NEVER EVER GIVE UP!!!

Monday, July 20, 2015

MOTIVASI AL-QURAN : Siapakah ULAMA dalam TAFSIRAN Al-Quran???


ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ
[Surat Fatir 28]
TERJEMAHAN : Sesungguhnya orang takutkan Allah dari kalangan Hambanya adalah ULAMA (Orang Yang berilmu).


Ibn Mas'ud dalam mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa :-
ليس العلم عن كثر الحديث ولكن العلم عن كثرة الخشية.
TERJEMAHAN : Bukanlah "ILMU" merujuk kepada banyak hadist (Faqih Dalam Agama) namun ILMU itu merujuk kepada banyaknya takut kepada Allah.
Rujukan : Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 6, m/s 568, cetakan Darul Hadist 2002.
KESIMPULAN : Bukanlah Ulama itu merujuk kepada ULAMA DALAM AGAMA semata. Tetapi ianya merujuk kepada Orang yang berilmu yang dengan Ilmunya itu menyebabkan dia bertambah takut pada Allah.
Boleh jadi dia seorang "Engineer", Lawyer, Doktor, Guru, Penoreh Getah, Pekebun Sayur, atau sesiapa sahaja. Asalkan dia mempunyai Ilmu pengetahuan yang menyebabkan dia takutkan Allah.

0 comments :