PERPADUAN UMMAH
Bismillahhirahmanirahim . . .
“Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara”
(Surah Al-Hujurat: 10)
Artikel ini ini ditulis bukan atas dasar politik kenegaraan, namun atas dasar kasih sayang sesama Islam seperti ayat Allah s.w.t diatas. Hari ini negara kita mengalami terlalu banyak kecamukan dalam negara hingga membuka ruang seluasnya untuk ‘orang lain’ mengambil kesempatan dan meminta perbagai tuntutan warisan diatas keruntuhan ukuwah Islam antara kita. Semua ini hanya menjadikan kita lemah disamping menguatkan kuasa ‘orang lain’ dan memungkinkan kita akan dijajah diatas kesombongan politik yang melampau hingga meletakkan hukum Allah mengatasi logikal politik kita. Benar seperti firman Allah s.w.t
“Dan janganlah kamu bersengketa, maka kamu akan gagal (lemah) dan hilang kehebatan kamu”.
(Surah Al-Anfal: 46)
Mungkin kita perlu merujuk fakta sejarah yang lebih lampau berbanding sejarah persengketaan yang dicanangkan pada 1975. Perang Jamal sebenarnya telah menggambarkan segalanya. Betapa menyesalnya Saidina Ali Bin Abi Talib bila melihat Talhah bin ‘Ubaidah terbunuh kita itu. Sehingga Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a. yang berada di pihak yang bertentangan dengan Talhah melihat jenazah Talhah yang terkorban berkata:
“Semoga Allah merahmatimu wahai Abu Muhammad (Talhah)! Amat berat perasaanku melihat engkau diserang di bawah bintang langit. Kepada Allah aku mengadu kelemahan dan dukacitaku. Demi Allah! Aku lebih suka sekiranya aku meninggal sejak dua puluh tahun yang lalu. (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/257). Namun penyesalan ketika itu tidak lagi dapat mengubah catatan sejarah.
Kita sepatutnya mengambil iktibar daripada sejarah ini. Para sahabat sebenarnya tidak bersalah namun tertipu dengan perancangan rapi pengkhianat Abdullah bin Saba’ yang mengadakan serangan mengejut lantas menjerumuskan tentera Ali dan Aisyah ke kancah pertempuran sesama Islam. Jangan lagi kita mengulangi ‘perang saudara Islam’ yang hanya merugikan kita.
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”
(Surah al-Hujurat: ayat 10).
Namun anehnya, bila proses perdamaian berlaku. Ada sahaja golongan yang menentangkan suruhan Allah seperti ayat diatas seolah-olah ingin ‘mengulangi sejarah’ perang Jamal dan kisah pengkhinatan Abdullah Bin Saba’. Adakah kita masih lagi angkuh dengan meletakkan ideologi politik kita mengatasi kemaslahatan umat Islam. Sahabat seislamku, terlalu banyak suruhan Nabi Muhammad untuk kita bersatu.
Nabi s.a.w menyebut: “Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabah: Bahkan. Sabda baginda: “Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)”
(Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).
Dan nabi kita melarang kita berkeras hati dan berterusan dalam perbalahan
“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Firman Allah s.w.t: (maksudnya)
..kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (RasulNya (al-Sunnah) – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
(Surah al-Nisa: ayat 59).
Jelas semua persengketaan kita perlu dirujuk pada Quran dan Al-Hadist dan bukan pada pengalaman politik kita semata-mata. Manusia adalah makluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t untuk berfikir berpandukan Quran dan Hadist. Jesteru itu, amat tidak pantas bagi kita membelakangkan dalil sahih yang ada dan berhujah dengan pengalaman politik kita semata-mata.
Mungkin sejarah perang Jamal terlalu lama untuk dirungkaikan hingga menimbulkan keraguan kepada mereka yang ketandusan ilmu sejarah Islam. Baik kita rujuk sejarah yang tak sampai satu dekad meninggalkan kita. Perang Iraq, pasti ramai yang mengetahuinya. Semuanya bermula bila ada rakyat Iraq sendiri yang belot kononya dizalimi dan ditindak oleh Saddam Hussin.
Terus mereka berpakat dengan kafir Amerika untuk menjatuhkan Saddam Hussin, seorang pemimpin yang beragama Islam kepada sebuah negara Islam. Akhirnya apa yang rakyat Iraq dapat hari ini??? Hujan peluru hidup, dentuman bom yang mencacatkan anak kecil, anak gadis dan isteri mereka diperkosa, kemiskinan, jenayah berluasa dan apa yang tidak ada selain kesengsaraan dan tangisan kelaparan sahaja.
Orang-orang beriman tidak akan mengambil orang kafir sebagai pemimpin mereka dengan mengetepikan orang beriman. Barangsiapa yang melakukan perkara tersebut, maka Allah tidak akan merestuinya.
(Surah Al-Imran:28)
Hari ini kita bergabung dengan dengan bukan Islam untuk menjatuhkan kerajaan yang kononya sangat-sangat zalim. Persoalanya, Adakah kezaliman pemimpin kita sezalim Saddam Hussin yang telah membunuh ribuan puak Kurdish dengan senjata kimia?. Kita hari ini berbangga bersatu dengan pemimpin bukan Islam yang kononya lebih adil. Sedangkan meja perdamaian untuk ‘Persaudaraan Islam’ dinafikan?.
Namun alhamdullillah, Allah s.w.t masih sayangkan kita. Nasaruddin ke-2 @ Ustaz Nasaruddin Tantawi telah dibukakan hatinya oleh Allah untuk menghulurkan bunga-bunga perpaduan kepada Datuk RazaliIbrahim. Sama-sama kita doakan. Moga-moga bunga-bunga perpaduan ini akan menghasilkan pokok perpaduan yang utuh bertungjangkan kasih sayang sesama Islam.
“Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
(Surah Al-Hujurat:9)
0 comments :
Post a Comment