NEVER EVER GIVE UP!!!

Monday, July 20, 2015

MOTIVASI POLITIK : Menjawab TULISAN (SEBUAH GERAKAN ISLAM di MALAYSIA) Berkaitan Hadist "Al-Jamaah.

MOTIVASI POLITIK : Menjawab TULISAN (SEBUAH GERAKAN ISLAM di MALAYSIA) Berkaitan Hadist "Al-Jamaah.


Saya amat menyayangi tokoh yang menulis tulisan ini, namun kebenaran lebih saya sayangi. Hadist ini berkaitan dengan hadist Huzaifah. Saya melihat hadist ini tidak dihuraikan secara menyeluruh oleh penulis. Jesteru jawapan saya akan saya permudahkan dengan point-point berikut :-
POINT 1 : MAKSUD "AL-JAMAAH" OLEH IMAM TABARI DALAM FATHUL BARI Dalam menghuraikan Hadist ini (Hadist Al-Jamaah)
Penulis tersebut, menaqalkan pandangan Imam Tabari dalam Fathul Bari. Berikut saya naqalkan kembali tulisan beliau :-
"Imam Tabari selepas menukilkan pendapat yang pelbagai kemudiannya membuat kesimpulan:
“" والصواب أن المراد من الخبر لزوم الجماعة الذين في طاعة من اجتمعوا على تأميره ، فمن نكث بيعته خرج عن الجماعة"
Maksudnya: Dan yang benar dikehendaki daripada maksud hadis ialah beriltizam dengan jemaah yang ditaati oleh kesepakatan ramai untuk mematuhi arahannya. Barangsiapa yang enggan memberikan baiahnya (sokongannya) maka ia telah terkeluar daripada jemaah. (Rujuk Al-Fathul Baari: 13/37)."
Kemudian Penulis tersebut membawa Pandangan Imam Syatibi :-
"Begitu juga Imam Syatibi di dalam kitab Al-Iktisam (2: 260-265) membuat kesimpulan setelah menukilkan pelbagai pendapat berkenaan tafsiran Jemaah Islam dengan menyebut:
وحاصله أن الجماعة راجعة إلى الاجتماع على الإمام الموافق لكتاب الله والسنة ، وذلك ظاهر في أن الاجتماع على غير سنة خارج عن الجماعة المذكورة في الأحاديث المذكورة
Maksudnya: “Kesimpulannya, maksud jemaah merujuk kepada kesatuan (orang ramai untuk mentaati) pemimpin yang selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Yang demikian itu jelas bahawa kesepakatan berdasarkan selain sunnah adalah terkeluar daripada jemaah yang disebut di dalam hadis tersebut.”
PERSOALANNYA SIAPAKAH ORANG YANG PATUT DIPATUHI MERUJUK PANDANGAN IMAM TABARI DAN MAKSUD IMAM DALAM ULASAN SYATIBI.
Disini saya kira penulis tersebut KURANG CERMAT apabila MENINGGALKAN MAKSUD SEBENAR IMAM TABARI yang dinaqalkan secara JELAS Oleh Imam Syatibi dalam I'tisam. BERIKUT ADALAH PANDANGAN SEBENAR IMAM TABARI BERKAITAN AL-JAMAAH :
ما اختاره الطبري الإمام من أن الجماعة جماعة المسلمين إذا اجتمعوا على أمير ، فأمر عليه الصلاة والسلام بلزومه ونهى عن فراق الأمة فيما اجتمعوا عليه من تقديمه عليهم .
Pendapat yang dipilih Imam Ath Thabari, yaitu bahwa Al Jama’ah adalah jama’ah kaum muslimin yang berkumpul di bawah pemerintahan. Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam memerintahkan ummat untuk berpegang pada pemerintahnya dan melarang memecah belah apa yang telah dipersatukan oleh umat sebelumnya.
KESIMPULAN POINT 1 : Maksud Imam Tabari adalah JAMAAH MUSLIM yang dibawah PEMERINTAHAN. Iaitu ketaatan kepada pemerintah NEGARA. Bukan dibawah JEMAAH ISLAM ialah yang difahami penulis.
POINT KE-2 : KONTEKS HADIST AL-JAMAAH
Hadsit Al-Jamaah perlu dirujuk secara lengkap melengkapi kerana ianya ada banyak. Maka kita akan memahami bahawa maksud sebenar nabi s.a.w adalah jangan keluar dari JAMAAH UMAT ISLAM yang diperintah Oleh Khalifah Islam. Sila rujuk hadsit Al-Jamaah yang lain. Saya tidak kemukakan disini untuk menjimatkan ruang.
POINT KE -3 HADIST TIDAK BOLEH DITAFSIRKAN DENGAN WAQI?
Hadsit yang berkaitan Siasah @ Muamalat memerlukan TAFSIRAN Semasa. Sekiranya tidak Hadist tersebut akan nampak pelik dan Canggung. Apa yang ingin kita tafsirkan berkaitan HADIST MENGUSAHAKAN TANAH TERBIAR dalam tempoh 3 Tahun, Hadsit Nabi tidak menetapkan Harga Barang dan sebagainya. Adakah kita ingini melihat Islam dipandang LUCU dengan Tafsiran LITERAL sebegitu?
POINT KE-4 : KESAN KELUAR JEMAAH ISLAM???
Hadist ini jika merujuk kepada JEMAAH ISLAM tertentu sahaja akan memberi IMPIKASI KESAN yang dinyatakan oleh Nabi IAITU terkeluar ISLAM. Kesannya cukup besar. Penulis menukilkan pandangan dibawah :-
"Kontek Ikhwan Al-Muslimun (Imam Hassan Al-Banna) sebagaimana yang saya faham daripada penglibatan saya di dalam Ikhwan sewaktu belajar, bahawa kami merupakan salah satu jemaah daripada jemaah-jemaah Islam dalam konteks dunia kerana di Pakistan ada Jamaat Al-Islamiah, di Indonesia ada mahsyumi, di Turki ada gerakan islam yang ditinggalkan oleh Badiuzzaman Said An-Nursi dan sebagainya. Konteks ini memaksudkan bahawa hubungan gerakan-gerakan Islam adalah rapat dan baik antara satu sama lain menyebabkan gerakan-gerakan ini sentiasa mengadakan pertemuan dan perbincangan tahunan sampai ke hari ini"
Jika ini yang dimaksudkan? Apa hukum Orang diluar Jemaah ISLAM?
Berhati-Hatilah dalam menukilkan Nas Agama...
KESIMPULAN : Hadist Al-Jamaah perlu dinilai dengan Amat CERMAT. Silap langkah dalam memberi penerangan, akan menyebabkan orang bawahan "BERKEMUGKINAN" (Moga Dijauhi) terjebak dalam ISU TAKFIR. ISLAM bukan mengikut kehendak kita. Tapi kitalah MESTI MENGIKUT ARAH CONDONG HUJAH ISLAM.
ISTIQAMAH ATAS KEBENARAN
Abu Umar Al Faruq
Mafraq,
Jordan.
3 Julai 2015

0 comments :