NEVER EVER GIVE UP!!!

Seminar Fiqh Wanita dan Kenegaraan

Program ini berlangsung, pada tahun 2013 di Universiti Malaysia Cawangan Nilam Puri bersama Dr Asri Zainal Abidin (USM) dan Prof Dr Najibah (UIA).

MOTIVASI KEJAYAAN : Be Confident!!!

Tidak Salah Menghormati Orang Lain, Namun Jangan Pernah Pandang Rendah Pada Diri Sendiri.

PENCETUS UMMAH MUSIM PERTAMA

Perjalanan Di Pencetus Ummah Mengajar Saya Banyak Perkara, Betapa Penting Seorang Daie "WAJIB BERILMU". Disebabkan itu saya bermusafir ke JORDAN untuk menimba ILMU.

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KONVOKEYEN KIAS NILAM PURI (2013)

Waktu ini saya sudah berada di Jordan. Dan ini HADIAH terindah buat IBU SAYA yang tak pernah putus asa memberi semangat untuk saya terus berlari laju dalam KEMBARA ILMU ini.

Motivasiagama Training And Consultancy (MATC)

MATC adalah sebuah syarikat MOTIVASI yang saya kendalikan sendiri. Hampir seratus buah sekolah dan IPT telah menjemput saya berkongsi pengalaman kehidupan saya dari pelajar gagal di kelas Terakhir hingga Berjaya seperti hari ini. Diploma in Mechatronic Engineering, Diploma in Syariah and Bachelor in Fiqh and Usul Fiqh (Jordan)(Last Sem).

Tuesday, July 28, 2015

TAFSIR SURAH AL-FATIHAH BERSAMA PU FIDZ : Nama – Nama Bagi Surah Al-Fatihah


Surah Al-Fatihah mengandungi pelbagai isi yang meliputi asas agama Islam. Antaranya ialah berkaitan aqidah, ibadah, persyariaatan, keyakinan hari kebangkitan, sifat-sifat Allah, memohon hidayah kepada agama yang benar dan permintaan agar dijauhi jalan orang yang menyimpang dari hidayah Allah.[1]

Surah Al-Fatihah juga mempunyai beberapa nama yang masyhur antaranya ialah :-
1.      Al-Fatihah
a.      Surah ini dinamakan Al-Fatihah kerana ia merupakan surah yang pertama apabila dibuka Al-Quran. Perlu difahami, ianya surah pertama dalam susunan Al-Quran bukan dari segi penurunannya.

b.      Berkata Imam Jarir Al-Tobari : Dinamakan dengan (Fatihatul – Kitab) kerana mushaf Al-Quran dibuka dengan surah ini.[2]

2.      Ummul Kitab
Umm @ Ibu dinisbahkan sebagai gambaran kemulian. Orang arab memanggil setiap perkara yang berkaitan ketua atau mewakili sesuatu sebagai Umm. Sebagai contohnya Ummu Qura “Ketua Bagi Sekalian Kampung” yang merujuk kepada Mekah[3]. Penisbahan ini juga sering kita gunakan dalam masyarakat melayu kita sebagai contohnya ibu jari, ibu sawat,  ibu pejabat dan sebagainya.

3.      Sab’u Masani.
a.      Sab’u Masani merujuk kepada 7 ayat berulang-ulang. Surat Al-Fatihah ini dibaca berulang -ulang setiap rakaat didalam solat. Firman Allah s.w.t :-

Terjemahan : Sesungguhnya kami (Allah) mendatangkan kepada kamu 7 ayat berulang-ulang…                                                                                    (Al-Hijr : 88)

b.      Ulama berbeza pandangan dalam menentukan apakah surah yang dimaksudkan sebagai Sab’u Masani dalam ayat diatas. Imam At-Tobari memilih Sab’u Masani  merujuk kepada Surah Al-Fatihah berdalilkan hadist riwayat Al-Bukhori dibawah :-

عن أبي سعيد بن المعلى قال :مر بي النبي - صلى الله عليه وسلم - وأنا أصلي ، فدعاني فلم آته حتى صليت ، ثم أتيته فقال : " ما منعك أن تأتيني ؟ " . فقلت : كنت أصلي . فقال : " ألم يقل الله : ( يا أيها الذين آمنوا استجيبوا لله وللرسول إذا دعاكم ) [ الأنفال : 24 ] ألا أعلمك أعظم سورة في القرآن قبل أن أخرج من المسجد ؟ " فذهب النبي - صلى الله عليه وسلم - ليخرج ، فذكرته فقال : " ( الحمد لله رب العالمين ) [ الفاتحة : 2 ] هي السبع المثاني والقرآن العظيم الذي أوتيته " 

TERJEMAHAN :
Daripada Said bin Mualla :-  ketika mana saya tengah solat, Nabi s.a.w memanggil saya. Akan tetapi saya tidak datang kepada beliau sehinggalah saya selesai solat. Selesai solat saya mendatangi beliau. Lantas beliau bertanya : Apa yang menhalang kamu untuk dating kepada aku?. Maka saya berkata :- Saya sedang solat. Maka Baginda berkata : Bukankah Allah telah menyatakan “Wahai orang-orang yang beriman, jawablah panggilan Allah dan Rasul jika memanggil kamu. (Al-Anfal : 24).

