NEVER EVER GIVE UP!!!

Seminar Fiqh Wanita dan Kenegaraan

Program ini berlangsung, pada tahun 2013 di Universiti Malaysia Cawangan Nilam Puri bersama Dr Asri Zainal Abidin (USM) dan Prof Dr Najibah (UIA).

MOTIVASI KEJAYAAN : Be Confident!!!

Tidak Salah Menghormati Orang Lain, Namun Jangan Pernah Pandang Rendah Pada Diri Sendiri.

PENCETUS UMMAH MUSIM PERTAMA

Perjalanan Di Pencetus Ummah Mengajar Saya Banyak Perkara, Betapa Penting Seorang Daie "WAJIB BERILMU". Disebabkan itu saya bermusafir ke JORDAN untuk menimba ILMU.

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KONVOKEYEN KIAS NILAM PURI (2013)

Waktu ini saya sudah berada di Jordan. Dan ini HADIAH terindah buat IBU SAYA yang tak pernah putus asa memberi semangat untuk saya terus berlari laju dalam KEMBARA ILMU ini.

Motivasiagama Training And Consultancy (MATC)

MATC adalah sebuah syarikat MOTIVASI yang saya kendalikan sendiri. Hampir seratus buah sekolah dan IPT telah menjemput saya berkongsi pengalaman kehidupan saya dari pelajar gagal di kelas Terakhir hingga Berjaya seperti hari ini. Diploma in Mechatronic Engineering, Diploma in Syariah and Bachelor in Fiqh and Usul Fiqh (Jordan)(Last Sem).

Thursday, December 17, 2009


PERCAYALAH SAHABATKU
ALLAH MASIH MENYAYANGIMU...


وعن أبي عبد الرحمن عبد الله بن عمر بن الخطاب رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه

وسلم قا ل: ” إن الله عز وجل يقبل توبة العبد ما لم يغرغ ر” ( ( رواه الترمذي وقال : حديث حسن )

Dari Abu Abdur Rahman yaitu Abdullah bin Umar bin al-Khaththab radhiallahu
‘anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:
“Sesungguhnya Allah ‘Azzawajalla itu menerima taubatnya seseorang hamba selama ruhnya belum sampai di kerongkongannya – yakni ketika akan meninggal dunia.”
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.
(Hadist 18:Risyadulsalihin Imam Nawawi).

Semua manusia di dunia ini tidak pernah terlepas dari dosa baik dosa besar mahupun kecil. Kita tidak maksum seperti Rasullallah sahabatku. Kekhilafan dosa silam kita masih boleh diubati lukanya. Jangan putus asa kerana Allah tidak pernah mengecewakan hati kita seperti mana kekasih cinta kita curang pada kita. Allah sentiasa menyangi kita dengan rahmatnya. tampa kita sedar dalam kita sering Alpa melakukan dosa Allah masih tidak menghukum kita kerna masih sayangkan kita dan memberi peluang untuk hambanya yang tercinta ini untuk bertaubat. Percayalah pada kalam Rasullallah, Allah amat malu untuk memulangkan kita dengan tangan kosong setelah kita merayu dan berdoa padanya. Percayalah sahabatku Allah masih menyayangimu. . .

IDOLAKU DATANG KE RUMAH




2 Syawal 1430, Jam 7.08 minit petang. Hari yang amatku istimewa buatku. Salah seorang idolaku datang kerumah. Perkara yang tidak pernahku fikirkan mahupun bayangkan. Dia bukan Siti Nurhaliza mahupun Mawi apatah lagi Nabil. Namun seorang insan berilmu yang amatku hormati iaitu Al-fadil Tuan Guru Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman (Mudir Pondok Sungai Durian).

Seorang yang aku jadikan pencetus semangat dan Idola untuk aku memutar haluan hidupku ke bidang agama yang cukup mencabar ini setelah mempunyai segulung Diploma Kejuruteraan. Semuanya setelah aku menghadiri cermahnya dan dia langsung tidak tahu aku terjun ke bidang agama setelah melihatnya sebagai inspirasi Hidupku.

