NEVER EVER GIVE UP!!!

Saturday, June 21, 2008

Own Photograph

KEHEBATAN TAKWA PADA ALLAH!!!


Assalamualaikum buat seluruh teman se-Islamku. Kehebatan Takwa itulah mutiara hikmat yang ingin saya kongsi bersama dengan teman sekelian.

Definisi Takwa (Al-Quran)

Definisi takwa merujuk kepada Surah Al-Baqarah ayat 3-5:-

“Mereka beriman dengan perkara ghaib, mendirikan solat serta menafkah rezeki allah yang telah diamanahkan keatas mereka”.

Jelas disini asas takwa yang paling jelas merujuk pada Surah diatas ada 3:-

  1. Beriman kepada perkara ghaib
  2. Mendirikan solat
  3. Sedekah dan mengeluarkan zakat

Kalau boleh kita rungkai bersama maksud ayat diatas mengapa Allah S.W.T meletakkan percaya kepada perkara ghaib lebih utama dari solat dan ibadat lain? Sahabatku… maksud perkara ghaib itu sendiri mempunyai makna yang cukup luas. Definisi mudahnya adalah apa sahaja perkara yang tidak dapat dilihat mahupun dirasa secara fizikal contoh yang paling nyata merujuk pada konteks ayat diatas pastinya ALLAH s.w.t.

Asas kepada ubudiah kepada allah pastinya yakin pada kekuasaan allah, kehebatannya, kasih sayangnya dan paling utama yakin bahawa Allah s.w.t itu sentiasa bersama kita dan sentiasa memaafkan kita walaupun dosa kita seluas langit dan bumi dan mengulangi dosa yang sama dia tetap memaafkan kita selagi mana kita insaf dan bertaubat. Begitulah hebatnya kasih dan cintanya allah pada hambanya.

Ayuh teman mari kita rujuk sejarah betapa hebatnya kuasa TAKWA hingga merubah seorang manusia biasa kepada manusia ulung yang sehingga kini sejarah mereka tidak luput dari batasan masa berlalu waluapun ia merupakan peristiwa 1429 tahun yang lepas….

Medan Badar cukup untuk mengambarkan betapa perkasa dan gagahnya Kuasa Takwa kepada Allah s.w.t. 313 merupakan angka yang cukup keramat bagi seluruh umat islam zaman berzaman. Kerana takwa pada allah tentera islam dengan cukup berani berperang maju bertempur tampa undur menentang musuh allah taala “kafir laknatullah” seramai 1000 orang lengkap bersenjata perang dan berkuda. Sedangkan mereka hanya bersenjatakan pedang tumpul tampa perisai dan ada yang berpedangkan pelepah Tamar!!!!

Banyakkan, jelas sekali sahabatku sekelian kuasa takwa pada Allah menerjah jauh logikal akal manusia. Dan kerana kuasa takwa itulah mereka mengapai kejayaan yang cukup indah dan menjadi batu asas kepada kejayaan peperangan islam seterusnya

Kesan Tiada Takwa Kepada Allah

Kesan tiadanya takwa kepada Allah cukup banyak untuk saya huraikan dalam kertas dan pena yang terhad ini namun suka untuk saya ambil kajian yang telah dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan kes bunuh diri. Peratus kes bunuh diri meningkat dari tahun 1950-1995. Peratus bagi lelaki meningkat sebanyak 49% dan bagi wanita 33%, Jika keadaan ini berterusan pada tahun 2020 WHO menganggarkan 1.53juta orang mati keran kes bunuh diri. Untuk pengetahuan sabahat peratus kes bunuh diri paling tinggi melibatkan Negara eropah timur seperti Estonia, Latvia dan Lithuania.

Fakta diatas merujuk kepada Negara bukan islam yang pastinya mereka tiada perasaan yakin kepada ketentuan dan pertolongon allah. Bagi Negara Islam pula fakta yang mengejutkan, didapati rendah kes bunuh diri. Jadual kes bunuh diri melibatkan agama:

Bil

AGAMA

Kadaran dalam (100000)

1

Islam

0.1

2

Kristian

11.2

3

Hindu

9.6

4

Budha

17.9

5

Ateis

25.6

Kesimpulannya sahabatku sekelian, kehebatan Takwa kepada Allah tiada tandingannya. Justeru itu yakinlah pada tali Allah. Insyallah penulis akan cuba untuk membawa sahabat pada keluaran akan datang dengan wadah ilmu dari sudut sains agama dan yang pasti fakta yang akan lebih mengemparkan. Nantikan keluaran motivasiagama yang kedua....

Biodata Penulis.

Untuk makluman sahabat, penulis adalah pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Apa yang diharapkan oleh penulis agar helaian coretan yang saudara sedang pegang ini menjadi salah satu dari cabang ilmu untuk dikongsi bersama sambil mendekatkan diri kita kepada ALLAh s.w.t. Sebarang kritikan atau cadangan untuk menambahbaikan motivasiagama sila emailkan

motivasiagama@yahoo.com

http://motivasiagama.blogspot.com

Zemanta Pixie

0 comments :