NEVER EVER GIVE UP!!!

Monday, August 17, 2015

MOTIVASI AL-QURAN : Unsur Freemason Dalam Pentafsiran Al-Quran



KESAN MENINGGALKAN RUJUKAN TURAST DAN BERPADA DENGAN "SYEIKH GOOGLE"

Suatu ketika dahulu heboh seketika ruang keilmuan maya apabila ada seorang ustaz membuat tafsiran berkaitan malam lailatuqadar pada malam ke 27 mengunakan kaedah MATEMATIK. Kaedahnya seperti berikut :

1. LAILATULQADAR (ليلة القدر) mempunyai 9 huruf
2.  (ليلة القدر) disebut 3 kali dalam Al-Quran.
3. 9x3 = 27
4. Oleh itu lailatuqadar pada Malam ke-27.



Namun menariknya kaedah ini juga dinaqalkan oleh Al-Qurtubi dalam menafsirkan (بسم الله الرحمن الرحيم).

Dari Waqi'  dari Al-A'masy dari abi Wail dari Abdullah Ibn Mas'ud berkata : Sesiapa yang ingin Allah melepaskannya daripada MALAIKAT ZABANIAYYAH 19 orang itu maka bacalah  (بسم الله الرحمن الرحيم). Malaikat Zabaniyyah 19 beradasarkan ayat berikut (Al-Muddasir : 30)

سَأُصْلِيهِ سَقَرَ وَمَا أَدْرَاكَ مَا سَقَرُ لا تُبْقِي وَلا تَذَرُ لَوَّاحَةٌ لِّلْبَشَرِ عَلَيْهَا تِسْعَةَ عَشَرَ
25. ini tidak lain hanyalah Perkataan manusia".
26. aku akan memasukkannya ke dalam (neraka) Saqar.
27. tahukah kamu Apakah (neraka) Saqar itu?
28. Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan [1527].
29. (neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia.
30. dan di atasnya ada sembilan belas (Malaikat penjaga).

KAEDAH PENGIRAAN BISMILLAH
1. Kalimah (بسم الله الرحمن الرحيم) ada 19 HURUF
2. Maka setiap Huruf ini akan jadi pelindung bagi 19 Malaikat Zabaniyyah (Penjaga Neraka)


- Ini adalah salah satu pandangan yang Imam Qurtubi naqalkan dalam menafsirkan Surah ini.

Menariknya Ibn Athiah merumuskan konsep pentafsiran diatas hanyalah sebagai "Perasa" sahaja didalam pentafsiran, bukan ASAS ILMU YANG KUKUH untuk dijadikan hujjah.

KESIMPULAN :
Saya secara jujur melihat konsep tafsiran munggunkan Huruf dan Kaedah Matematik ini adalah salah satu usaha para ulama silam dalam mengali makna Al-Quran. Boleh jadi benar, boleh jadi salah. Dan kebanyakan mereka tidak meletakkan Kaedah ini adalah keputusan MUTLAQ dalam menafsirkan sesuatu ayat Al-Quran. 

Sekiranya ada asatizah yang meletakkan KAEDAH ini sebagai MUTLAQ maka seharusnya para asatizah ini perlu kembali merujuk asas dalam ULUM TAFSIR. Manakala tuduhan Kaedah ini sebagai kaedah Freemason, hadir hasil keterlajuran kita yang jauh dari KITAB THURAST dan Berpada kepada "Syeikh Google" semata-mata. Alangkah baiknya jika kita menahan diri daripada mengunggapkan sesuatu atas perkara yang belum kita kaji. 

RUJUKAN : 
 Al-Qurtubi, Al-Jami' Lil Ahkam Al-Quran, Jil 1, M/s 97, Cetakan Darul Hadsit Kaherah (2010)


0 comments :