NEVER EVER GIVE UP!!!

Seminar Fiqh Wanita dan Kenegaraan

Program ini berlangsung, pada tahun 2013 di Universiti Malaysia Cawangan Nilam Puri bersama Dr Asri Zainal Abidin (USM) dan Prof Dr Najibah (UIA).

MOTIVASI KEJAYAAN : Be Confident!!!

Tidak Salah Menghormati Orang Lain, Namun Jangan Pernah Pandang Rendah Pada Diri Sendiri.

PENCETUS UMMAH MUSIM PERTAMA

Perjalanan Di Pencetus Ummah Mengajar Saya Banyak Perkara, Betapa Penting Seorang Daie "WAJIB BERILMU". Disebabkan itu saya bermusafir ke JORDAN untuk menimba ILMU.

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KONVOKEYEN KIAS NILAM PURI (2013)

Waktu ini saya sudah berada di Jordan. Dan ini HADIAH terindah buat IBU SAYA yang tak pernah putus asa memberi semangat untuk saya terus berlari laju dalam KEMBARA ILMU ini.

Motivasiagama Training And Consultancy (MATC)

MATC adalah sebuah syarikat MOTIVASI yang saya kendalikan sendiri. Hampir seratus buah sekolah dan IPT telah menjemput saya berkongsi pengalaman kehidupan saya dari pelajar gagal di kelas Terakhir hingga Berjaya seperti hari ini. Diploma in Mechatronic Engineering, Diploma in Syariah and Bachelor in Fiqh and Usul Fiqh (Jordan)(Last Sem).

Friday, March 13, 2015

FIQH NON MUSLIM : Hukum Sedekah Terhadap Rumah Kebajikan Non Muslim.



SOALAN :-

Assalamualaikum sahabat maaf menggangu
I need the answer as soon as possible
Just nk tnya saya ada buat charity event for rumah kbjikan..saya pnya ktua tu org..non muslim...n then dia pilih..rumah kbajikan. Non muslim..saya dan kawan2 bru tahu dan kitorg dah buat fund raising..jual mcm2 just nk tlong mereka ni..tp rupnya non muslim..so apa tindakan y sepatutnya..harp maaf menggangu..

Jwpn :
Hukum bersedekah kepada "Persatuan Kebajikan Non Muslim (Harus) berdasarkan hujah berikut.
A. Surah Al-Mumtahanah : 8
(لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ) [Surat Al-Mumtahana : 8]
Terjemahan :
Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku Adil terhadap orang yang tidak memerangi kamu dalam urusan agama, dan tidak mengusir kamu dar kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah maha mengasihi orang yang berlaku Adil.

Merujuk Tafsir Ibn Kathir pada menafsirkan ayat diatas.
"Tidak dilarang berbuat Ihsan@ Baik terhadap orang Kafir yang tidak memerangi kamu atas agama kamu seperti Wanita dan Orang2 yang lemah"
RUJUKAN : Tafsir Ibnu Kathir, Terbitan Dar Taibah, Cetakan : 2002, Jilid : 8, M/s : 90.

B. PANDANGAN IMAM SYAFIE.
Al-Umm, Kitab Zakat, Bab Saqadah Sunat terhadap Orang Musyrik, Terbitan Dar Faiha' Jilid 3, M/s : 157
Berkata Imam Syafie : Tidak mengapa untuk sedekah terhadap orang Musyrik sedekah Sunat, Akan Tetapi tidak boleh sedekah Fardhu (Zakat) terhadap mereka. Berdasarkan dalil : - Surah Al-Insan : 8
(وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا) [Surat Al-Insan : 8]
Terjemahan :
"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak Yatim dan orang yag "ditawan".

