NEVER EVER GIVE UP!!!

Seminar Fiqh Wanita dan Kenegaraan

Program ini berlangsung, pada tahun 2013 di Universiti Malaysia Cawangan Nilam Puri bersama Dr Asri Zainal Abidin (USM) dan Prof Dr Najibah (UIA).

MOTIVASI KEJAYAAN : Be Confident!!!

Tidak Salah Menghormati Orang Lain, Namun Jangan Pernah Pandang Rendah Pada Diri Sendiri.

PENCETUS UMMAH MUSIM PERTAMA

Perjalanan Di Pencetus Ummah Mengajar Saya Banyak Perkara, Betapa Penting Seorang Daie "WAJIB BERILMU". Disebabkan itu saya bermusafir ke JORDAN untuk menimba ILMU.

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KONVOKEYEN KIAS NILAM PURI (2013)

Waktu ini saya sudah berada di Jordan. Dan ini HADIAH terindah buat IBU SAYA yang tak pernah putus asa memberi semangat untuk saya terus berlari laju dalam KEMBARA ILMU ini.

Motivasiagama Training And Consultancy (MATC)

MATC adalah sebuah syarikat MOTIVASI yang saya kendalikan sendiri. Hampir seratus buah sekolah dan IPT telah menjemput saya berkongsi pengalaman kehidupan saya dari pelajar gagal di kelas Terakhir hingga Berjaya seperti hari ini. Diploma in Mechatronic Engineering, Diploma in Syariah and Bachelor in Fiqh and Usul Fiqh (Jordan)(Last Sem).

Wednesday, December 22, 2010

HARAM MENYAMBUT HARI KRISMAS, 25 DISEMBER BUKAN HARI LAHIR YESUS(NABI ISA) TAPI ADALAH HARI DEWA MATAHARI!!!


Beberapa hari lagi kita akan berhadapan 25 Disember. Hari Krismas. Saban tahun kita ditipu hari krismas adalah hari perayaan biasa kristian seperti kita menyambut hari raya. Namun sebenarnya disebalik perayaan itu terdapat 1 rahsia besar yang tidak di ketahui oleh orang kristian sekalipun. Bahawa 25 Disember bukanlah hari kelahiran Nabi Isa, tapi merupakan hari raya orang yunani yang menyembah Dewa MATAHARI. Ana bukanlah seorang yang pakar dalam perbandingan agama (Teologi) namun ada harap sahabat-sahabat dapat sebarkan berita ini seluasnya moga dengan usaha ini dapat menyedarkan sahabat kita dari kristian bahawa selama ini mereka ditipu hidup-hidup oleh paderi mereka. Disini ana sertakan link yang dapat membantu untuk menjelaskan isu ini. Takbir Allahuakbar….


http://zharifalimin.blogspot.com/2010/09/kristian-menciplak-ajaran-hindu-dan.html

http://zharifalimin.blogspot.com/2010/09/misteri-vatican-city.html

Diari Seorang Daie : Mehnah Dalam BERJUANG!!!.


أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬

(Al-Baqarah : 214). Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Sunnah dalam berjuang, pastinya kita akan melalui jalan yang penuh dengan onak dan duri. Dan pastinya jalan kebaikan juga, Allah hiasinya bertentangan dengan nafsu syahwat kita. Manakala jalan ke neraka, dihiasi dengan cantik dan mengikut kehendak nafsu semata. Semua ini adalah sebagai dugaan bagi kita hambanya. Yang pastinya untuk menguji sejauh mana kekentalan kita dan kesungguhan kita untuk menggapai syurga Allah yang sangat mahal itu.

Sahabatku jalan kita untuk menuju kebaikan tidak akan dihamparkan dengan permaidani merah, tidak akan disanjung oleh pujian manusia mahupun manisnya harta. Namun jalan yang kita lalui pasti berdepan 1001 cabaran yang bisa melemahkan kaki kita untuk melangkah lagi. Sahabatku, andai ini jalan yang kamu pilih, bersedialah kamu untuk difitnah oleh orang mukmin yang mendengkimu, bersedia juga untuk dicaci cerca kaum kerabatmu, dikhinati oleh sahabat sejatimu dan dijatuhkan maruahmu oleh mereka yang berhati busuk padamu. Kerana inilah jalan yang dilalui oleh para daie dan rasul Allah…

Jangan bersedih sahabatku, andai kamu berasa sendirian menghadapi masalah ini, hingga kamu rasanya seluruh penduduk bumi ini memusuhimu. Tenang sahabatku… (Jangan Takut dan bersedih, Allah sentiasa bersamamu). Dan juga Percayalah Allah dekat sahaja padamu. Dan sentiasa bersamamu saat senang dan susuh, Walaupun saat senang kita melupakan Allah, namun Allah tetap bersama disaat susah kita.

Aku berpesan pada diriku terutamanya dan juga seluruh temanku, berwaspadalah pada keingingin nafsu didalam ayat dibawah, kerana ia akan bisa menghancurkan saat kemanisan kita beribadah kepada Allah.

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٲتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَـٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِ‌ۗ ذَٲلِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِz

(Al-Imran : 14). Dihiaskan nafsu manusia itu dengan beberapa perkara, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Nabi Muhammad pernah ditawarkan untuk menukarkan kebahgiaanya dijalan Allah dengan 3 perkara yang diidami oleh setiap manusia yang bergelar Lelaki. Harta pangkat dan wanita. Namun semua itu tidak menjejaskan semangatnya, malah terus berjuang sehingga akhir hayatnya. Dan seluruh hidupnya dihabiskan untuk agama Islam Yang suci ini. Bersemangatlah sahabatku. Bersemangatlah…

Sunday, December 19, 2010

Diari CINTA Seorang Daie : BILA CINTA BERTASBIH…


Sukar rasanya mencari permaisuri syurga saat ini, sukarnya umpama mencari mutiara yang hilang di Padang sahara. Hanya takdir dan kasih Allah sahaja yang bisa menghadirkan keajaiban. Sukar juga mencari muslimah yang memalingkan diri dari indahnya dunia, menghapuskan kemegahan harta dan dunia untuk mahar perkahwinan suci, rata-ratanya sudah tidak lagi percaya dengan janji Allah. Hingga ada yang berkata:

“Nak kawin tak ada duit, nak bagi anak orang makan PASIR???”

