أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬
(Al-Baqarah : 214). Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
Sunnah dalam berjuang, pastinya kita akan melalui jalan yang penuh dengan onak dan duri. Dan pastinya jalan kebaikan juga, Allah hiasinya bertentangan dengan nafsu syahwat kita. Manakala jalan ke neraka, dihiasi dengan cantik dan mengikut kehendak nafsu semata. Semua ini adalah sebagai dugaan bagi kita hambanya. Yang pastinya untuk menguji sejauh mana kekentalan kita dan kesungguhan kita untuk menggapai syurga Allah yang sangat mahal itu.
Sahabatku jalan kita untuk menuju kebaikan tidak akan dihamparkan dengan permaidani merah, tidak akan disanjung oleh pujian manusia mahupun manisnya harta. Namun jalan yang kita lalui pasti berdepan 1001 cabaran yang bisa melemahkan kaki kita untuk melangkah lagi. Sahabatku, andai ini jalan yang kamu pilih, bersedialah kamu untuk difitnah oleh orang mukmin yang mendengkimu, bersedia juga untuk dicaci cerca kaum kerabatmu, dikhinati oleh sahabat sejatimu dan dijatuhkan maruahmu oleh mereka yang berhati busuk padamu. Kerana inilah jalan yang dilalui oleh para daie dan rasul Allah…
Jangan bersedih sahabatku, andai kamu berasa sendirian menghadapi masalah ini, hingga kamu rasanya seluruh penduduk bumi ini memusuhimu. Tenang sahabatku… (Jangan Takut dan bersedih, Allah sentiasa bersamamu). Dan juga Percayalah Allah dekat sahaja padamu. Dan sentiasa bersamamu saat senang dan susuh, Walaupun saat senang kita melupakan Allah, namun Allah tetap bersama disaat susah kita.
Aku berpesan pada diriku terutamanya dan juga seluruh temanku, berwaspadalah pada keingingin nafsu didalam ayat dibawah, kerana ia akan bisa menghancurkan saat kemanisan kita beribadah kepada Allah.
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٲتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَـٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَٲلِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِz
(Al-Imran : 14). Dihiaskan nafsu manusia itu dengan beberapa perkara, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Nabi Muhammad pernah ditawarkan untuk menukarkan kebahgiaanya dijalan Allah dengan 3 perkara yang diidami oleh setiap manusia yang bergelar Lelaki. Harta pangkat dan wanita. Namun semua itu tidak menjejaskan semangatnya, malah terus berjuang sehingga akhir hayatnya. Dan seluruh hidupnya dihabiskan untuk agama Islam Yang suci ini. Bersemangatlah sahabatku. Bersemangatlah…
0 comments :
Post a Comment