إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ
Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi.
Surah Al-Baqarah : 173
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Sehingga artikel ini ditulis. Sudah kurang hampir seramai 120 orang diseluruh dunia mati akibat selesema Babi.
Babi adalah sejenis haiwan yang dagingnya telah diharamkan oleh Islam. Allah berfirman didalam ayat diatas. Ayat ini diturunkan 1400 tahun yang lepas yang kalau dilihat pada zahir ayat ketika itu tidak ada relevennya dengan umat Islam untuk memakan daging babi tersebut. Namun nyata ayat ini jelas mengambarkan kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t. Ternyata pengharaman ini langsung tidak sia-sia namun sangat bermakna bagi orang yang berfikir.
Pada tahun 1918 virus influenza telah melanda dunia dan membunuh lebih kurang 20 juta orang manusia. Virus ini datang dari babi di Amerika dan menjangkiti tentera Amerika pada Perang Dunia Pertama. Rujukan The Civil Abolitionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human. http://web.linkny.com/~civitas/page56.html
Kalam Allah diatas umpama amaran awal kepada seluruh umat manusia akan bahayanya virus influenza ini. Namun kerana kealpaan kita dan sifat mengambil mudah atas hukum Allah ini, meneroboskan kita ke ruang lingkup keadaan yang akan mengugat nyawa umat Islam secara keseluruhnya. Penulis tidak mahu menyajikan fakta virus babi ini dengan banyak, kerana ramai dikalangan kita sudah tahu dan boleh mendapatkan rujukan mengenainya dengan mudah di internet dan didada akbar.
Namun apa yang ingin penulis ketengahkah adalah berkaitan dengan sikap umat Islam yang berkompromi dengan pengharaman babi walaupun mengetahui dalil khusus dan fakta sains tentang virus pembunuh ini. Penulis masih teringat satu peristiwa berkaitan isu babi ini pada tahun lepas. Sebuah kerajaan negeri yang dengan bangganya mengistiharkan dalam sebuah sidang akbar bahawa mereka merancang untuk mengadakan satu ladang penternakan babi yang mengunakan teknologi tinggi dari Jerman bagi mengumpulkan seluruh ladang babi yang ada berselerak di negeri terbabit.
Apa yang menyedihkan penulis, pengistiharan itu dilakukan oleh seorang pemimpin Islam dan disebelahnya didokong dengan sebuah kumpulan yang meletakkan hukum Allah sebagai perjuangan mereka. Semuanya memberi alasan bahawa perlunya bagi umat Islam menghormati agama lain. Ya, penulis menghormati niat baik pemimpin-pemimpin terbabit. Namun sebagai pemimpin yang meletakkan perjungan agama sebagai asas mereka. Amat tidak pantas bagi mereka membelakangkan sudut ilmu berbanding dengan strategi politik mereka.
Islam adalah agama yang adil yang menghormati semua kaum dan agama yang ada didalam negaranya. Pemimpin Islam sepatutnya menjaga semua kaum yang ada dalam negaranya dengan baik dari semua segi, pelajaran, kesihatan, kewangan dan sebagainya. Islam menghormati golongan bukan Islam yang memakan babi, namun sebagai pemimpin yang mengetahui akan kesan negativenya pada mereka. Pemimpin terbabit sepatutnya mengadakan kempen besar-besaran dalam memberikan kesedaran kepada golongan ini akan bahanya daging babi.
Kesempitan minda kita, kononnya isu akan mengganggu hubungan antara kaum dan merupakan satu bentuk penindasan kepada mereka adalah satu bentuk pemikiran yang amat dangkal. Isu disini bukan berkaitan dengan penindsan kaum atau agama. Namun isu kelangsungan hidup. Kita pasti tidak mahu Virus JE yang melanda negara kita yang telah membunuh hampir seratus lebih orang suatu ketika dahulu. Untuk fakta majoroti yang mati pada ketika itu adalah penternak babi dari kalangan bukan Islam. Jelas isu ini berkaitan kelansungan hidup sahabat kita dari kalangan bukan Islam. Adakah ini juga bentuk penindasan bagi mereka!!!
Sekali lagi penulis tekankan, artikel ini ditulis diatas pentas ilmu. Penulis masih teringat akan sebuah ceramah oleh Dr Asri Zainal Abidin pada malam selepas perdebatan beliau dengan Astora Jabat. Beliau menyatakan hukum Allah ini bukan milik mana-mana pihak yang memperjuangkannya, tapi milik Allah s.w.t. Katanya lagi, apa sahaja masalah yang timbul perlu dirujuk dari sudut ilmu terlebih dahulu. Barulah kita melihat kemana arah condongnya ilmu itu. Samaada pada A atau B.
Jesteru itu pada hemat penulis, inilah masa yang sesuai untuk kita melancarkan kempen kesedaran besar-besaran berkaitan isu babi ini. Kita gerakkan semua tenaga kerja yang kita ada. Isu babi ini adalah isu dunia sekarang. Kita selama ini telah melancarkan kempen besar-besaran tentang padahnya rokok pada kesihatan manusia. Apasalahnya kita mengunakan methode yang sama untuk menagani isu babi yang pastinya seratus kali lagi bahaya berbanding rokok yang mana boleh membunuh manusia hanya selepas seminggu sahaja dijangkiti.
Penulis juga ingin mencadangkan, agar ladang babi terbabit dipindahkan ke sebuah pulau. Penulis juga menyedari cadangan ini akan menelan belanja yang lebih besar. Namun dibandingkan dengan nilaian harga nyawa seorang manusia lebih-lebih lagi Islam yang akan menanggung risiko dijangkiti virus pembunuh ini pastinya kos itu boleh diabaikan. Penulis berharap semua pihak dapat melihat isu ini dengan fikiran yang terbuka. Penulis bersedia menerima dengan terbuka apa bentuk kritikan mahupun hinaan. Apa yang baik datang dari Allah dan apa yang kurang sempurna itu datang dari penulis. Wallahhua’lam.
Yang fakir,
Al-hafidz
0 comments :
Post a Comment