Sesungguhnya aku ingin mengkhabarkan kamu surah yang hebat didalam quran sebelum kita keluar daripada masjid ini. Maka ketika mana nabi hampir keluar daripada masjid. Saya mengingatkan baginda maka dia menyebut …. Alhandulillah… Ianya adalah 7 ayat berulang-ulang….





[1] . Dr Wahbah Zuhaily, Tafsir Al-Munir, Jil 1, M/s : 56.
[2] . Al-Tobari, Jami’ Bayan Jil 1/47
[3] . Al-Qurtubi, Jami’ Liahkam Quran 1/112.

Monday, July 27, 2015

MOTIVASI HADIST : Pasaran Terbuka Dan Konsep Penetapan Harga Barang Dalam Islam


Islam pada asasnya menguna pakai konsep FREE MARKET. Ini dapat dilihat dengan HADIST pengharaman penetapan harga barang oleh Rasulullah. Namun perlu difahami juga, ada sebilangan kecil hadist termasuk dalam kategori hadist bersifat muamalah semasa. Jesteru tafsiran terhadap hadist ini perlu melihat kepada situasi dan penafsiran semasa. Jika tidak (sekiranya ditafsir secara Literal), Islam akan dilihat sebagai agama yang "Senget" dan "Jumud". Hadist berkaitan Penetapan Harga Barang adalah seperti berikut :-

حديث أنس بن مالك - رضي الله عنه - قال: غلا السعر على عهد رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، فقالوا: يا رسول الله سعّر لنا، فقال: "إن الله هو المسعر، القابض، الباسط، الرازق، وإني لأرجو أن ألقى الله - عز وجل - وليس أحد منكم يطلبني بمظلمة في دم ولا مال" أخرجه أبو داود والترمذي وابن ماجه وأحمد




TERJEMAHAN :
“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”. Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Hadist ini menjadi pertikaian pelbagai ulama. Ianya terbahagi kepada 2 pandangan utama:-
1. HARAM Menetapkan Harga Barang (Maliki, Syafie, Hambali)
2. HARUS Menetapkan Harga Barang Sekiranya Bersebab (Hanafi, Ibn Taimiah, Ibn Qayyim)

Pandangan Yang Dipilih adalah pandangan yang kedua. Untuk mengetahui perbahasan dalil yang lengkap sila rujuk ke link berikut :-
http://www.alukah.net/sharia/0/56662/#_ftn40
http://www.islamtoday.net/bohooth/artshow-86-124167.htm



DALIL KEHARUSAN PENETAPAN HARGA BARANG :-

1. HADIST DIATAS.
Sekiranya dilihat dengan teliti, hadist ini bukanlah merujuk kepada LARANGAN MUTLAK penetapan harga barang, namun ianya bersifat LARANGAN MUQAYYAD (Terikat) dengan SYARAT tidak (ZALIM). Ertinya selagimana PENETAPAN HARGA barang ini tidak menzalimi sesiapa maka ia dibiarkan bebas. Dalam Istilah moden "Pasaran Terbuka". Namun sekiranya ada unsur KEZALIMAN kepada Pengguna seperti "Sorok Barang" (Al-Iktikar) untuk menaikkan harga barang. Maka KETETAPAN Harga adalah Harus. Begitu juga sekiranya berlaku KEZALIMAN terhadap PENIAGA, dengan Pihak Pemerintah mewajibkan HARGA yang MURAH tanpa sebab. Ianya menyebabkan KEZALIMAN kepada Peniaga.

2. ATHAR UMAR AL-KHATTAB MENETAPKAN HARGA BARANG

 عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه مع حاطب بن أبي بلتعة رضي الله عنه حيث وجده يبيع الزبيب بالمدينة، فقال: كيف تبيع يا حاطب؟ فقال: مدين بدرهم. فقال: "تبتاعون بأبوابنا وأفنيتنا وأسواقنا وتقطعون في رقابنا، ثم تبيعون كيف شئتم! بع صاعاً، وإلا فلا تبع في سوقنا"
TERJEMAHAN :-
“Umar mendapatkan Hathib bin Abi Balta’tah menjual kismis di Madinah, maka ia berkata “bagaimana kamu menjual, wahai Hathib? maka Hathib berkata, Dua Mud. “maka Umar berkata, “kalian menjual di pintu-pintu kami, dan kalian membunuh kami dan pasar kami, kalian memenggal leher kami, kemudian kalian menjual sesuai dengan kehendak kalian. juallah Satu Sha’, apabila tidak, maka jangan menjual di pasar kami. apabila tidak, maka berjalanlah di muka bumi dan ambillah barang, kemudian juallah sesuai kehendak kalian.


