NEVER EVER GIVE UP!!!

Seminar Fiqh Wanita dan Kenegaraan

Program ini berlangsung, pada tahun 2013 di Universiti Malaysia Cawangan Nilam Puri bersama Dr Asri Zainal Abidin (USM) dan Prof Dr Najibah (UIA).

MOTIVASI KEJAYAAN : Be Confident!!!

Tidak Salah Menghormati Orang Lain, Namun Jangan Pernah Pandang Rendah Pada Diri Sendiri.

PENCETUS UMMAH MUSIM PERTAMA

Perjalanan Di Pencetus Ummah Mengajar Saya Banyak Perkara, Betapa Penting Seorang Daie "WAJIB BERILMU". Disebabkan itu saya bermusafir ke JORDAN untuk menimba ILMU.

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KONVOKEYEN KIAS NILAM PURI (2013)

Waktu ini saya sudah berada di Jordan. Dan ini HADIAH terindah buat IBU SAYA yang tak pernah putus asa memberi semangat untuk saya terus berlari laju dalam KEMBARA ILMU ini.

Motivasiagama Training And Consultancy (MATC)

MATC adalah sebuah syarikat MOTIVASI yang saya kendalikan sendiri. Hampir seratus buah sekolah dan IPT telah menjemput saya berkongsi pengalaman kehidupan saya dari pelajar gagal di kelas Terakhir hingga Berjaya seperti hari ini. Diploma in Mechatronic Engineering, Diploma in Syariah and Bachelor in Fiqh and Usul Fiqh (Jordan)(Last Sem).

Wednesday, August 19, 2015

PROJEK TAFSIR AL-FATIHAH : Merasai Makna Al-Hamdulillah Didalam Surah Al-Fatihah.


A.     A.     MAKSUD : “Alhamdu”  bermaksud puji-pujian yang sempurna.[1]
B.      FAEDAH MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH
Allah Meredhai Orang Yang Mengucapkan Alhamdulillah  Ketika Makan.
TERJEMAHAN : Sesungguhnya Allah readha kepada hambanya yang makan makanannya kemudian mengucapakan pujian padanya atau meminum minumannya kemudian mengucapkan pujian padanya.[2]

C.      TAFSIR
1.      Perkataan (ßôJysø9$# ¬!) merupakan pujian yang cukup besar kepada Allah s.w.t.
2.      Ia merupakan salah satu ajaran Allah s.w.t kepada hambanya bagaimana tatacara berdoa yang betul. Seperti mana yang kita dapat lihat pada ayat-ayat terakhir, kita memohon doa agar ditunjukkan hidayah oleh Allah s.w.t. Jesteru salah satu tatacara berdoa adalah memulakan puji pujian kepada Allah s.w.t.

3.      Allah s.w.t selayaknya dipuji sebegitu hebat oleh kita sebagai hambanya. Lihatlah diri kita bermula hari kita dilahirkan sehingga kini. Terlalu banyak kurnian yang Allah berikan kepada kita. Bahkah melebihi impian kita dikala kecil dahulu. Sesuatu yang amat kita tidak sangka bukan? Jesteru itu, selayaknya kita mensyukuri segala nikmat Allah ini.. Persoalannya bagaimanakah caranya.
4.      Ayat selepas (ßôJysø9$# ¬!) memberi mesej yang amat jelas tatacara untuk mensyukuri nikmat Allah ini adalah dengan memperkukuhkan aqidah kepada Allah s.w.t. Kerana itu kita dapat lihat ayat selepasnya kesemuanya menceritakan berkaitan aqidah dan sifat-sifat Allah yang utama.

5.      Dalam menjaga aqidah yang sahih ini, satu pantang larang yang perlu dijaga oleh seorang muslim iaitu mengelakkan diri daripada perbuatan Syirik. Sesungguhnya, tidak ada kemurkaan yang lebih dimarahi oleh Allah s.w.t selain syirikan padanya. Seperti mana firman Allah dalam surah Al-Maidah : 72 :-

`tB õ8ÎŽô³ç «!$$Î/ ôs)sù tP§ym ª!$# Ïmøn=tã sp¨Yyfø9$# çm1urù'tBur â$¨Y9$# (
TERJEMAHAN : Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, Maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka.

