SOALAN :-
Assalamualaikum sahabat maaf menggangu
I need the answer as soon as possible
Just nk tnya saya ada buat charity event for rumah kbjikan..saya pnya ktua tu org..non muslim...n then dia pilih..rumah kbajikan. Non muslim..saya dan kawan2 bru tahu dan kitorg dah buat fund raising..jual mcm2 just nk tlong mereka ni..tp rupnya non muslim..so apa tindakan y sepatutnya..harp maaf menggangu..
Jwpn :
Hukum bersedekah kepada "Persatuan Kebajikan Non Muslim (Harus) berdasarkan hujah berikut.

A. Surah Al-Mumtahanah : 8
(لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ) [Surat Al-Mumtahana : 8]
Terjemahan :
Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku Adil terhadap orang yang tidak memerangi kamu dalam urusan agama, dan tidak mengusir kamu dar kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah maha mengasihi orang yang berlaku Adil.

Merujuk Tafsir Ibn Kathir pada menafsirkan ayat diatas.
"Tidak dilarang berbuat Ihsan@ Baik terhadap orang Kafir yang tidak memerangi kamu atas agama kamu seperti Wanita dan Orang2 yang lemah"
RUJUKAN : Tafsir Ibnu Kathir, Terbitan Dar Taibah, Cetakan : 2002, Jilid : 8, M/s : 90.

B. PANDANGAN IMAM SYAFIE.
Al-Umm, Kitab Zakat, Bab Saqadah Sunat terhadap Orang Musyrik, Terbitan Dar Faiha' Jilid 3, M/s : 157

Berkata Imam Syafie : Tidak mengapa untuk sedekah terhadap orang Musyrik sedekah Sunat, Akan Tetapi tidak boleh sedekah Fardhu (Zakat) terhadap mereka. Berdasarkan dalil : - Surah Al-Insan : 8
(وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا) [Surat Al-Insan : 8]
Terjemahan :
"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak Yatim dan orang yag "ditawan".

Didalam Tafsir Ibnu Kathir Jil 8, M/s : 288 (Seperti Rujukan Kitab Diatas) dalam menafsirkan maksud "Tawanan" ialah :
Sesungguhnya nabi s.a.w pada hari peperangan badar (Selepas Perang) menyuruh para sahabat untuk memulikan para tawanan dengan mendahulukan tawanan makan tengah hari berbanding mereka sendiri. (Kata-kata ini diambil dari Said bin Jubair, Ata' Dan Qatadah)
C. PANDANGAN SYEIKH IBN UTHAIMIN
Syaikh Muhammad Saalih Al-Munajjid dalam menjawab persolan ini dilaman web beliau IslamQ&A menukilkan pandangan syeikh Ibnu Uthaimin. Syeikh Uthaimin berpandangan "harus" menderma kepada persatuan kebajikan Non-Muslim selagi mana mereka tidak memerangi agama kita dan tidak menghalau kita dari penempatan kita. Sekiranya mereka melakukan hal sedemikian, maka tidak perlu untuk kita menderma kepada mereka.
KESIMPULAN.
1. Islam mengharuskan membantu Persatuan Kebajikan Non-Muslim.
2. Membantu Non-Muslim sebenarnya adalah salah satu Dakwah kita kepada Non Muslim. Banyak kes kemasukan Non-Muslim kedalam Islam kerana Bantuana dari Muslim kepada Non Muslim.
3. Walaubagaimanapun jika diberi pilihan, sebaiknya Rumah Kebajikan Muslim didahulukan.
4. Walaupun Harus membantu non Muslim. Sebaiknya jadikan peluang kebajikan ini untuk menyebarkan kebaikan dan dakwah Islam kepada Non Muslim. Moga dengan kebaikan kita ini akan membuka pintu hati mereka untuk menerima Islam.

ASSALAMUALAIKUM DUNIA : Islam For All
..............................................................................................
Hafidz Zawawi
Tahun 4
Fiqh Wal Usul Fiqh
UNIVERSITI AL-BAYT JORDAN.
Hafidz Zawawi
Tahun 4
Fiqh Wal Usul Fiqh
UNIVERSITI AL-BAYT JORDAN.

0 comments :
Post a Comment