Hari ini beliau datang dengan mertuanya yang juga merupakan saudara Ibu-bapaku. Ya bukan untuk berjumpa denganku. Namun hadirnya bagi menemani mertuanya untuk berjumpa ibu-bapaku. Sebelum ini aku sudah biasa berbual dengannya setelah menghadiri ceramahnya. Dan alhamdullillah beliau juga mengenaliku.

Insyallah akanku jadikannya sebagai Idolaku dalam bidang ilmu yang pasti mencabar. Moga aku bisa berjaya sepertinya Insyallah…

HARAPAN SEBUAH PERPADUAN UMMAH

PERPADUAN UMMAH

Bismillahhirahmanirahim . . .

“Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara”

(Surah Al-Hujurat: 10)

Artikel ini ini ditulis bukan atas dasar politik kenegaraan, namun atas dasar kasih sayang sesama Islam seperti ayat Allah s.w.t diatas. Hari ini negara kita mengalami terlalu banyak kecamukan dalam negara hingga membuka ruang seluasnya untuk ‘orang lain’ mengambil kesempatan dan meminta perbagai tuntutan warisan diatas keruntuhan ukuwah Islam antara kita. Semua ini hanya menjadikan kita lemah disamping menguatkan kuasa ‘orang lain’ dan memungkinkan kita akan dijajah diatas kesombongan politik yang melampau hingga meletakkan hukum Allah mengatasi logikal politik kita. Benar seperti firman Allah s.w.t

“Dan janganlah kamu bersengketa, maka kamu akan gagal (lemah) dan hilang kehebatan kamu”.

(Surah Al-Anfal: 46)

Mungkin kita perlu merujuk fakta sejarah yang lebih lampau berbanding sejarah persengketaan yang dicanangkan pada 1975. Perang Jamal sebenarnya telah menggambarkan segalanya. Betapa menyesalnya Saidina Ali Bin Abi Talib bila melihat Talhah bin ‘Ubaidah terbunuh kita itu. Sehingga Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a. yang berada di pihak yang bertentangan dengan Talhah melihat jenazah Talhah yang terkorban berkata:

“Semoga Allah merahmatimu wahai Abu Muhammad (Talhah)! Amat berat perasaanku melihat engkau diserang di bawah bintang langit. Kepada Allah aku mengadu kelemahan dan dukacitaku. Demi Allah! Aku lebih suka sekiranya aku meninggal sejak dua puluh tahun yang lalu. (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/257). Namun penyesalan ketika itu tidak lagi dapat mengubah catatan sejarah.

Kita sepatutnya mengambil iktibar daripada sejarah ini. Para sahabat sebenarnya tidak bersalah namun tertipu dengan perancangan rapi pengkhianat Abdullah bin Saba’ yang mengadakan serangan mengejut lantas menjerumuskan tentera Ali dan Aisyah ke kancah pertempuran sesama Islam. Jangan lagi kita mengulangi ‘perang saudara Islam’ yang hanya merugikan kita.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”

(Surah al-Hujurat: ayat 10).

Namun anehnya, bila proses perdamaian berlaku. Ada sahaja golongan yang menentangkan suruhan Allah seperti ayat diatas seolah-olah ingin ‘mengulangi sejarah’ perang Jamal dan kisah pengkhinatan Abdullah Bin Saba’. Adakah kita masih lagi angkuh dengan meletakkan ideologi politik kita mengatasi kemaslahatan umat Islam. Sahabat seislamku, terlalu banyak suruhan Nabi Muhammad untuk kita bersatu.

Nabi s.a.w menyebut: “Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabah: Bahkan. Sabda baginda: “Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)”

(Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Dan nabi kita melarang kita berkeras hati dan berterusan dalam perbalahan

“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Firman Allah s.w.t: (maksudnya)

..kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (RasulNya (al-Sunnah) – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

(Surah al-Nisa: ayat 59).

Jelas semua persengketaan kita perlu dirujuk pada Quran dan Al-Hadist dan bukan pada pengalaman politik kita semata-mata. Manusia adalah makluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t untuk berfikir berpandukan Quran dan Hadist. Jesteru itu, amat tidak pantas bagi kita membelakangkan dalil sahih yang ada dan berhujah dengan pengalaman politik kita semata-mata.