Lupakah kita pada bicara Allah s.w.t yang mulia pada pasangan pemuda pemudi Islam agar berusaha menikah agar terhindar dari fitnah besar dunia. Subhanallah. . . Betapa besar ujian yang meruntun hati setiap pemuda Islam bilamana terpaksa berperang perasaan, antara nafsu dan larangan agama. Dan berapa orang sahaja yang masih mampu berdiri teguh, bilamana godaan zina lebih mudah diratah dari titipan cinta suci yang halal.

Dan hanya padamu tuhan kami memohon selamatkan diri kami. Hindarkan kami dari nafsu yang sering membara dalam hati-hati kami. Tutupkanlah baraan nafsu kami dengan hujanan rahmat dan kasih sayangmu, tidak mampu rasanya lagi kami menahan dugaan yang maha besar ini Ya Allah. Tolonglah ya Allah, kami tak mampu hindari diri kami dari maksiat ya Allah, tolonglah ya Allah. Hadirkan wanita yang solehah buat kami agar bisa dapat menundukkan hati kami kembali tawajuh padamu ya ALLAH…

Saturday, December 11, 2010

Masjid Itu Rumahku...

CERITA MASJID

Suatu hari dua orang sahabat baik sekampung yang telah lama tak berjumpa terserempak di sebuah kedai runcit. Namun sahabatnya sudah jarang ke Masjid.

“Lah, ko ni? lama tak jumpa. Duk wak gape leni?” kata Nik.

“Hola kawe ni Nik, Ada duk sini ag tapi sibuk cikit la, nego maju sikit dah loni. Banyak duk luar negeri cikit kembangkan nego.”kata Lah.

“Al0h majunya. Syukurlah. Pah mana nego demo leni Lah?” kata Nik.

“Alhamdulillallah syukurlah, nego kawe ada la cikit, sapa Thailand, Bali, Singapore, Brunei Indonesia. Dan baru bulan lepas kawe baru hantar produk kawe ko England, Moscow, Afrika Selatan dan banyak lagi.” kata Lah.

“Banyak la tempat yang sohor-sohor demo g dah Lah. Tapi ada 1 lagi tempat sohor atah dunia ni demo tak g. Kalu demo g tempat ni mesti nego demo koho maju.” kata Nik.

“Mana tempat tu Nik?” tanya lah dengan penuh minat.

“Tempat tu Masjid Leh.” kata Nik dengan penuh pengharapan agar sahabatnya Lah diberikan hidayah kembali oleh Allah s.w.t.

MASJIDKU RUMAHKU.

Masjid itu rumah Allah s.w.t sahabatku, tempat yang Allah s.w.t sangat suka dan amat-amat menyayangi mereka yang mencintai masjid.

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: Tempat yang paling dicintai Allah diatas muka bumi ialah masjid dan tempat yang paling dibenci ialah pasar-pasar.

(HR Muslim:1527)

Sahabatku berapa ramai manusia diluar sana yang mempunyai rumah bunglow yang mewah-mewah, namun rumah mereka menjadi neraka dunia bagi mereka. Subhnallah. Berapa ramai anak muda ketika ini yang mencari ketenagan jiwa mereka di kelab malam, berlumba dijalan raya mahupun paling kurang menghabiskan masa berjam-jam bermain futsal mahupun facebook.

Akhirnya apa yang mereka dapat hanyalah kekacawan hati yang makin mencengkam. Hati mereka semakin kosong. Dan mereka mencuba 1001 macam lagi aktiviti yang mereka rasa boleh mengubat hati mereka. Namun keadaanya tetap sama. Madu yang dihirup sebenarnya adalah hempedu yang kembali memahitkan acuan kehidupan mereka.

Sahabatku rumah Allah menjanjikan ketenagan jiwa yang hakiki. Kita akan dapat merasa kasih sayang Allah dirumahnya. Hati kita pasti tidak akan kosong lagi. Malah hati kita akan disirami hujan kerahmatan dari yang maha pencipta. Dan apabila kita sudah dicintai Allah, pasti segala hajat dan kehendak kita amat pasti akan diselesaikan oleh Allah s.w.t.

Yakinlah sahabatku Allah amat mengasihi kita dan sentiasa bersedia memakbulkan doa kita. Dan percayalah sahabatku disaat seluruh manusia berpaling dari membantu kita, Allah sangat dekat dengan kita untuk memakbulkan doa kita. Amin. . .

186. dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (al-Baqarah:186)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: Apabila seseorang menjadikan masjid tempat sembahyang dan berzikir, Allah amat gembira dan menyukainya, sebagaimana seorang yang telah lama ditinggalkan oleh seorang dari ahli keluarganya tiba-tiba dia kembali kepangkuan keluarnya. (HR Ibnu Khuzaimah: 800)

Ayuh sahabatku, marilah kita menjadikan masjid sebagai rumah kita. Mudah mudahan kita tergolong dari 7 golongan hambanya yang mendapat perlindungan arasy Allah s.w.t di mahsyar yang tiada perlindungan selain dari bayang arasy Allah s.w.t. Insyaallah …