Suatu hari dua orang sahabat baik sekampung yang telah lama tak berjumpa terserempak di sebuah kedai runcit. Namun sahabatnya sudah jarang ke Masjid.
“Lah, ko ni? lama tak jumpa. Duk wak gape leni?” kata Nik.
“Hola kawe ni Nik, Ada duk sini ag tapi sibuk cikit la, nego maju sikit dah loni. Banyak duk luar negeri cikit kembangkan nego.”kata Lah.
“Al0h majunya. Syukurlah. Pah mana nego demo leni Lah?” kata Nik.
“Alhamdulillallah syukurlah, nego kawe ada la cikit, sapa Thailand, Bali, Singapore, Brunei Indonesia. Dan baru bulan lepas kawe baru hantar produk kawe ko England, Moscow, Afrika Selatan dan banyak lagi.” kata Lah.
“Banyak la tempat yang sohor-sohor demo g dah Lah. Tapi ada 1 lagi tempat sohor atah dunia ni demo tak g. Kalu demo g tempat ni mesti nego demo koho maju.” kata Nik.
“Mana tempat tu Nik?” tanya lah dengan penuh minat.
“Tempat tu Masjid Leh.” kata Nik dengan penuh pengharapan agar sahabatnya Lah diberikan hidayah kembali oleh Allah s.w.t.
MASJIDKU RUMAHKU.
Masjid itu rumah Allah s.w.t sahabatku, tempat yang Allah s.w.t sangat suka dan amat-amat menyayangi mereka yang mencintai masjid.
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: Tempat yang paling dicintai Allah diatas muka bumi ialah masjid dan tempat yang paling dibenci ialah pasar-pasar.
(HR Muslim:1527)
Sahabatku berapa ramai manusia diluar sana yang mempunyai rumah bunglow yang mewah-mewah, namun rumah mereka menjadi neraka dunia bagi mereka. Subhnallah. Berapa ramai anak muda ketika ini yang mencari ketenagan jiwa mereka di kelab malam, berlumba dijalan raya mahupun paling kurang menghabiskan masa berjam-jam bermain futsal mahupun facebook.
Akhirnya apa yang mereka dapat hanyalah kekacawan hati yang makin mencengkam. Hati mereka semakin kosong. Dan mereka mencuba 1001 macam lagi aktiviti yang mereka rasa boleh mengubat hati mereka. Namun keadaanya tetap sama. Madu yang dihirup sebenarnya adalah hempedu yang kembali memahitkan acuan kehidupan mereka.
Sahabatku rumah Allah menjanjikan ketenagan jiwa yang hakiki. Kita akan dapat merasa kasih sayang Allah dirumahnya. Hati kita pasti tidak akan kosong lagi. Malah hati kita akan disirami hujan kerahmatan dari yang maha pencipta. Dan apabila kita sudah dicintai Allah, pasti segala hajat dan kehendak kita amat pasti akan diselesaikan oleh Allah s.w.t.
Yakinlah sahabatku Allah amat mengasihi kita dan sentiasa bersedia memakbulkan doa kita. Dan percayalah sahabatku disaat seluruh manusia berpaling dari membantu kita, Allah sangat dekat dengan kita untuk memakbulkan doa kita. Amin. . .
186. dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (al-Baqarah:186)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: Apabila seseorang menjadikan masjid tempat sembahyang dan berzikir, Allah amat gembira dan menyukainya, sebagaimana seorang yang telah lama ditinggalkan oleh seorang dari ahli keluarganya tiba-tiba dia kembali kepangkuan keluarnya. (HR Ibnu Khuzaimah: 800)
Ayuh sahabatku, marilah kita menjadikan masjid sebagai rumah kita. Mudah mudahan kita tergolong dari 7 golongan hambanya yang mendapat perlindungan arasy Allah s.w.t di mahsyar yang tiada perlindungan selain dari bayang arasy Allah s.w.t. Insyaallah …
0 comments :
Post a Comment