NEVER EVER GIVE UP!!!

Monday, July 20, 2015

MOTIVASIAGAMA : Hukum Cerai Ta'lik (Talaq Muaalaq) - FATWA DR YUSUF AL-QARADAWI -


SOALAN : Apakah Hukum Cerai Secara Ta'lik. Sebagai contoh Lafaz.
"Jatuh Talak 3 Kepada Isteri Saya Sekiranya Saya Melompat Parti"


JAWAPAN :-
Isu diatas adalah berkaitan cerai ta'lik. Jesteru kita perlu merujuk kepada Isu pokok iaitu adakah jatuh talaq cerai secara Ta'liq?
Dr Yusuf Al-Qaradawi apabila ditanya berkaitan Isu Cerai Ta'liq, beliau menjawab dengan kenyataan berikut :-
"Sesungguhnya pandangan yang saya berpegang padanya dan yang telah saya fatwakan sejak bertahun lamanya adalah -
SESUNGGUHNYA TALAK MUAALAQ YANG TERIKAT TALAQ ITU DENGAN SESUATU ATAU LARANGAN SESUATU (BUKANLAH TALAQ YANG DISYARIATKAN OLEH ALLAH S.W.T) UNTUK MEMISAHKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI.
AKAN TETAPI IA BERKAITAN DENGAN SUMPAH. SEKIRANYA JIKA DIA MELANGGAR SUMPAH ITU MAKA CUKUPLAH BAGI DIA UNTUK MEMBAYAR KAFARAH SUMPAH IAITU (Memberi 10 Makan Orang Miskin @ 10 Orang Pakaian)
Pandangan ini adalah pandangan sebahagian SALAF yang dirajihkan oleh Ibnu Taimiyyah Dan Anak Muridnya Imam Ibn Qayyim. Pandangan ini saya (DYQ) pilih dan rajihkan. Saya melihat ianya sesuai dengan Ruh Islam. Pandangan ini juga adalah pandangan ramai AHLI ILMU dan AHLI FATWA dizaman kita ini.
RUJUKAN : Dr Yusuf Al-Qaradawi, Fatawa Muasirah, Jil 3, M/s :342, Cetakan Darul Qalam Linnasyar Wa Tauzi' KUWAIT. 2013
-------
KESIMPULAN HUKUM :
Bagi Masalah CERAI TA'LIQ "TAK JATUH TALAQ". Inilah pandangan yang dipegang oleh KETUA ULAMA DUNIA Dr Yusuf Qaradawi. Berkaitan Kafarah melanggari Sumpah dibawah adalah dalilnya :-
Firman Allah:
(سورة الsمائدة)(٨٩)
لاَ يُؤَاخِذُكُمُ اللّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَـكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ الأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُواْ أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
TERJEMAHAN
Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja. Maka kaffarat (melanggar) sumpah ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukumNya agar kamu bersyukur (kepadaNya).
(Al-Maaidah 5:89)
------------
Hafidz Zawawi,
Tahun Akhir,
Fiqh Dan Usul Fiqh,
Universiti Al-Bayt,
Mafraq, JORDAN.
14.7.2015
ISTIQAMAH ATAS KEBENARAN

0 comments :