagai contoh demonstrasi menentang seminar yang diadakan oleh majlis peguam bukan sahaja dianggotai oleh PAS dan Keadilan tapi juga oleh Umno. Jelas kita berpecah bila memperjuangkan bangsa, namun bila memperjuangkan Agama kita akan bersatu!!!

Dalam usaha kita nak menaikkan kembali maruah Islam yang tercalar, semua umat Islam sama ada dari Umno atau Pas mestilahlah berlapang dada. Yang mana ia adalah salah satu daripada ciri-ciri membangunkan ukhuwah yang dinyatakan oleh As-syahid Hassan Al-banna. Umno perlu sedar dan mengakui bahawa mereka kurang arif tentang agama dan Islam. Dan mereka juga perlu berlapang dada untuk meminta pandangan daripada Ulama’ Pas. Dan Pas juga diharap dapat berlapang dada untuk membantu Umno dalam membaiki kesilapan.

Begitu juga PAS, perlu mengakui mereka kurang arif dalam memajukan ekonomi agar berkembang lebih pesat. Jesteru Umno juga diharapkan dapat membantu PAS. Jangan lagi Umno meninggalkan PAS dibelakang dari kelebihan perkembangan teknolgi yang dipunyai oleh Umno.

Janganlah kita menjadikan Malaysia sebuah negara tandus seperti Iraq. Demi benci yang membuak-buak, rakyat Islam sanggup bersekongkol dengan Amerika Kafir laknatullah. Lantas menjatuhkan kerajaan Islam di Iraq. Dan apa yang mereka dapat kini? Hanya hujanan peluru hidup, lautan api yang membakar rumah mereka. Merujuk majalah Aniqah keluaran 2008, ketika ini seramai 200000 wanita Iraq samaada janda dan gadis menjadi Pelacur dengan harga 8USD @ RM24 hanya untuk menangung makan hidup mereka sehari-hari.... Pasti bukan itu yang kita inginkan. Buatlah pilihan yang sewajarnya untuk kelangsungan Islam di Malaysia

Kesimpulannya marilah kita bersatu diatas nama ISLAM. Sedarlah setiap sengketa antara umat islam hanya menjadi kekuatan bagi kafir untuk menjatuhkan kita. Tidak mustahil untuk kita menyatukan PAS dan UMNO menjadi satu kekuatan baru bagi Malaysia dan insyaallah untuk dunia. TAKBIR ALLAHUAKBAR!!!!!!!!

Thursday, July 3, 2008

Keluasan Neraka Jahannam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra.berkata: Jibrail datang kepada Nabi sawpada waktu yg ia tidak biasa datangdalam keadaan berubah mukanya,Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapaaku melihat kau berubah muka?"Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datangkepadamu di saat Allah menyuruh supayadikobarkan penyalaan api neraka, makatidak layak bagi orang yg mengetahuibahawa neraka Jahannam itu benar, dansiksa kubur itu benar, dan siksa Allahitu terbesar untuk bersuka-suka sebelumia merasa aman dari padanya.

"Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail,jelaskan padaku sifat Jahannam,"* Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikanJahannam, maka dinyalakan selama seributahun, sehingga merah, kemudiandilanjutkan seribu tahun sehingga putih,kemudian seribu tahun sehingga hitam,maka ia hitam gelap, tidak pernah padamnyala dan baranya.Demi Allah yg mengutus engkau denganhak, andaikan terbuka sebesar lubangjarum nescaya akan dapat membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau denganhak, andaikan satu baju ahli neraka itudigantung di antara langit dan buminescaya akan mati penduduk bumi keranapanas dan basinya.Demi Allah yg mengutus engkau denganhak, andaikan satu pergelangan darirantai yg disebut dalam Al-Quran itudiletakkan di atas bukit, nescaya akancair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh.Demi Allah yg mengutus engkau denganhak, andaikan seorang di hujung barattersiksa, nescaya akan terbakarorang-orang yang di hujung timur keranasangat panasnya.Jahannam itu sangat dalam danperhiasannya besi dan minumannya airpanas campur nanah dan pakaiannyapotongan-potongan api.Api neraka itu ada tujuh pintu,tiap-tiap pintu ada bahagiannya yangtertentu dari orang laki-laki danperempuan.

"Nabi s.a.w. bertanya: "Apakahpintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?"Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,setengahnya di bawah dari lainnya, daripintu ke pintu jarak perjalanan 70,000tahun, tiap pintu lebih panas dari yanglain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakahpenduduk pintu masing-masing?"Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untukorang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidanganmukjizat nabi Isa a.s. serta keluargaFir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikinbernama Jahim.Pintu ketiga tempat orang shobi'inbernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis danpengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasarabernama Sa'eir."Kemudian Jibrail diam segan padaRasulullah s.a.w. sehingga ditanya:"Mengapa tidak kau terangkan pendudukpintu ke tujuh?"Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang ygberdosa besar dari ummatmu yg sampaimati belum sempat bertaubat."