Mungkin sejarah perang Jamal terlalu lama untuk dirungkaikan hingga menimbulkan keraguan kepada mereka yang ketandusan ilmu sejarah Islam. Baik kita rujuk sejarah yang tak sampai satu dekad meninggalkan kita. Perang Iraq, pasti ramai yang mengetahuinya. Semuanya bermula bila ada rakyat Iraq sendiri yang belot kononya dizalimi dan ditindak oleh Saddam Hussin.

Terus mereka berpakat dengan kafir Amerika untuk menjatuhkan Saddam Hussin, seorang pemimpin yang beragama Islam kepada sebuah negara Islam. Akhirnya apa yang rakyat Iraq dapat hari ini??? Hujan peluru hidup, dentuman bom yang mencacatkan anak kecil, anak gadis dan isteri mereka diperkosa, kemiskinan, jenayah berluasa dan apa yang tidak ada selain kesengsaraan dan tangisan kelaparan sahaja.

Orang-orang beriman tidak akan mengambil orang kafir sebagai pemimpin mereka dengan mengetepikan orang beriman. Barangsiapa yang melakukan perkara tersebut, maka Allah tidak akan merestuinya.

(Surah Al-Imran:28)

Hari ini kita bergabung dengan dengan bukan Islam untuk menjatuhkan kerajaan yang kononya sangat-sangat zalim. Persoalanya, Adakah kezaliman pemimpin kita sezalim Saddam Hussin yang telah membunuh ribuan puak Kurdish dengan senjata kimia?. Kita hari ini berbangga bersatu dengan pemimpin bukan Islam yang kononya lebih adil. Sedangkan meja perdamaian untuk ‘Persaudaraan Islam’ dinafikan?.

Namun alhamdullillah, Allah s.w.t masih sayangkan kita. Nasaruddin ke-2 @ Ustaz Nasaruddin Tantawi telah dibukakan hatinya oleh Allah untuk menghulurkan bunga-bunga perpaduan kepada Datuk RazaliIbrahim. Sama-sama kita doakan. Moga-moga bunga-bunga perpaduan ini akan menghasilkan pokok perpaduan yang utuh bertungjangkan kasih sayang sesama Islam.

“Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

(Surah Al-Hujurat:9)

PENGAHARAMAN DAGING BABI DAN KESANNYA

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ

Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi.

Surah Al-Baqarah : 173

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Sehingga artikel ini ditulis. Sudah kurang hampir seramai 120 orang diseluruh dunia mati akibat selesema Babi.

Babi adalah sejenis haiwan yang dagingnya telah diharamkan oleh Islam. Allah berfirman didalam ayat diatas. Ayat ini diturunkan 1400 tahun yang lepas yang kalau dilihat pada zahir ayat ketika itu tidak ada relevennya dengan umat Islam untuk memakan daging babi tersebut. Namun nyata ayat ini jelas mengambarkan kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t. Ternyata pengharaman ini langsung tidak sia-sia namun sangat bermakna bagi orang yang berfikir.

Pada tahun 1918 virus influenza telah melanda dunia dan membunuh lebih kurang 20 juta orang manusia. Virus ini datang dari babi di Amerika dan menjangkiti tentera Amerika pada Perang Dunia Pertama. Rujukan The Civil Abolitionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human. http://web.linkny.com/~civitas/page56.html

Kalam Allah diatas umpama amaran awal kepada seluruh umat manusia akan bahayanya virus influenza ini. Namun kerana kealpaan kita dan sifat mengambil mudah atas hukum Allah ini, meneroboskan kita ke ruang lingkup keadaan yang akan mengugat nyawa umat Islam secara keseluruhnya. Penulis tidak mahu menyajikan fakta virus babi ini dengan banyak, kerana ramai dikalangan kita sudah tahu dan boleh mendapatkan rujukan mengenainya dengan mudah di internet dan didada akbar.

Namun apa yang ingin penulis ketengahkah adalah berkaitan dengan sikap umat Islam yang berkompromi dengan pengharaman babi walaupun mengetahui dalil khusus dan fakta sains tentang virus pembunuh ini. Penulis masih teringat satu peristiwa berkaitan isu babi ini pada tahun lepas. Sebuah kerajaan negeri yang dengan bangganya mengistiharkan dalam sebuah sidang akbar bahawa mereka merancang untuk mengadakan satu ladang penternakan babi yang mengunakan teknologi tinggi dari Jerman bagi mengumpulkan seluruh ladang babi yang ada berselerak di negeri terbabit.