خرجه بهذا اللفظ عبدالرزاق في مصنفه في كتاب البيوع، باب هل يسعَّر؟ (8/207)، رقم (14906) ، وأخرجه مالك في الموطأ (1/651) رقم (1328)، بلفظ : " أنَّ عمر بن الخطاب مرَّ بِحَاطِب بن أبي بَلْتَعَةَ ، وهو يبيع زبيبًا له بالسوق ، فقال له عمر : إمَّا أن تزيدَ في السِّعر وإما أن تُرْفَعَ من سُوقنا" ، وقال عنه الشيخ عبد القادر الأرناؤوط محقق جامع الأصول : إسناده قوي ( جامع الأصول 1 / 594 ط الملاح)، وأخرجه - مطولاً بغير هذا اللفظ وفيه تراجع عمر رضي الله عنه  - البيهقي في السنن الكبرى (6 / 29)، رقم ( 11477)، وفي معرفة السنن والآثار (9/475) رقم (3667).

PENDALILAN :
1. Hadist ini JELAS menunjukkan Umar menetapkan Harga Barang. (Menaikkan Harga)
2. Wujud pandangan menyatakan bahawa Umar kembali berjumpa dengan Hatib dan menarik balik penetapan harga tersebut namun pandangan itu lemah.

3. KAEDAH FIQH
لا يُنْكَرُ تغيّرُ الأحكامِ بتغيُّرِ الأزمانِ
Tidak dinafikan perubahan Hukum Dengan Perubahan Zaman

Islam adalah agama yang bersifat THABAT WAL MURUNAH "Tetap Tetapi Fleksibel". Setiap perubahan zaman menjadi sebab berubahnya hukum tertentu. Zaman nabi para peniaganya AMANAH jesteru Pasaran dibiarkan TERBUKA. Harga merujuk kepada Permintaan. Namun peniaga berubah dengan menjadi tidak AMANAH dengan menyorok barang untuk menaikkan harga. Maka hukum pada saat ini turut berubah. Adalah tidak tepat kita mengambil HADIST ini secara LITERAL tanpa melihat KONTEKS dan KEADAANNYA.

4. KESIMPULAN.
Secara asanya, Islam menerima pakai konsep "FREE MARKET". Namun sekiranya wujud unsur kezaliman kepada peniaga atau penguna. Maka PENETAPAN HARGA adalah HARUS bersebab.


Thursday, July 23, 2015

FIQH PUASA : Haramkah Puasa Hari Sabtu Sewaktu Berpuasa 6 Syawal (RUJ : Fatwa Syeikh Bin Baz)



SOALAN : Adakah Sahih Hadis (لا تصوموا يوم السبت)

JAWAPAN :- 
Hadist ini tidak sahih. Hadist ini dikalangan ulama adalah hadist yang Syaz kerana menyalahi Hadist yang Sahih. Sesungguhnya hadist yang Dhoif tidak harus beramal dengannya.
Hadist Sahih tersebut ialah :-

HADIST 1.
لا تصوموا يوم جمعة إلا أن تصوموا يوما قبله أو يوما بعده.
Terjemahan :- Janganlah kamu berpuasa hari jumaat kecuali kamu berpuasa sehari sebelumnya (Khamis) @ Sehari selepasnya (Sabtu).

HADIST 2
Rasulullah juga berpuasa hari sabtu bersama hari Ahad. Baginda bersabda :-
Sesungguhnya kedua-dua (Sabtu Dan Ahad) adalah hari kebesaran orang Musyrik(Sabtu =Yahudi, Ahad = Kristian) dan aku (Nabi) Ingin menyalahi mereka.

Berpuasa hari sabtu bersama hari Ahad atau hari Jumaat adalah satu bentuk ketaatan.

KESIMPULAN PENULIS : 
1. Puasa Hari Sabtu Tidak Haram namun ianya Makruh jika Berpuasa hanya pada Hari SABTU semata-mata.
Ruj : Dr Muhammad Zuhailly, Al-Mu'tamad Fi Fiqhi Syafie, Jil 2 m/s : - 218.

2. PUASA HARI SABTU JUGA SUNNAH jika diiringi sebelumnya dengan Jumaat @ Selepasnya dengan Ahad bersandarkan Hadist diatas.