Didalam Tafsir Ibnu Kathir Jil 8, M/s : 288 (Seperti Rujukan Kitab Diatas) dalam menafsirkan maksud "Tawanan" ialah :
Sesungguhnya nabi s.a.w pada hari peperangan badar (Selepas Perang) menyuruh para sahabat untuk memulikan para tawanan dengan mendahulukan tawanan makan tengah hari berbanding mereka sendiri. (Kata-kata ini diambil dari Said bin Jubair, Ata' Dan Qatadah)

C. PANDANGAN SYEIKH IBN UTHAIMIN
Syaikh Muhammad Saalih Al-Munajjid dalam menjawab persolan ini dilaman web beliau IslamQ&A menukilkan pandangan syeikh Ibnu Uthaimin. Syeikh Uthaimin berpandangan "harus" menderma kepada persatuan kebajikan Non-Muslim selagi mana mereka tidak memerangi agama kita dan tidak menghalau kita dari penempatan kita. Sekiranya mereka melakukan hal sedemikian, maka tidak perlu untuk kita menderma kepada mereka.

KESIMPULAN.
1. Islam mengharuskan membantu Persatuan Kebajikan Non-Muslim.
2. Membantu Non-Muslim sebenarnya adalah salah satu Dakwah kita kepada Non Muslim. Banyak kes kemasukan Non-Muslim kedalam Islam kerana Bantuana dari Muslim kepada Non Muslim.
3. Walaubagaimanapun jika diberi pilihan, sebaiknya Rumah Kebajikan Muslim didahulukan.
4. Walaupun Harus membantu non Muslim. Sebaiknya jadikan peluang kebajikan ini untuk menyebarkan kebaikan dan dakwah Islam kepada Non Muslim. Moga dengan kebaikan kita ini akan membuka pintu hati mereka untuk menerima Islam.

ASSALAMUALAIKUM DUNIA : Islam For All
..............................................................................................
Hafidz Zawawi
Tahun 4
Fiqh Wal Usul Fiqh
UNIVERSITI AL-BAYT JORDAN.

FIQH PUASA : Hukum Seorang Wanita Berbuka Puasa Kerana Risaukan Kesihatan Diri dan Anaknya.




FIQH PUASA :
HUKUM WANITA BERBUKA PUASA KERANA RISAUKAN KESIHATANNYA DAN BAYI TERJEJAS. (Mazhab Syafie)

Jwpn.
A. Jika seorang wanita mengandung @ menyusukan anak berbuka Puasa kerana risaukan dirinya. Cukup sekadar Qada.

Dalil Surah Al-Baqarah Ayat
وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ 
[Surat Al-Baqara : 185]

B. Jika seorang wanita mengadung berbuka puasa kerana risaukan diri dan anaknya. Maka wajib baginya FIDIYYAH dan QADA.




P/s : Adapun pandangan Qada dan Fidiyyah ini masih khilaf dikalangan Mazhab Syafie sendiri. Samaada Wajib Qada bersama fidiyyah @ Qada sahaja. Walaubagaimanapun, pandangan utama dalam masalah ini ialah QADA dan FIDIYYAH.

Rujukan : Mughni Muhtaj, Khatib As-Syarbini, Bab Apabila Berbuka Puasa Wanita Hamil Atau Menyuskan Anak Kerana Takut kecelakaan terhadap dirinya...
Cetakan Darul Faiha' (Dimasyk), Jil 2, M/s : 207-208

.......................................................................................................................................................
Hafidz Zawawi
Tahun 4
Fiqh Dan Usul Fiqh Universiti Al-Bayt

Monday, March 9, 2015

FIQH PUASA : Hukum Fidiyyah Bagi Orang Yang Meninggalkan Puasa Dan Tidak Qada Hingga Ramadhan Akan Datang. (Satu Perbandingan)





FIQH PUASA :

1. Hukum Lelaki @ Wanita Yang Tidak Sempat Qada Puasa Sebelum Datang Ramadhan Baru.

2. Hukum Muslim yang tidak Pernah puasa walaupun aqil baligh, wajib Qada Puasa dan bayar fidyyah dengan bertambah fidiyyah mengikut tahun?

JWPN.
Setakat rujukan saya, memang Ulama Mazhab Syafie, mewajibkan bagi hukum diatas seseorang yg tidak puasa dan tidak sempat ganti puasa sehingga datang ramdhan yang baru. Maka muslim tersebut wajib Qada Puasa + bayar fidayah dengan bertambah fidiyyah setiap tahun ditinggalkan. Contoh Beliau meninggalkan puasa 1 Hari dan tak sempat Qada 2 Tahun:-

1 Hari Puasa  (Fidiyyah×2 Tahun) = 2 Fidyyah. Begitulah pengiraan seterusnya.

Pandangan ini ada dalam Majoriti Kitab Mazhab Syafie samaada yang Moden @ Thurah. Seperti Mu'tamad (Dr Muhammad Zuhailly) Jil 2, M/s 203 Darul Falah , Fiqh Manhaji (Dr Mustafha Bhugo dan Kawan)  Jil 1 M/s 350 dan Kitab Mughi Muhtaj (Khatib Syarbini) Jil 2 M/s 210-211 Dar Faiha' Damsyik.