Apa yang menyedihkan penulis, pengistiharan itu dilakukan oleh seorang pemimpin Islam dan disebelahnya didokong dengan sebuah kumpulan yang meletakkan hukum Allah sebagai perjuangan mereka. Semuanya memberi alasan bahawa perlunya bagi umat Islam menghormati agama lain. Ya, penulis menghormati niat baik pemimpin-pemimpin terbabit. Namun sebagai pemimpin yang meletakkan perjungan agama sebagai asas mereka. Amat tidak pantas bagi mereka membelakangkan sudut ilmu berbanding dengan strategi politik mereka.

Islam adalah agama yang adil yang menghormati semua kaum dan agama yang ada didalam negaranya. Pemimpin Islam sepatutnya menjaga semua kaum yang ada dalam negaranya dengan baik dari semua segi, pelajaran, kesihatan, kewangan dan sebagainya. Islam menghormati golongan bukan Islam yang memakan babi, namun sebagai pemimpin yang mengetahui akan kesan negativenya pada mereka. Pemimpin terbabit sepatutnya mengadakan kempen besar-besaran dalam memberikan kesedaran kepada golongan ini akan bahanya daging babi.

Kesempitan minda kita, kononnya isu akan mengganggu hubungan antara kaum dan merupakan satu bentuk penindasan kepada mereka adalah satu bentuk pemikiran yang amat dangkal. Isu disini bukan berkaitan dengan penindsan kaum atau agama. Namun isu kelangsungan hidup. Kita pasti tidak mahu Virus JE yang melanda negara kita yang telah membunuh hampir seratus lebih orang suatu ketika dahulu. Untuk fakta majoroti yang mati pada ketika itu adalah penternak babi dari kalangan bukan Islam. Jelas isu ini berkaitan kelansungan hidup sahabat kita dari kalangan bukan Islam. Adakah ini juga bentuk penindasan bagi mereka!!!

Sekali lagi penulis tekankan, artikel ini ditulis diatas pentas ilmu. Penulis masih teringat akan sebuah ceramah oleh Dr Asri Zainal Abidin pada malam selepas perdebatan beliau dengan Astora Jabat. Beliau menyatakan hukum Allah ini bukan milik mana-mana pihak yang memperjuangkannya, tapi milik Allah s.w.t. Katanya lagi, apa sahaja masalah yang timbul perlu dirujuk dari sudut ilmu terlebih dahulu. Barulah kita melihat kemana arah condongnya ilmu itu. Samaada pada A atau B.

Jesteru itu pada hemat penulis, inilah masa yang sesuai untuk kita melancarkan kempen kesedaran besar-besaran berkaitan isu babi ini. Kita gerakkan semua tenaga kerja yang kita ada. Isu babi ini adalah isu dunia sekarang. Kita selama ini telah melancarkan kempen besar-besaran tentang padahnya rokok pada kesihatan manusia. Apasalahnya kita mengunakan methode yang sama untuk menagani isu babi yang pastinya seratus kali lagi bahaya berbanding rokok yang mana boleh membunuh manusia hanya selepas seminggu sahaja dijangkiti.

Penulis juga ingin mencadangkan, agar ladang babi terbabit dipindahkan ke sebuah pulau. Penulis juga menyedari cadangan ini akan menelan belanja yang lebih besar. Namun dibandingkan dengan nilaian harga nyawa seorang manusia lebih-lebih lagi Islam yang akan menanggung risiko dijangkiti virus pembunuh ini pastinya kos itu boleh diabaikan. Penulis berharap semua pihak dapat melihat isu ini dengan fikiran yang terbuka. Penulis bersedia menerima dengan terbuka apa bentuk kritikan mahupun hinaan. Apa yang baik datang dari Allah dan apa yang kurang sempurna itu datang dari penulis. Wallahhua’lam.

Yang fakir,

Al-hafidz