NEVER EVER GIVE UP!!!

Seminar Fiqh Wanita dan Kenegaraan

Program ini berlangsung, pada tahun 2013 di Universiti Malaysia Cawangan Nilam Puri bersama Dr Asri Zainal Abidin (USM) dan Prof Dr Najibah (UIA).

MOTIVASI KEJAYAAN : Be Confident!!!

Tidak Salah Menghormati Orang Lain, Namun Jangan Pernah Pandang Rendah Pada Diri Sendiri.

PENCETUS UMMAH MUSIM PERTAMA

Perjalanan Di Pencetus Ummah Mengajar Saya Banyak Perkara, Betapa Penting Seorang Daie "WAJIB BERILMU". Disebabkan itu saya bermusafir ke JORDAN untuk menimba ILMU.

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KONVOKEYEN KIAS NILAM PURI (2013)

Waktu ini saya sudah berada di Jordan. Dan ini HADIAH terindah buat IBU SAYA yang tak pernah putus asa memberi semangat untuk saya terus berlari laju dalam KEMBARA ILMU ini.

Motivasiagama Training And Consultancy (MATC)

MATC adalah sebuah syarikat MOTIVASI yang saya kendalikan sendiri. Hampir seratus buah sekolah dan IPT telah menjemput saya berkongsi pengalaman kehidupan saya dari pelajar gagal di kelas Terakhir hingga Berjaya seperti hari ini. Diploma in Mechatronic Engineering, Diploma in Syariah and Bachelor in Fiqh and Usul Fiqh (Jordan)(Last Sem).

Tuesday, July 28, 2015

TAFSIR SURAH AL-FATIHAH BERSAMA PU FIDZ : Nama – Nama Bagi Surah Al-Fatihah


Surah Al-Fatihah mengandungi pelbagai isi yang meliputi asas agama Islam. Antaranya ialah berkaitan aqidah, ibadah, persyariaatan, keyakinan hari kebangkitan, sifat-sifat Allah, memohon hidayah kepada agama yang benar dan permintaan agar dijauhi jalan orang yang menyimpang dari hidayah Allah.[1]

Surah Al-Fatihah juga mempunyai beberapa nama yang masyhur antaranya ialah :-
1.      Al-Fatihah
a.      Surah ini dinamakan Al-Fatihah kerana ia merupakan surah yang pertama apabila dibuka Al-Quran. Perlu difahami, ianya surah pertama dalam susunan Al-Quran bukan dari segi penurunannya.

b.      Berkata Imam Jarir Al-Tobari : Dinamakan dengan (Fatihatul – Kitab) kerana mushaf Al-Quran dibuka dengan surah ini.[2]

2.      Ummul Kitab
Umm @ Ibu dinisbahkan sebagai gambaran kemulian. Orang arab memanggil setiap perkara yang berkaitan ketua atau mewakili sesuatu sebagai Umm. Sebagai contohnya Ummu Qura “Ketua Bagi Sekalian Kampung” yang merujuk kepada Mekah[3]. Penisbahan ini juga sering kita gunakan dalam masyarakat melayu kita sebagai contohnya ibu jari, ibu sawat,  ibu pejabat dan sebagainya.

3.      Sab’u Masani.
a.      Sab’u Masani merujuk kepada 7 ayat berulang-ulang. Surat Al-Fatihah ini dibaca berulang -ulang setiap rakaat didalam solat. Firman Allah s.w.t :-

Terjemahan : Sesungguhnya kami (Allah) mendatangkan kepada kamu 7 ayat berulang-ulang…                                                                                    (Al-Hijr : 88)

b.      Ulama berbeza pandangan dalam menentukan apakah surah yang dimaksudkan sebagai Sab’u Masani dalam ayat diatas. Imam At-Tobari memilih Sab’u Masani  merujuk kepada Surah Al-Fatihah berdalilkan hadist riwayat Al-Bukhori dibawah :-

عن أبي سعيد بن المعلى قال :مر بي النبي - صلى الله عليه وسلم - وأنا أصلي ، فدعاني فلم آته حتى صليت ، ثم أتيته فقال : " ما منعك أن تأتيني ؟ " . فقلت : كنت أصلي . فقال : " ألم يقل الله : ( يا أيها الذين آمنوا استجيبوا لله وللرسول إذا دعاكم ) [ الأنفال : 24 ] ألا أعلمك أعظم سورة في القرآن قبل أن أخرج من المسجد ؟ " فذهب النبي - صلى الله عليه وسلم - ليخرج ، فذكرته فقال : " ( الحمد لله رب العالمين ) [ الفاتحة : 2 ] هي السبع المثاني والقرآن العظيم الذي أوتيته " 

TERJEMAHAN :
Daripada Said bin Mualla :-  ketika mana saya tengah solat, Nabi s.a.w memanggil saya. Akan tetapi saya tidak datang kepada beliau sehinggalah saya selesai solat. Selesai solat saya mendatangi beliau. Lantas beliau bertanya : Apa yang menhalang kamu untuk dating kepada aku?. Maka saya berkata :- Saya sedang solat. Maka Baginda berkata : Bukankah Allah telah menyatakan “Wahai orang-orang yang beriman, jawablah panggilan Allah dan Rasul jika memanggil kamu. (Al-Anfal : 24).

Sesungguhnya aku ingin mengkhabarkan kamu surah yang hebat didalam quran sebelum kita keluar daripada masjid ini. Maka ketika mana nabi hampir keluar daripada masjid. Saya mengingatkan baginda maka dia menyebut …. Alhandulillah… Ianya adalah 7 ayat berulang-ulang….





[1] . Dr Wahbah Zuhaily, Tafsir Al-Munir, Jil 1, M/s : 56.
[2] . Al-Tobari, Jami’ Bayan Jil 1/47
[3] . Al-Qurtubi, Jami’ Liahkam Quran 1/112.