Mughni Muhtaj (Khatib As-Syarbini)




Al-Mu'tamad (Dr Muhammad Az-Zuhaily)




Fiqh Manhaji (Dr Mustafha Bugho Dan Kawan)


Walaubagaimanapun, tiada sumber DALIL bagi pandangan diatas W/A. Saya juga cuba merujuk kepada Kitab Al-Umm (Kitab Imam Syafi) namun tidak berjumpa dengan pandangan tersebut dan dalil bagi masalah diatas.

Didalam Mausuah Fiqh Islami (Dr Wahbah Al-Zuhaily)  (Jil 2, M/s : 606, Darul Fikr) mengemukan semua pandangan Mazhab dalam masalah ini. Dan semua mazhab mengatakan Qada Puasa dan Wajib fiddyah bagi masalah diatas kecuali (Mazhab Hanafi). Mazhab Hanafi berdalilkan ayat quran Al-Baqarah : 184.
فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعد من أيام أخر.
"Sesiapa dikalangan Kamu sakit atau dalam perjalanan (Lalu Berbuka), maka gantilah puasa pada hari yag lain"



Mausuah Fiqh Islami (Dr Wahbah Az-Zuhaily)

KESIMPULAN
1. Ulama Mazhab Syafie mengemukan pandangan diatas atas tujuan yang baik untuk memastikan Setiap Muslim Qada Puasa kerana ianya kewajipan yang ditetapkan Oleh Allah.

2. Adapun Ijtihad yg dilakukan oleh mereka kita doakan akan mendapat salah satu dari 2 pahala kerana telah berusaha sedaya upaya untuk menjaga Agama Allah. Moga Allah merahmati para Mujtahid.

3. Walaubagaimanapun Kaedah Fiqh ada menyebut : لا يقدم الإجتهاد على النص tidak boleh didahulu Ijtihad diatas Nas.

4. Ayat Quran yang digunakan oleh Mazhab Hanafi jelas menunjukkan Allah hanya mewajibkan ganti puasa tanpa Fiddiyyah.

5. Berpandukan ayat selepas diatas juga menunjukkan Allah menginginkan kemudahan kepada hambanyanya. AL- Baqarah : 185.

فمن كان منكم مريضا أو على سفر  ، فعد من أيام أخر يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر.

"Sesiapa dikalangan Kamu sakit atau dalam perjalanan (Lalu Berbuka), maka gantilah puasa pada hari yag lain". Allah menginginkan kemudahan kepada kamu dan bukan kesukaran kepada kamu.

6. Jesteru pandangan Mazbah Hanafi lebih dilihat menepati maksud ayat diatas.

7. Qada Puasa Tanpa Fidiyyah.

W/A.

Hafidz Zawawi.
Tahun 4 Universiti Al-Bayt Jordan
Fiqh Dan Usul Fiqh

Wednesday, March 4, 2015

MENUJU IMPIAN MALAYSIA BARU !!!


Hidup tanpa IMPIAN,
Umpama Bangkai Bernyawa
Agak keras perumpamaan,
namun itulah realitinya

Ramai manusia punya Impian,
Namun Ramai yang malu dengan Impian Mereka
Malu diketawakan orang barangkali,

Namun, orang yang berjaya seringkali diketawakan
Seringkali gagal, Sering kali dikecewakan
Namun mereka tidak pernah malu untuk terus mengejar cita-cita
Membuktikan pada dunia mereka MAMPU.

Jika anda berfikir untuk merubah DUNIA,
Ayuh Ubahnya Sekarang
Biar Mereka Ketawakan Anda
Namun Pastikan Mereka TERDIAM melihat "KEJAYAAN ANDA"

p/s : Never Ever Give Up!!!