NEVER EVER GIVE UP!!!

Monday, July 20, 2015

MOTIVASI USAHAWAN : 4 TIPS MENINGKATKAN JUALAN PRODUK ANDA



1. GUNAKAN MATA DAN TELINGA ANDA
Jadikan Mata dan Teliga anda sentiasa terbuka dan mendengar sebarang respon daripada pelangan anda. Pelanggan adalah duit anda. Anda perlu menjual apa yang mereka mahu bukan apa yang anda mahu. Jesteru sebarang respon berkaitan produk anda daripada mereka perlu anda perbaiki segera. Ianya seperti program khidmat pelanggan. Lihat bagaimana syarikat besar seperti CELCOM sebagai contohnya. Mereka menyediakan talian khidmat pelanggan untuk meningkat lagi kekurangan perkidmatan mereka. TERBUKA dalam menerima respon pelanggan akan menyebabkan mereka HORMAT kepada syarikat anda dan jangan terkejut mereka akan jadi PELANGGAN TETAP anda.

2. GUNAKAN AKAL DAN BERFIKIR
Ianya nampak mudah namun ramai dikalangan "SO CALLED" "USAHAWAN" yang kecundang kerana mereka tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu untuk produk dan syarikat anda. Banyak perkara yang perlu anda pelajari untuk menjadi USAHAWAN yang berjaya. Dan caranya adalah anda perlu MEMBACA buku-buku usahawan perniagaan, sertai kursus usahawan. Semua perkara ini akan menyebabkan anda lebih mudah berfikir dan merancang strategi syarikat. Ingat kehendak pelanggan setiap hari sentiasa berubah. Dulu mungkin BAJU MELAYU adalah pakaian yang laris dihari raya bukan, tapi hari ini??? JUBAH sudah menjadi kemestian di hari raya. Keinginan pelanggan berubah bukan??? Anda akan MUFLIS jika STATIK dengan strategi lapuk anda. Kreatif dan berfikirlah. Pastinya dengan itu, anda akan menjadi USAHAWAN KAYA dan BERJAYA.


3. FOKUS PADA MATLAMAT JUALAN
80% orang yang menulis Matlamatnya berjaya mengapai sasaran yang ditetapkan. Jesteru anda tetapkan sasaran mingguan dan bulanan anda. Berapa produk yang ingin anda jual dalam seminggu. 100 produk mungkin ???. Print, besarkan sasaran anda dan letakkan di meja anda dan setiap pekerja anda. Mulakan pagi anda dengan melihat MATLAMAT itu setiap JAM. Anda pasti BERSEMANGAT dan JUALAN ANDA PASTI MENINGKAT!!! 

4. ELAKKAN SALAH KIRA DALAM KEWANGAN.
Orang kaya yang berjaya, mengira setiap sen duit yang masuk dan keluar dari syarikatnya. Kerana setiap sen itu amat berharga. Jesteru anda perlu peka dengan keluar masuk kewangan syarikat anda. Amat menyedihkan apabila jualan meningkat namun anda bazirkan keuntungan atas perkara yang tidak perlu. Anda tetap jugi dan bakal muflis. Jesteru sediakan akaun perniagaan anda. Catat setiap keluar masuk produk, Kos tersembunyi seperti (Kos Internet, Kos Top-up, Makan dengan Pelanggan dan Sebagianya). Beli hanya barang keperluan syarikat. Ingat jangan MEMBAZIR keuntungan anda kepada benda yang tidak memberi pulangan. Belanjakan kepada perkara yang perlu sahaja seperti REBET kepada pelanggan yang membeli banyak, BONUS kepada pekerja yang mendapat hasil jualan tertinggi, Pelaburan untuk PROMOSI produk dan sebagainya. Anda pasti bersemangat jika melihat aliran tunai yang banyak dalam AKAUN anda. Ianya akan menjadi PEMANGKIN semangat untuk anda dan pekerja UNTUK terus menjual. Produktiviti meningkat dan anda akan makin KAYA dan BERJAYA!!!

0 comments :