NEVER EVER GIVE UP!!!

Seminar Fiqh Wanita dan Kenegaraan

Program ini berlangsung, pada tahun 2013 di Universiti Malaysia Cawangan Nilam Puri bersama Dr Asri Zainal Abidin (USM) dan Prof Dr Najibah (UIA).

MOTIVASI KEJAYAAN : Be Confident!!!

Tidak Salah Menghormati Orang Lain, Namun Jangan Pernah Pandang Rendah Pada Diri Sendiri.

PENCETUS UMMAH MUSIM PERTAMA

Perjalanan Di Pencetus Ummah Mengajar Saya Banyak Perkara, Betapa Penting Seorang Daie "WAJIB BERILMU". Disebabkan itu saya bermusafir ke JORDAN untuk menimba ILMU.

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KONVOKEYEN KIAS NILAM PURI (2013)

Waktu ini saya sudah berada di Jordan. Dan ini HADIAH terindah buat IBU SAYA yang tak pernah putus asa memberi semangat untuk saya terus berlari laju dalam KEMBARA ILMU ini.

Motivasiagama Training And Consultancy (MATC)

MATC adalah sebuah syarikat MOTIVASI yang saya kendalikan sendiri. Hampir seratus buah sekolah dan IPT telah menjemput saya berkongsi pengalaman kehidupan saya dari pelajar gagal di kelas Terakhir hingga Berjaya seperti hari ini. Diploma in Mechatronic Engineering, Diploma in Syariah and Bachelor in Fiqh and Usul Fiqh (Jordan)(Last Sem).

Monday, March 9, 2015

FIQH PUASA : Hukum Fidiyyah Bagi Orang Yang Meninggalkan Puasa Dan Tidak Qada Hingga Ramadhan Akan Datang. (Satu Perbandingan)





FIQH PUASA :

1. Hukum Lelaki @ Wanita Yang Tidak Sempat Qada Puasa Sebelum Datang Ramadhan Baru.

2. Hukum Muslim yang tidak Pernah puasa walaupun aqil baligh, wajib Qada Puasa dan bayar fidyyah dengan bertambah fidiyyah mengikut tahun?

JWPN.
Setakat rujukan saya, memang Ulama Mazhab Syafie, mewajibkan bagi hukum diatas seseorang yg tidak puasa dan tidak sempat ganti puasa sehingga datang ramdhan yang baru. Maka muslim tersebut wajib Qada Puasa + bayar fidayah dengan bertambah fidiyyah setiap tahun ditinggalkan. Contoh Beliau meninggalkan puasa 1 Hari dan tak sempat Qada 2 Tahun:-

1 Hari Puasa  (Fidiyyah×2 Tahun) = 2 Fidyyah. Begitulah pengiraan seterusnya.

Pandangan ini ada dalam Majoriti Kitab Mazhab Syafie samaada yang Moden @ Thurah. Seperti Mu'tamad (Dr Muhammad Zuhailly) Jil 2, M/s 203 Darul Falah , Fiqh Manhaji (Dr Mustafha Bhugo dan Kawan)  Jil 1 M/s 350 dan Kitab Mughi Muhtaj (Khatib Syarbini) Jil 2 M/s 210-211 Dar Faiha' Damsyik.



Mughni Muhtaj (Khatib As-Syarbini)




Al-Mu'tamad (Dr Muhammad Az-Zuhaily)




Fiqh Manhaji (Dr Mustafha Bugho Dan Kawan)


Walaubagaimanapun, tiada sumber DALIL bagi pandangan diatas W/A. Saya juga cuba merujuk kepada Kitab Al-Umm (Kitab Imam Syafi) namun tidak berjumpa dengan pandangan tersebut dan dalil bagi masalah diatas.

Didalam Mausuah Fiqh Islami (Dr Wahbah Al-Zuhaily)  (Jil 2, M/s : 606, Darul Fikr) mengemukan semua pandangan Mazhab dalam masalah ini. Dan semua mazhab mengatakan Qada Puasa dan Wajib fiddyah bagi masalah diatas kecuali (Mazhab Hanafi). Mazhab Hanafi berdalilkan ayat quran Al-Baqarah : 184.
فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعد من أيام أخر.
"Sesiapa dikalangan Kamu sakit atau dalam perjalanan (Lalu Berbuka), maka gantilah puasa pada hari yag lain"



Mausuah Fiqh Islami (Dr Wahbah Az-Zuhaily)

KESIMPULAN
1. Ulama Mazhab Syafie mengemukan pandangan diatas atas tujuan yang baik untuk memastikan Setiap Muslim Qada Puasa kerana ianya kewajipan yang ditetapkan Oleh Allah.

2. Adapun Ijtihad yg dilakukan oleh mereka kita doakan akan mendapat salah satu dari 2 pahala kerana telah berusaha sedaya upaya untuk menjaga Agama Allah. Moga Allah merahmati para Mujtahid.

3. Walaubagaimanapun Kaedah Fiqh ada menyebut : لا يقدم الإجتهاد على النص tidak boleh didahulu Ijtihad diatas Nas.

4. Ayat Quran yang digunakan oleh Mazhab Hanafi jelas menunjukkan Allah hanya mewajibkan ganti puasa tanpa Fiddiyyah.

5. Berpandukan ayat selepas diatas juga menunjukkan Allah menginginkan kemudahan kepada hambanyanya. AL- Baqarah : 185.

فمن كان منكم مريضا أو على سفر  ، فعد من أيام أخر يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر.

"Sesiapa dikalangan Kamu sakit atau dalam perjalanan (Lalu Berbuka), maka gantilah puasa pada hari yag lain". Allah menginginkan kemudahan kepada kamu dan bukan kesukaran kepada kamu.

6. Jesteru pandangan Mazbah Hanafi lebih dilihat menepati maksud ayat diatas.

7. Qada Puasa Tanpa Fidiyyah.

W/A.

Hafidz Zawawi.
Tahun 4 Universiti Al-Bayt Jordan
Fiqh Dan Usul Fiqh