NEVER EVER GIVE UP!!!

Seminar Fiqh Wanita dan Kenegaraan

Program ini berlangsung, pada tahun 2013 di Universiti Malaysia Cawangan Nilam Puri bersama Dr Asri Zainal Abidin (USM) dan Prof Dr Najibah (UIA).

MOTIVASI KEJAYAAN : Be Confident!!!

Tidak Salah Menghormati Orang Lain, Namun Jangan Pernah Pandang Rendah Pada Diri Sendiri.

PENCETUS UMMAH MUSIM PERTAMA

Perjalanan Di Pencetus Ummah Mengajar Saya Banyak Perkara, Betapa Penting Seorang Daie "WAJIB BERILMU". Disebabkan itu saya bermusafir ke JORDAN untuk menimba ILMU.

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KONVOKEYEN KIAS NILAM PURI (2013)

Waktu ini saya sudah berada di Jordan. Dan ini HADIAH terindah buat IBU SAYA yang tak pernah putus asa memberi semangat untuk saya terus berlari laju dalam KEMBARA ILMU ini.

Motivasiagama Training And Consultancy (MATC)

MATC adalah sebuah syarikat MOTIVASI yang saya kendalikan sendiri. Hampir seratus buah sekolah dan IPT telah menjemput saya berkongsi pengalaman kehidupan saya dari pelajar gagal di kelas Terakhir hingga Berjaya seperti hari ini. Diploma in Mechatronic Engineering, Diploma in Syariah and Bachelor in Fiqh and Usul Fiqh (Jordan)(Last Sem).

Showing posts with label FIQH MUAMALAT. Show all posts
Showing posts with label FIQH MUAMALAT. Show all posts

Monday, July 27, 2015

MOTIVASI HADIST : Pasaran Terbuka Dan Konsep Penetapan Harga Barang Dalam Islam


Islam pada asasnya menguna pakai konsep FREE MARKET. Ini dapat dilihat dengan HADIST pengharaman penetapan harga barang oleh Rasulullah. Namun perlu difahami juga, ada sebilangan kecil hadist termasuk dalam kategori hadist bersifat muamalah semasa. Jesteru tafsiran terhadap hadist ini perlu melihat kepada situasi dan penafsiran semasa. Jika tidak (sekiranya ditafsir secara Literal), Islam akan dilihat sebagai agama yang "Senget" dan "Jumud". Hadist berkaitan Penetapan Harga Barang adalah seperti berikut :-

حديث أنس بن مالك - رضي الله عنه - قال: غلا السعر على عهد رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، فقالوا: يا رسول الله سعّر لنا، فقال: "إن الله هو المسعر، القابض، الباسط، الرازق، وإني لأرجو أن ألقى الله - عز وجل - وليس أحد منكم يطلبني بمظلمة في دم ولا مال" أخرجه أبو داود والترمذي وابن ماجه وأحمد




TERJEMAHAN :
“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”. Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Hadist ini menjadi pertikaian pelbagai ulama. Ianya terbahagi kepada 2 pandangan utama:-
1. HARAM Menetapkan Harga Barang (Maliki, Syafie, Hambali)
2. HARUS Menetapkan Harga Barang Sekiranya Bersebab (Hanafi, Ibn Taimiah, Ibn Qayyim)

Pandangan Yang Dipilih adalah pandangan yang kedua. Untuk mengetahui perbahasan dalil yang lengkap sila rujuk ke link berikut :-
http://www.alukah.net/sharia/0/56662/#_ftn40
http://www.islamtoday.net/bohooth/artshow-86-124167.htm



DALIL KEHARUSAN PENETAPAN HARGA BARANG :-

1. HADIST DIATAS.
Sekiranya dilihat dengan teliti, hadist ini bukanlah merujuk kepada LARANGAN MUTLAK penetapan harga barang, namun ianya bersifat LARANGAN MUQAYYAD (Terikat) dengan SYARAT tidak (ZALIM). Ertinya selagimana PENETAPAN HARGA barang ini tidak menzalimi sesiapa maka ia dibiarkan bebas. Dalam Istilah moden "Pasaran Terbuka". Namun sekiranya ada unsur KEZALIMAN kepada Pengguna seperti "Sorok Barang" (Al-Iktikar) untuk menaikkan harga barang. Maka KETETAPAN Harga adalah Harus. Begitu juga sekiranya berlaku KEZALIMAN terhadap PENIAGA, dengan Pihak Pemerintah mewajibkan HARGA yang MURAH tanpa sebab. Ianya menyebabkan KEZALIMAN kepada Peniaga.