3. TIADA LARANGAN UNTUK PUASA SUNAT 6 SYAWAL PADA HARI SABTU BERPANDUKAN HADIST DIATAS.

Monday, July 20, 2015

MOTIVASI USAHAWAN : 4 TIPS MENINGKATKAN JUALAN PRODUK ANDA



1. GUNAKAN MATA DAN TELINGA ANDA
Jadikan Mata dan Teliga anda sentiasa terbuka dan mendengar sebarang respon daripada pelangan anda. Pelanggan adalah duit anda. Anda perlu menjual apa yang mereka mahu bukan apa yang anda mahu. Jesteru sebarang respon berkaitan produk anda daripada mereka perlu anda perbaiki segera. Ianya seperti program khidmat pelanggan. Lihat bagaimana syarikat besar seperti CELCOM sebagai contohnya. Mereka menyediakan talian khidmat pelanggan untuk meningkat lagi kekurangan perkidmatan mereka. TERBUKA dalam menerima respon pelanggan akan menyebabkan mereka HORMAT kepada syarikat anda dan jangan terkejut mereka akan jadi PELANGGAN TETAP anda.

2. GUNAKAN AKAL DAN BERFIKIR
Ianya nampak mudah namun ramai dikalangan "SO CALLED" "USAHAWAN" yang kecundang kerana mereka tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu untuk produk dan syarikat anda. Banyak perkara yang perlu anda pelajari untuk menjadi USAHAWAN yang berjaya. Dan caranya adalah anda perlu MEMBACA buku-buku usahawan perniagaan, sertai kursus usahawan. Semua perkara ini akan menyebabkan anda lebih mudah berfikir dan merancang strategi syarikat. Ingat kehendak pelanggan setiap hari sentiasa berubah. Dulu mungkin BAJU MELAYU adalah pakaian yang laris dihari raya bukan, tapi hari ini??? JUBAH sudah menjadi kemestian di hari raya. Keinginan pelanggan berubah bukan??? Anda akan MUFLIS jika STATIK dengan strategi lapuk anda. Kreatif dan berfikirlah. Pastinya dengan itu, anda akan menjadi USAHAWAN KAYA dan BERJAYA.


3. FOKUS PADA MATLAMAT JUALAN
80% orang yang menulis Matlamatnya berjaya mengapai sasaran yang ditetapkan. Jesteru anda tetapkan sasaran mingguan dan bulanan anda. Berapa produk yang ingin anda jual dalam seminggu. 100 produk mungkin ???. Print, besarkan sasaran anda dan letakkan di meja anda dan setiap pekerja anda. Mulakan pagi anda dengan melihat MATLAMAT itu setiap JAM. Anda pasti BERSEMANGAT dan JUALAN ANDA PASTI MENINGKAT!!! 

4. ELAKKAN SALAH KIRA DALAM KEWANGAN.
Orang kaya yang berjaya, mengira setiap sen duit yang masuk dan keluar dari syarikatnya. Kerana setiap sen itu amat berharga. Jesteru anda perlu peka dengan keluar masuk kewangan syarikat anda. Amat menyedihkan apabila jualan meningkat namun anda bazirkan keuntungan atas perkara yang tidak perlu. Anda tetap jugi dan bakal muflis. Jesteru sediakan akaun perniagaan anda. Catat setiap keluar masuk produk, Kos tersembunyi seperti (Kos Internet, Kos Top-up, Makan dengan Pelanggan dan Sebagianya). Beli hanya barang keperluan syarikat. Ingat jangan MEMBAZIR keuntungan anda kepada benda yang tidak memberi pulangan. Belanjakan kepada perkara yang perlu sahaja seperti REBET kepada pelanggan yang membeli banyak, BONUS kepada pekerja yang mendapat hasil jualan tertinggi, Pelaburan untuk PROMOSI produk dan sebagainya. Anda pasti bersemangat jika melihat aliran tunai yang banyak dalam AKAUN anda. Ianya akan menjadi PEMANGKIN semangat untuk anda dan pekerja UNTUK terus menjual. Produktiviti meningkat dan anda akan makin KAYA dan BERJAYA!!!

MOTIVASI POLITIK : Ketaatan Pada Pemimpin Itu Bersyarat.


يا ايها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول واولي الأمر منكم.
Kalimah "أطيعوا" terikat dengan kalimah Allah dan Rasul disana menunjukkan Ketaatan kepada Allah Dan Rasul itu Mutlaq. Adapun kalimah "أطيعوا" tiada pada kalimah ulil Amri. Menandakan KETAATAN kepada Pemimpin tidak mutlaq @ Muqayyad. Ini kerana pemimpin Islam itu tidak Maksum. Boleh jadi betul @ Salah
Menariknya para sahabat tidak menuntut ketaatan Multaq walaupun ada hadist yg jelas menceritakan ketaatan pada (Khilafah Al-Rasyidin) .Saat dilantik menjadi Khalifah Saidina Abu Bakar mengemukan kalimah ketaatan bersyarat iaitu :-
أطيعوني ما أطعت الله فيكم، فإذا عصيته فلا طاعة لي عليكم.
-Sesungguhnya Saidina Abu Bakar meletakkan Ketaatan pada PEMIMPIN (NEGARA) ISLAM secara bersyarat seperti ayat quran atas.
P/s : Amanah dengan Ilmu, Istiqamah Atas KEBENARAN.