6.      Salah satu cara lain,  kita dapat mensyukuri nikmat Allah ialah menjauhi diri kita dari segala larangan dan maksiat kepada Allah. Segala nikmat yang Allah berikan kepada kita hari ini, boleh sahaja Allah tarik dengan sekelip mata hanya kerana kesan dosa-dosa seharian kita. Seperti mana firman Allah s.w.t : -

y7Ï9ºsŒ  cr'Î/ ©!$# öNs9 à7tƒ #ZŽÉitóãB ºpyJ÷èÏoR $ygyJyè÷Rr& 4n?tã BQöqs% 4Ó®Lym (#rçŽÉitóム$tB öNÍkŦàÿRr'Î/   žcr&ur ©!$# ììÏJy ÒOŠÎ=tæ ÇÎÌÈ  
TERJEMAHAN : (siksaan) Yang demikian itu adalah karena Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.


[1] . Al-Qurtubi
[2] . Hadist Riwayat Muslim.

Tuesday, August 18, 2015

MOTIVASI AL-QURAN : Wahabikah Tidak Membaca Bismillah Dalam Solat???


PENDAHULUAN
Seringkali dalam masyarakat kita timbul Isu Wahabi hanya kerana seseorang itu tidak Membaca Basmallah ketika Solat. Yang dituduh "Wahabi" pula berbangga diri membuat kelainan. Bahkan (Sebilangan) mereka langsung tidak tahu apakah dalil mereka tidak membaca Basmallah. Begitu juga sebahagian pihak yang lain pula melihat ini sebagai bukti Kewahabian seseorang. 

Keadaan menjadi semakin teruk apabila golongan ini pergi ke Mekah samaada ingin mengerjakan haji atau umrah. Ada sebilangan mereka tidak solat di Masjidil-Haram hanya kerana Imam disana tidak membaca Basmallah. WAHABI tak sah solat dengan mereka!!!.Sedangkan tidak dibaca Basmalah didalam Fatihah adalah pandangan IMAM MALIK (Guru Kesayangan Imam Syafie Sendiri)

Artikel ini adalah sebahagian kajian saya dalam proses penulisan Tafsir Surah Al-Fatihah. Moga-moga artikel ini memberi pencerahan berkaitan isu ini. Diharap tiada lagi isu label-melabel lagi setelah membaca artikel ini. Dihujung artikel ini disediakan satu Tarjihan @ Kesimpulan yang meraikan masyarakat Malaysia yang bermazhab Syafie dan sebahagian kecil yang bermanhaj Salafi. Teruskan membaca… Wahabikah tidak membaca Basmallah didalam Solat.???


ADAKAH BIMILLAH SATU AYAT DARIPADA AL-FATIHAH.
Secara umumnya, asas kepada polemik diatas kerana berbezanya para alim ulama dalam menentukan adakah Basmallah satu ayat daripada Al-Fatihah atau tidak. Ulama berbeza kepada 3 pandangan dibawah .

a.      BISMILLAH SALAH SATU AYAT DARI AL-FATIHAH (SYAFIE)
Dalil :
                                                     i.            Hadist Abu Hurairah :
TERJEMAHAN : Daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w bersabda “ Sekiranya kamu membaca Alhamdulillahhirabilalamin, maka bacalah (Bismillahirahmanirrahim). Sesunggunya ianya Ummul-Quran, Ummul Kitab dan Sabul Masani. Dan Bismillahirahmanirahim salah satu daripadanya.[1]

                                                   ii.            Hadsit Ibn Abbas :
أن رسول الله (ص) كان يفتتح الصلاة ببسم الله الرحمن الرحيم
TERJEMAHAN : Sesungguhnya nabi s.a.w membuka solatnya dengan Bismillahirrahmanirahim[2]