2. ATHAR UMAR AL-KHATTAB MENETAPKAN HARGA BARANG

 عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه مع حاطب بن أبي بلتعة رضي الله عنه حيث وجده يبيع الزبيب بالمدينة، فقال: كيف تبيع يا حاطب؟ فقال: مدين بدرهم. فقال: "تبتاعون بأبوابنا وأفنيتنا وأسواقنا وتقطعون في رقابنا، ثم تبيعون كيف شئتم! بع صاعاً، وإلا فلا تبع في سوقنا"
TERJEMAHAN :-
“Umar mendapatkan Hathib bin Abi Balta’tah menjual kismis di Madinah, maka ia berkata “bagaimana kamu menjual, wahai Hathib? maka Hathib berkata, Dua Mud. “maka Umar berkata, “kalian menjual di pintu-pintu kami, dan kalian membunuh kami dan pasar kami, kalian memenggal leher kami, kemudian kalian menjual sesuai dengan kehendak kalian. juallah Satu Sha’, apabila tidak, maka jangan menjual di pasar kami. apabila tidak, maka berjalanlah di muka bumi dan ambillah barang, kemudian juallah sesuai kehendak kalian.


خرجه بهذا اللفظ عبدالرزاق في مصنفه في كتاب البيوع، باب هل يسعَّر؟ (8/207)، رقم (14906) ، وأخرجه مالك في الموطأ (1/651) رقم (1328)، بلفظ : " أنَّ عمر بن الخطاب مرَّ بِحَاطِب بن أبي بَلْتَعَةَ ، وهو يبيع زبيبًا له بالسوق ، فقال له عمر : إمَّا أن تزيدَ في السِّعر وإما أن تُرْفَعَ من سُوقنا" ، وقال عنه الشيخ عبد القادر الأرناؤوط محقق جامع الأصول : إسناده قوي ( جامع الأصول 1 / 594 ط الملاح)، وأخرجه - مطولاً بغير هذا اللفظ وفيه تراجع عمر رضي الله عنه  - البيهقي في السنن الكبرى (6 / 29)، رقم ( 11477)، وفي معرفة السنن والآثار (9/475) رقم (3667).

PENDALILAN :
1. Hadist ini JELAS menunjukkan Umar menetapkan Harga Barang. (Menaikkan Harga)
2. Wujud pandangan menyatakan bahawa Umar kembali berjumpa dengan Hatib dan menarik balik penetapan harga tersebut namun pandangan itu lemah.

3. KAEDAH FIQH
لا يُنْكَرُ تغيّرُ الأحكامِ بتغيُّرِ الأزمانِ
Tidak dinafikan perubahan Hukum Dengan Perubahan Zaman

Islam adalah agama yang bersifat THABAT WAL MURUNAH "Tetap Tetapi Fleksibel". Setiap perubahan zaman menjadi sebab berubahnya hukum tertentu. Zaman nabi para peniaganya AMANAH jesteru Pasaran dibiarkan TERBUKA. Harga merujuk kepada Permintaan. Namun peniaga berubah dengan menjadi tidak AMANAH dengan menyorok barang untuk menaikkan harga. Maka hukum pada saat ini turut berubah. Adalah tidak tepat kita mengambil HADIST ini secara LITERAL tanpa melihat KONTEKS dan KEADAANNYA.

4. KESIMPULAN.
Secara asanya, Islam menerima pakai konsep "FREE MARKET". Namun sekiranya wujud unsur kezaliman kepada peniaga atau penguna. Maka PENETAPAN HARGA adalah HARUS bersebab.