MOTIVASIAGAMA : Hadist Syurga Dibawah Kilatan Mata Pedang Vs Kiasan (Siku Dan Lutut) - Qias Maal Fariq.



Hadist ini adalah hadist sahih Riwayat Bukhari.
(حديث مرفوع) أَخْبَرَنَا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ الْمُقْرِئُ ، أنا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ النَّيْسَابُورِيُّ ، ثنا أَحْمَدُ بْنُ عَمْرٍو الْبَزَّارُ ، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ الْقُرَشِيُّ ، ثنا جَعْفَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ الضُّبَعِيُّ ، ثنا أَبُو عِمْرَانَ الْجَوْنِيُّ ، عَنْ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَبِي مُوسَى ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " الْجَنَّةُ تَحْتَ ظِلالِ السُّيُوفِ " .
السابق |
Hadist ini dihurai diluar "KONTEKS" oleh seorang INDIVIDU dalam mempertahankan KIASAN mengunakan Istilah Siku Dan Lutut kepada non-Muslim. Jika dirujuk kepada syarah hadist ini di dalam Fathul Bari, hadist ini merujuk kepada keadaan di MEDAN PERANG bukan MERUJUK tekanan demi tekanan "Provokasi Hujah" seperti yg dikemukan oleh individu tersebut. (SILA RUJUK FATHUL BARI di link dibawah).
Islam adalah agama hujah. Apabila kita diminta berhujah dengan non muslim maka kita perlu mengunakan hujah. Sirah bagaimana nabi s.a.w berdebat dengan paderi dari Najran cukup mengambarkan Islam agama yg meraikan Dialog. Hujah dibalas hujah. Bukan dibalas dengan siku @ lutut apatah lagi PEDANG!!!
Hadist ini sewaktu peperangan. Hadist harus ditafsir dengan Syarahnya bukan dengan aqal. Berhati-hatilah dalam menyampaikan nas agama. Jangan sampai Non-Muslim silap faham terhadap Islam.
Istiqamah Atas Kebenaran.

http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=5126&idto=5127&bk_no=52&ID=1795

MOTIVASIAGAMA : Darjat Di Syurga.



Tadabur Surah Al-Anfal Ayat 2-4
(إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ * الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ * أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ)
[Surat Al-Anfal 2 - 4]
TERJEMAHAN
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebut nama Allah bergetar hati mereka, Dan apabila membaca ayat Allah bertambah Iman Mereka dan Kepada Allah mereka bertawaqqal.
Orang beriman itu juga ialah orang mendirikan Solat dan Bersedekah.
Mereka itulah orang yang BENAR-BENAR Beriman. Bagi mereka itu Darjat -Darjat (Disyurga) disisi tuhan mereka...
TAFSIR
Ayat ini menjelaskan ciri-ciri orang yang beriman. Bergetar hati bila mengigati Allah, Bertambah Iman dengan membaca ayat Allah, mendirikan solat juga bersedekah.
Cuma apa yg menarik dalam ayat ini ialah ganjaran DARJAT-DARJAT DISYURGA disisi Allah. Apakah itu darjat-darjat disyurga. Menarik untuk kita telusuri.
Ahli Syurga mempunyai Darjah yang berbeza. Hadist nabi menceritakan :-
Sesungguhnya Ahli Syurga Yang berdarjat tinggi melihat Ahli Syurga di Darjat bawah, Seperti kamu melihat bintang di langit. (BUKHARI-MUSLIM).
Seperti mana kita melihat indahnya rumah orang kaya diatas bukit tinggi begitulah kita dapat melihat betapa cemburunya Ahli Syurga nanti melihat darjat sahabat mereka yang lebih tinggi...
Ucaplah Subhanallah, moga Allah tinggikan darjah kita. Penuhi Ramadhan ini dengan Ibadat. Boleh jadi ini Ramadhan Terakhir kita.
Rujukan : Dr Wahbah Zuhaily, Tafsir Al-Munir, Juz 9, Surah Al-Anfal Ayat : 4.
Hafidz Zawawi,
10 Ramadhan,
Mafraq, Jordan

MOTIVASI POLITIK : Menjawab TULISAN (SEBUAH GERAKAN ISLAM di MALAYSIA) Berkaitan Hadist "Al-Jamaah.