                                                 iii.            Hadist Anas.
عن أنس رضي الله عنها  سئل عن قراءة النبي (ص) فقال كانت قراءته مدا... ثم قرأ ... ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$# ÇÊÈ   ßôJysø9$# ¬! Å_Uu šúüÏJn=»yèø9$# ÇËÈ  
TERJEMAHAN : Anas ditanya bagaimanakah bacaan nabi s.a.w. Maka dia berkata: Bacaan baginda panjang Kemudian beliau membaca Bismillah bersama Alhamdulillah.[3]

                                                 iv.            Hadist Surah Al-Kautsar
TERJEMAHAN : "Suatu hari Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam berada diantara kami, dan tiba-tiba beliau Shallallahu'alaihi wasallam tertidur sebentar. Kemudian beliau mengangkat kepalanya sambil tersenyum, maka kami bertanya kepadanya, 'Wahai Rasulullah Shallallahu'alihiwasallam apakah yang membuat engkau tersenyum? '

Beliau Shallallahu'alaihi wasallam menjawab, 'Tadi baru saja turun surat (Al Kautsar) Bismillahirrahmaanirrahiim, Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu dan berkurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terpuruk (QS. Al Kautsar (108): 1 -3)[4].

                                                   v.            Dalil Logik.
Sesungguhnya mushaf Al-Quran yang ada sekarang ditulis Bismillah pada awal surah Al-Fatihah, disetiap awal surah Al-Quran kecuali pada surat At-Taubah.  Mushaf Al-Quran bersifat mutawatir. Hanya Al-Quran sahaja yang ditulis. Ini menunjukkan Bismillah salah satu ayat daripada Al-Fatihah.

b.      BISMILLAH BUKAN SATU AYAT DARIPADA AL-FATIHAH (MALIKIYYAH)
                                                     i.            Hadist Aisyah
كان الرسول الله (ص) يفتتح الصلاة بالتكبير والقراءة بالحمد الله رب العالمين
TERJEMAHAN : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membuka solatnya dengan takbir dan membaca  Alhamdulillahirabilalamin.[5]

                                                   ii.            Hadist Anas Solat Dibelakang Nabi
حديث أنس كما في الصحيحين قال : (صليت خلف النبي (ص) وأبي بكر وعمر وعثمان وكانوا يفتتحون بالحمد الله رب العالمين.
TERJEMAHAN : Aku solat dibelakang nabi s.a.w, abu bakar, umar, Ustman, adalah mereka semua membuka solat dengan membaca Alhamdulillah.[6]

                                                 iii.            Dari Sudut Balaghah
Sekiranya Bismillah merupakan ayat didalam Al-Fatihah, maka disana akan wujud pengulangan (الرحمن الرحيم). Ini menyalahi balaghah bahasa arab.

                                                 iv.            Dari Sudut Amal Ahli Madinah
Orang – orang Madinah membaca Al-fatihah tanpa basmalah bermula zaman nabi s.a.w hinggalah ke zaman Imam Malik. Jesteru hujjah ini amat logik menunjukkan Ahli Madinah mengikuti sunnah yang ditinggalkan oleh nabi Muhammad s.a.w.[7]



                                                   v.            Dari Sudut Logik Pandangan Ulama Yang Menyokong.[8]
-          IMAM QURTUBI
Pandangan yang sahih bagi kami ialah pandangan Imam Malik. Ini kerana Al-Quran tidak diterima dengan hadist Ahad. Dan Al-Quran hanya diterima dengan jalan mutawatir sahaja tanpa khilaf.

-          IBN ARABI
Maka cukuplah bagi kamu bahawa Basamalah bukanlah satu ayat daripada Al-Fatihah dengan sebab wujudnya Khilaf manusia berkaitan dengannya. Sesungguhnya Al-Quran tiada khilaf padanya.

c.       BISMILLAH HANYALAH PEMISAH DIANTARA SURAH (Mazhab Abu Hanifah)
Penulisan Basmallah pada Mushaf Al-Quran menjadi dalil yang kukuh bahawa Basmallah adalah Al-Quran. Walaubagaimanapun, terdapat hadist yang menyatakan bahawa Basmallah tidak dibaca didalam solat. Ini menunjukkan basmalah bukan satu ayat daripada surah Al-Fatihah. Bahkan Basmallah hanyalah pemisah diantara surah berdalilkan hujah dibawah. :