Friday, March 13, 2015

FIQH NON MUSLIM : Hukum Sedekah Terhadap Rumah Kebajikan Non Muslim.



SOALAN :-

Assalamualaikum sahabat maaf menggangu
I need the answer as soon as possible
Just nk tnya saya ada buat charity event for rumah kbjikan..saya pnya ktua tu org..non muslim...n then dia pilih..rumah kbajikan. Non muslim..saya dan kawan2 bru tahu dan kitorg dah buat fund raising..jual mcm2 just nk tlong mereka ni..tp rupnya non muslim..so apa tindakan y sepatutnya..harp maaf menggangu..

Jwpn :
Hukum bersedekah kepada "Persatuan Kebajikan Non Muslim (Harus) berdasarkan hujah berikut.
A. Surah Al-Mumtahanah : 8
(لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ) [Surat Al-Mumtahana : 8]
Terjemahan :
Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku Adil terhadap orang yang tidak memerangi kamu dalam urusan agama, dan tidak mengusir kamu dar kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah maha mengasihi orang yang berlaku Adil.

Merujuk Tafsir Ibn Kathir pada menafsirkan ayat diatas.
"Tidak dilarang berbuat Ihsan@ Baik terhadap orang Kafir yang tidak memerangi kamu atas agama kamu seperti Wanita dan Orang2 yang lemah"
RUJUKAN : Tafsir Ibnu Kathir, Terbitan Dar Taibah, Cetakan : 2002, Jilid : 8, M/s : 90.

B. PANDANGAN IMAM SYAFIE.
Al-Umm, Kitab Zakat, Bab Saqadah Sunat terhadap Orang Musyrik, Terbitan Dar Faiha' Jilid 3, M/s : 157
Berkata Imam Syafie : Tidak mengapa untuk sedekah terhadap orang Musyrik sedekah Sunat, Akan Tetapi tidak boleh sedekah Fardhu (Zakat) terhadap mereka. Berdasarkan dalil : - Surah Al-Insan : 8
(وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا) [Surat Al-Insan : 8]
Terjemahan :
"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak Yatim dan orang yag "ditawan".

Didalam Tafsir Ibnu Kathir Jil 8, M/s : 288 (Seperti Rujukan Kitab Diatas) dalam menafsirkan maksud "Tawanan" ialah :
Sesungguhnya nabi s.a.w pada hari peperangan badar (Selepas Perang) menyuruh para sahabat untuk memulikan para tawanan dengan mendahulukan tawanan makan tengah hari berbanding mereka sendiri. (Kata-kata ini diambil dari Said bin Jubair, Ata' Dan Qatadah)

C. PANDANGAN SYEIKH IBN UTHAIMIN
Syaikh Muhammad Saalih Al-Munajjid dalam menjawab persolan ini dilaman web beliau IslamQ&A menukilkan pandangan syeikh Ibnu Uthaimin. Syeikh Uthaimin berpandangan "harus" menderma kepada persatuan kebajikan Non-Muslim selagi mana mereka tidak memerangi agama kita dan tidak menghalau kita dari penempatan kita. Sekiranya mereka melakukan hal sedemikian, maka tidak perlu untuk kita menderma kepada mereka.

KESIMPULAN.
1. Islam mengharuskan membantu Persatuan Kebajikan Non-Muslim.
2. Membantu Non-Muslim sebenarnya adalah salah satu Dakwah kita kepada Non Muslim. Banyak kes kemasukan Non-Muslim kedalam Islam kerana Bantuana dari Muslim kepada Non Muslim.
3. Walaubagaimanapun jika diberi pilihan, sebaiknya Rumah Kebajikan Muslim didahulukan.
4. Walaupun Harus membantu non Muslim. Sebaiknya jadikan peluang kebajikan ini untuk menyebarkan kebaikan dan dakwah Islam kepada Non Muslim. Moga dengan kebaikan kita ini akan membuka pintu hati mereka untuk menerima Islam.

ASSALAMUALAIKUM DUNIA : Islam For All
..............................................................................................
Hafidz Zawawi
Tahun 4
Fiqh Wal Usul Fiqh
UNIVERSITI AL-BAYT JORDAN.