NEVER EVER GIVE UP!!!

Seminar Fiqh Wanita dan Kenegaraan

Program ini berlangsung, pada tahun 2013 di Universiti Malaysia Cawangan Nilam Puri bersama Dr Asri Zainal Abidin (USM) dan Prof Dr Najibah (UIA).

MOTIVASI KEJAYAAN : Be Confident!!!

Tidak Salah Menghormati Orang Lain, Namun Jangan Pernah Pandang Rendah Pada Diri Sendiri.

PENCETUS UMMAH MUSIM PERTAMA

Perjalanan Di Pencetus Ummah Mengajar Saya Banyak Perkara, Betapa Penting Seorang Daie "WAJIB BERILMU". Disebabkan itu saya bermusafir ke JORDAN untuk menimba ILMU.

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KONVOKEYEN KIAS NILAM PURI (2013)

Waktu ini saya sudah berada di Jordan. Dan ini HADIAH terindah buat IBU SAYA yang tak pernah putus asa memberi semangat untuk saya terus berlari laju dalam KEMBARA ILMU ini.

Motivasiagama Training And Consultancy (MATC)

MATC adalah sebuah syarikat MOTIVASI yang saya kendalikan sendiri. Hampir seratus buah sekolah dan IPT telah menjemput saya berkongsi pengalaman kehidupan saya dari pelajar gagal di kelas Terakhir hingga Berjaya seperti hari ini. Diploma in Mechatronic Engineering, Diploma in Syariah and Bachelor in Fiqh and Usul Fiqh (Jordan)(Last Sem).

Showing posts with label FIQH PUASA. Show all posts
Showing posts with label FIQH PUASA. Show all posts

Thursday, July 23, 2015

FIQH PUASA : Haramkah Puasa Hari Sabtu Sewaktu Berpuasa 6 Syawal (RUJ : Fatwa Syeikh Bin Baz)



SOALAN : Adakah Sahih Hadis (لا تصوموا يوم السبت)

JAWAPAN :- 
Hadist ini tidak sahih. Hadist ini dikalangan ulama adalah hadist yang Syaz kerana menyalahi Hadist yang Sahih. Sesungguhnya hadist yang Dhoif tidak harus beramal dengannya.
Hadist Sahih tersebut ialah :-

HADIST 1.
لا تصوموا يوم جمعة إلا أن تصوموا يوما قبله أو يوما بعده.
Terjemahan :- Janganlah kamu berpuasa hari jumaat kecuali kamu berpuasa sehari sebelumnya (Khamis) @ Sehari selepasnya (Sabtu).

HADIST 2
Rasulullah juga berpuasa hari sabtu bersama hari Ahad. Baginda bersabda :-
Sesungguhnya kedua-dua (Sabtu Dan Ahad) adalah hari kebesaran orang Musyrik(Sabtu =Yahudi, Ahad = Kristian) dan aku (Nabi) Ingin menyalahi mereka.

Berpuasa hari sabtu bersama hari Ahad atau hari Jumaat adalah satu bentuk ketaatan.

KESIMPULAN PENULIS : 
1. Puasa Hari Sabtu Tidak Haram namun ianya Makruh jika Berpuasa hanya pada Hari SABTU semata-mata.
Ruj : Dr Muhammad Zuhailly, Al-Mu'tamad Fi Fiqhi Syafie, Jil 2 m/s : - 218.

2. PUASA HARI SABTU JUGA SUNNAH jika diiringi sebelumnya dengan Jumaat @ Selepasnya dengan Ahad bersandarkan Hadist diatas.

3. TIADA LARANGAN UNTUK PUASA SUNAT 6 SYAWAL PADA HARI SABTU BERPANDUKAN HADIST DIATAS.

Monday, July 20, 2015

FATWA DR. YUSUF QARDAWI : Zakat Fitrah, Tempat Harus Membayarnya


SOALAN :
Jika berpuasa seseorang di suatu negeri, kemudian dia ingin beraya dinegeri yang lain. Dimanakah tempat yang dia perlu bayar ZAKAT FITRAH?


JAWAPAN.
Seorang muslim perlu mengeluarkan zakat fitrah DINEGERI yang DIA BERADA pada MALAM RAYA. Ini kerana zakat fitrah tidak berkait dengan puasa akan tetapi berkait dengan raya. Sebagai contoh seseorang yang mati sebelum malam raya tidak diwajibkan zakat fitrah. Begitu juga bayi yang lahir pada malam raya wajib baginya zakat fitrah.
RUJUKAN : (Dr Yusuf Qaradawi, Fatawa Muasirah Jil 1, M/s : 315)
p/s : Tulisan ini diringkas untuk memudahkan pemahaman.