
Program ini berlangsung, pada tahun 2013 di Universiti Malaysia Cawangan Nilam Puri bersama Dr Asri Zainal Abidin (USM) dan Prof Dr Najibah (UIA).
Tidak Salah Menghormati Orang Lain, Namun Jangan Pernah Pandang Rendah Pada Diri Sendiri.
Perjalanan Di Pencetus Ummah Mengajar Saya Banyak Perkara, Betapa Penting Seorang Daie "WAJIB BERILMU". Disebabkan itu saya bermusafir ke JORDAN untuk menimba ILMU.
Waktu ini saya sudah berada di Jordan. Dan ini HADIAH terindah buat IBU SAYA yang tak pernah putus asa memberi semangat untuk saya terus berlari laju dalam KEMBARA ILMU ini.
MATC adalah sebuah syarikat MOTIVASI yang saya kendalikan sendiri. Hampir seratus buah sekolah dan IPT telah menjemput saya berkongsi pengalaman kehidupan saya dari pelajar gagal di kelas Terakhir hingga Berjaya seperti hari ini. Diploma in Mechatronic Engineering, Diploma in Syariah and Bachelor in Fiqh and Usul Fiqh (Jordan)(Last Sem).


Aku masih disini…
Meredah jalan hitam yang masih gelap
Berpandukan cahaya iman yang semakin MALAP
Dek kerana letihnya mengharap
Kata Orang…
Semakin kita menapak langkah kehadapan
Harapan dan tujuan kita makin dekat untuk sampai
Namun aku hairan bila,
Garis PENAMAT bagi harapan kebahgian, kian jauh dan hilang.
Hidup Ini umpama roda yang berputar…
Adakala kita dijulang keawan
Kadangkala pula kita dilempar jatuh dari AWAN…
Dan aku kini merasa peritnya jatuh dari awan…
Kecamukan di medah PEPERANGAN
Tidaklah sehebat kecelaruan hati yang disentap kebahgiannya
Kerana perit hati yang disentap
Bisa mematah parut luka yang tidak akan pernah PADAM…
Semoga ALLAH mentakdirkan bagiku jawapan bagi mengisi KEKUATAN YANG HILANG
seperti terjawabnya ritihan kesedihan dalam kisah Cinta Indah Ummu Salamah
Disaat kesyahidan suami tercinta di medan jihad. . .
Ummu Salamah radhiallahu ‘anha mengisahkan: Aku pernah mendengarRasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Barang siapa ditimpa musibah, selanjutnya ia berkata:….
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْ نِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَأَخْلِفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا
”Dan tatkala suamiku Abu Salamah meninggal dunia, akupun mengucapkan ucapan itu, sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan ternyata Allah menggantikanku dengan yang lebih baik dariAbu Salamah, yaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (HR. al-Bukhari