MOTIVASI POLITIK : Menjawab TULISAN (SEBUAH GERAKAN ISLAM di MALAYSIA) Berkaitan Hadist "Al-Jamaah.


Saya amat menyayangi tokoh yang menulis tulisan ini, namun kebenaran lebih saya sayangi. Hadist ini berkaitan dengan hadist Huzaifah. Saya melihat hadist ini tidak dihuraikan secara menyeluruh oleh penulis. Jesteru jawapan saya akan saya permudahkan dengan point-point berikut :-
POINT 1 : MAKSUD "AL-JAMAAH" OLEH IMAM TABARI DALAM FATHUL BARI Dalam menghuraikan Hadist ini (Hadist Al-Jamaah)
Penulis tersebut, menaqalkan pandangan Imam Tabari dalam Fathul Bari. Berikut saya naqalkan kembali tulisan beliau :-
"Imam Tabari selepas menukilkan pendapat yang pelbagai kemudiannya membuat kesimpulan:
“" والصواب أن المراد من الخبر لزوم الجماعة الذين في طاعة من اجتمعوا على تأميره ، فمن نكث بيعته خرج عن الجماعة"
Maksudnya: Dan yang benar dikehendaki daripada maksud hadis ialah beriltizam dengan jemaah yang ditaati oleh kesepakatan ramai untuk mematuhi arahannya. Barangsiapa yang enggan memberikan baiahnya (sokongannya) maka ia telah terkeluar daripada jemaah. (Rujuk Al-Fathul Baari: 13/37)."
Kemudian Penulis tersebut membawa Pandangan Imam Syatibi :-
"Begitu juga Imam Syatibi di dalam kitab Al-Iktisam (2: 260-265) membuat kesimpulan setelah menukilkan pelbagai pendapat berkenaan tafsiran Jemaah Islam dengan menyebut:
وحاصله أن الجماعة راجعة إلى الاجتماع على الإمام الموافق لكتاب الله والسنة ، وذلك ظاهر في أن الاجتماع على غير سنة خارج عن الجماعة المذكورة في الأحاديث المذكورة
Maksudnya: “Kesimpulannya, maksud jemaah merujuk kepada kesatuan (orang ramai untuk mentaati) pemimpin yang selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Yang demikian itu jelas bahawa kesepakatan berdasarkan selain sunnah adalah terkeluar daripada jemaah yang disebut di dalam hadis tersebut.”
PERSOALANNYA SIAPAKAH ORANG YANG PATUT DIPATUHI MERUJUK PANDANGAN IMAM TABARI DAN MAKSUD IMAM DALAM ULASAN SYATIBI.
Disini saya kira penulis tersebut KURANG CERMAT apabila MENINGGALKAN MAKSUD SEBENAR IMAM TABARI yang dinaqalkan secara JELAS Oleh Imam Syatibi dalam I'tisam. BERIKUT ADALAH PANDANGAN SEBENAR IMAM TABARI BERKAITAN AL-JAMAAH :
ما اختاره الطبري الإمام من أن الجماعة جماعة المسلمين إذا اجتمعوا على أمير ، فأمر عليه الصلاة والسلام بلزومه ونهى عن فراق الأمة فيما اجتمعوا عليه من تقديمه عليهم .
Pendapat yang dipilih Imam Ath Thabari, yaitu bahwa Al Jama’ah adalah jama’ah kaum muslimin yang berkumpul di bawah pemerintahan. Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam memerintahkan ummat untuk berpegang pada pemerintahnya dan melarang memecah belah apa yang telah dipersatukan oleh umat sebelumnya.
KESIMPULAN POINT 1 : Maksud Imam Tabari adalah JAMAAH MUSLIM yang dibawah PEMERINTAHAN. Iaitu ketaatan kepada pemerintah NEGARA. Bukan dibawah JEMAAH ISLAM ialah yang difahami penulis.
POINT KE-2 : KONTEKS HADIST AL-JAMAAH
Hadsit Al-Jamaah perlu dirujuk secara lengkap melengkapi kerana ianya ada banyak. Maka kita akan memahami bahawa maksud sebenar nabi s.a.w adalah jangan keluar dari JAMAAH UMAT ISLAM yang diperintah Oleh Khalifah Islam. Sila rujuk hadsit Al-Jamaah yang lain. Saya tidak kemukakan disini untuk menjimatkan ruang.
POINT KE -3 HADIST TIDAK BOLEH DITAFSIRKAN DENGAN WAQI?
Hadsit yang berkaitan Siasah @ Muamalat memerlukan TAFSIRAN Semasa. Sekiranya tidak Hadist tersebut akan nampak pelik dan Canggung. Apa yang ingin kita tafsirkan berkaitan HADIST MENGUSAHAKAN TANAH TERBIAR dalam tempoh 3 Tahun, Hadsit Nabi tidak menetapkan Harga Barang dan sebagainya. Adakah kita ingini melihat Islam dipandang LUCU dengan Tafsiran LITERAL sebegitu?
POINT KE-4 : KESAN KELUAR JEMAAH ISLAM???
Hadist ini jika merujuk kepada JEMAAH ISLAM tertentu sahaja akan memberi IMPIKASI KESAN yang dinyatakan oleh Nabi IAITU terkeluar ISLAM. Kesannya cukup besar. Penulis menukilkan pandangan dibawah :-
"Kontek Ikhwan Al-Muslimun (Imam Hassan Al-Banna) sebagaimana yang saya faham daripada penglibatan saya di dalam Ikhwan sewaktu belajar, bahawa kami merupakan salah satu jemaah daripada jemaah-jemaah Islam dalam konteks dunia kerana di Pakistan ada Jamaat Al-Islamiah, di Indonesia ada mahsyumi, di Turki ada gerakan islam yang ditinggalkan oleh Badiuzzaman Said An-Nursi dan sebagainya. Konteks ini memaksudkan bahawa hubungan gerakan-gerakan Islam adalah rapat dan baik antara satu sama lain menyebabkan gerakan-gerakan ini sentiasa mengadakan pertemuan dan perbincangan tahunan sampai ke hari ini"
Jika ini yang dimaksudkan? Apa hukum Orang diluar Jemaah ISLAM?
Berhati-Hatilah dalam menukilkan Nas Agama...
KESIMPULAN : Hadist Al-Jamaah perlu dinilai dengan Amat CERMAT. Silap langkah dalam memberi penerangan, akan menyebabkan orang bawahan "BERKEMUGKINAN" (Moga Dijauhi) terjebak dalam ISU TAKFIR. ISLAM bukan mengikut kehendak kita. Tapi kitalah MESTI MENGIKUT ARAH CONDONG HUJAH ISLAM.
ISTIQAMAH ATAS KEBENARAN
Abu Umar Al Faruq
Mafraq,
Jordan.
3 Julai 2015