                                                     i.            Hadist Abu Daud
روي عن الصحابة أنهم قالوا كنا لا نعرف انقضاء السورة حتى تنزل ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»yJôm§9$# ÉOŠÏm§9$#
TERJEMAHAN : Riwayat daripada sahabat nabi, sesungguhnya mereka berkata. Kami tidak mengetahui akhir bagi sesuatu surah sehingga turunnya Basamallah.[9]

                                                   ii.            Hadist Berkaitan Bilangan Surah Al-Mulk
ما روي عن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم َ أنه قال: سورة في القرآن ثلاثون آية شفعت لصاحبها حتى غفر له {تَبَارَكَ الذي بِيَدِهِ الملك}
TERJEMAHAN : Terdapat surah didalam Al-Quran 30 ayat. Surah ini akan memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkannya. Ianya adalah surah Al-Mulk.

-          Hadist ini menjadi hujjah bahawa Basmallah bukanlah satu ayat daripada surah atau Al-Fatihah. Sekiranya Basmallah 1 ayat daripada surah maka ianya akan menjadi 31 ayat. Maka keadaan ini menyalahi hadist nabi diatas.

d.      TARJIH DAN KESIMPULAN
Setelah melihat kepada dalil semua mazhab, tidak dapat dinafikan lagi pandangan Imam Malik lebih tepat dalam masalah ini. Apatah lagi bersandarkan dalil hadist yang jelas serta praktikaliti yang diamalkan oleh ahli madinah sendiri. Walaubagaimanapun dalam konteks masyarakat Malaysia yang bermazhab Syafie dan terbuka sekarang ini. Maka saya melontarkan saranan berikut.
                                                     i.            Semua pihak perlu berlapang dada dalam masalah ini kerana ianya hanya masaalah Khilafiyyah. Yang mana kesemua mazhab mempunyai pandangan masing-masing. Jesteru sikap toleransi perlu ada dalam setiap masyarakat Islam di Malaysia dalam menangani beza pandang dalam isu ini.

                                                   ii.            Isu ini hanyalah khilaf Fiqh bukan Khilaf Aqidah. Jesteru diharap unsur kafir – mengkafir tidak berlaku.


                                                 iii.            Bagi kawasan majoriti di Malaysia yang masih berpegang dengan mazhab Syafie, maka tidak ada masalah untuk mereka meneruskan pandangan mazhab Syafie. Pihak yang berpegang pada pandangan Maliki juga diharap menghormati pegangan masyarakat di Malaysia yang berpegang kepada mazhab Syafie.

                                                 iv.            Bagi beberapa Masjid tertentu dan negeri Perlis yang menguna pakai pandangan Mazhab Maliki dalam isu ini. Maka diharap masyarakat Malaysia yang bermazhab Syafie menghormati pandangan mereka. Elakkan label-label yang akan meruntuhkan ukhuwah Islamiyyah

                                                   v.            Pandangan yang dipegang mereka adalah daripada pandangan Imam Malik yang merupakan guru kesayangan Imam Syafie. Jesteru diharap setiap kelompok masyarakat dapat berlapang dada dan terbuka dalam isu ini.




[1] . Hadist Riwayat Daruqutni :  Dinilai Sahih disisi Al- Albani.
[2] . Hadist Riwayat Tirmizi : Hadist ini tidak mempunyai sanad yang kuat.
[3] . Hadist Al-Bukhari. Kelebihan Al-Quran. Hadist diatas menunjukkan Anas membaca Al-Fatihah bersama Bismillah.
[4] . Hadist Riwayat : Muslim
[5] . Hadist Muslim.
[6] . Hadsit Bukhari Dan Muslim.
[7] . Tafsir Al-Qurtubi Jil 1, m/s : 100
[8] . Tafsir Al-Qurtubi Jil 1, m/s : 99
[9] Hadist Riwayat Abu Daud