FATWA DR. YUSUF QARDAWI : Zakat Fitrah, Tempat Harus Membayarnya


SOALAN :
Jika berpuasa seseorang di suatu negeri, kemudian dia ingin beraya dinegeri yang lain. Dimanakah tempat yang dia perlu bayar ZAKAT FITRAH?


JAWAPAN.
Seorang muslim perlu mengeluarkan zakat fitrah DINEGERI yang DIA BERADA pada MALAM RAYA. Ini kerana zakat fitrah tidak berkait dengan puasa akan tetapi berkait dengan raya. Sebagai contoh seseorang yang mati sebelum malam raya tidak diwajibkan zakat fitrah. Begitu juga bayi yang lahir pada malam raya wajib baginya zakat fitrah.
RUJUKAN : (Dr Yusuf Qaradawi, Fatawa Muasirah Jil 1, M/s : 315)
p/s : Tulisan ini diringkas untuk memudahkan pemahaman.

MOTIVASI AL-QURAN : Siapakah ULAMA dalam TAFSIRAN Al-Quran???


ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ
[Surat Fatir 28]
TERJEMAHAN : Sesungguhnya orang takutkan Allah dari kalangan Hambanya adalah ULAMA (Orang Yang berilmu).


Ibn Mas'ud dalam mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa :-
ليس العلم عن كثر الحديث ولكن العلم عن كثرة الخشية.
TERJEMAHAN : Bukanlah "ILMU" merujuk kepada banyak hadist (Faqih Dalam Agama) namun ILMU itu merujuk kepada banyaknya takut kepada Allah.
Rujukan : Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 6, m/s 568, cetakan Darul Hadist 2002.
KESIMPULAN : Bukanlah Ulama itu merujuk kepada ULAMA DALAM AGAMA semata. Tetapi ianya merujuk kepada Orang yang berilmu yang dengan Ilmunya itu menyebabkan dia bertambah takut pada Allah.
Boleh jadi dia seorang "Engineer", Lawyer, Doktor, Guru, Penoreh Getah, Pekebun Sayur, atau sesiapa sahaja. Asalkan dia mempunyai Ilmu pengetahuan yang menyebabkan dia takutkan Allah.

MOTIVASI AL-QURAN : Istiqamahlah Atas Kebenaran -.


فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
artinya: "Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah tobat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan".{ Q.S Hud 112 }

TAFSIR (Fastaqim Kama Umirt -Istiqamahlah Atas Jalan Yang Benar)
1. Beristiqamahlah dalam amalan dan doa kepada Allah.
2. Dan Istiqamah yang SEMPURNA ialah Istiqamah pada Aqidah Dan Amalan Islam.
3. Istiqamahlah Dalam menyampaikan Wahyu Dan Menerangkan Syariat sepertimana ia diturunkan.

RUJUKAN :-
Dr. Wahbah Zuhaily, Tafsir Munir, Jil 6, M/s : 490.
PENJELASAN
Apabila kita meneliti konsep Istiqamah dan dalil Istiqamah yang lain, maka kita akan melihat Istiqamah mempunyai MAKSUD yang sangat luas.
Asasnya aqidah, selagi mana mereka masih Islam maka kita tetap mengakui mereka masih ISTIQMAH dalam AQIDAH Islam.
P/s : Jalan Dakwah ini Berat, Berlapang Dada itu Lebih Baik.

MOTIVASIAGAMA : Hukum Cerai Ta'lik (Talaq Muaalaq) - FATWA DR YUSUF AL-QARADAWI -


SOALAN : Apakah Hukum Cerai Secara Ta'lik. Sebagai contoh Lafaz.
"Jatuh Talak 3 Kepada Isteri Saya Sekiranya Saya Melompat Parti"


JAWAPAN :-
Isu diatas adalah berkaitan cerai ta'lik. Jesteru kita perlu merujuk kepada Isu pokok iaitu adakah jatuh talaq cerai secara Ta'liq?
Dr Yusuf Al-Qaradawi apabila ditanya berkaitan Isu Cerai Ta'liq, beliau menjawab dengan kenyataan berikut :-
"Sesungguhnya pandangan yang saya berpegang padanya dan yang telah saya fatwakan sejak bertahun lamanya adalah -
SESUNGGUHNYA TALAK MUAALAQ YANG TERIKAT TALAQ ITU DENGAN SESUATU ATAU LARANGAN SESUATU (BUKANLAH TALAQ YANG DISYARIATKAN OLEH ALLAH S.W.T) UNTUK MEMISAHKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI.
AKAN TETAPI IA BERKAITAN DENGAN SUMPAH. SEKIRANYA JIKA DIA MELANGGAR SUMPAH ITU MAKA CUKUPLAH BAGI DIA UNTUK MEMBAYAR KAFARAH SUMPAH IAITU (Memberi 10 Makan Orang Miskin @ 10 Orang Pakaian)
Pandangan ini adalah pandangan sebahagian SALAF yang dirajihkan oleh Ibnu Taimiyyah Dan Anak Muridnya Imam Ibn Qayyim. Pandangan ini saya (DYQ) pilih dan rajihkan. Saya melihat ianya sesuai dengan Ruh Islam. Pandangan ini juga adalah pandangan ramai AHLI ILMU dan AHLI FATWA dizaman kita ini.
RUJUKAN : Dr Yusuf Al-Qaradawi, Fatawa Muasirah, Jil 3, M/s :342, Cetakan Darul Qalam Linnasyar Wa Tauzi' KUWAIT. 2013
-------
KESIMPULAN HUKUM :
Bagi Masalah CERAI TA'LIQ "TAK JATUH TALAQ". Inilah pandangan yang dipegang oleh KETUA ULAMA DUNIA Dr Yusuf Qaradawi. Berkaitan Kafarah melanggari Sumpah dibawah adalah dalilnya :-
Firman Allah:
(سورة الsمائدة)(٨٩)
لاَ يُؤَاخِذُكُمُ اللّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَـكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ الأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُواْ أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
TERJEMAHAN
Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja. Maka kaffarat (melanggar) sumpah ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukumNya agar kamu bersyukur (kepadaNya).
(Al-Maaidah 5:89)
------------
Hafidz Zawawi,
Tahun Akhir,
Fiqh Dan Usul Fiqh,
Universiti Al-Bayt,
Mafraq, JORDAN.
14.7.2015
ISTIQAMAH ATAS KEBENARAN

I WILL SHOW YOU HOW GREAT I'M


Hidup tanpa IMPIAN,
Umpama Bangkai Bernyawa
Agak keras perumpamaan,
namun itulah realitinya

Ramai manusia punya Impian,
Namun Ramai yang malu dengan Impian Mereka
Malu diketawakan orang barangkali,

Namun, orang yang berjaya seringkali diketawakan
Seringkali gagal, Sering kali dikecewakan
Namun mereka tidak pernah malu untuk terus mengejar cita-cita
Membuktikan pada dunia mereka MAMPU.

Jika anda berfikir untuk merubah DUNIA,
Ayuh Ubahnya Sekarang
Biar Mereka Ketawakan Anda
Namun Pastikan Mereka TERDIAM melihat "KEJAYAAN ANDA"

p/s : Never Ever Give Up!!!

Sunday, July 19, 2015

Time Line Design