SAMAPAI BILA NAK MEROKOK SAHABATKU . . .
Ketika di sekolah dulu aku masih teringat, ramai sahabatku curi-curi isap rokok dalam sekolah. Baru gedhebe katanya. Maklumlah zaman sekolah dulu banyak saingan, baik adik-adik junior yang besar kepala mahupun budak-budak luar sekolah kita. Zaman tu aku faham. Keadaan mungkin sedikit terdesak. Tapi itu dulu sahabatku. Kita kini sedang memalui satu alam yang berbeda. Alam yang penuh tanggjawab dan harapan. Alam yang tidak bisa lagi untuk kita enjoy.
Kelmarin kita remaja, hari ini dewasa dan esok kita semakin tua. Semalan kita masih bujang sahabatku, hari ini kita beristeri dan lusa kita bakal mempunyai anak. Pastinya kita mahu anak kita lebih baik dari kita kehidupannya. Jauh disudut hatii kita tidak lagi mahu anak-anak kita mengikut jejak langkah lorong hitam kehidupan kita yang terbabas dari norma agama yang suci.
Anak-anak bagai kain yang putih saudaraku. Kita yang bakal mencorak arah tuju hidupnya. Namun adakah kita bisa mencorak kain yang putih bersama asap yang meruap dibibir kita menjadi kain yang cantik. Atau kita rela membiarkan kain putih itu menjadi kain yang kotor sepertimana kita???
Sahabatku…
Tanggungjawab kita sudah besar. Kita tidak lagi boleh menjadi pemeting diri sendiri kerana sudah ada 1@2 orang insan yang sedang bergantung harap pada kita. Mana mungkin siibu ketam boleh mengajarkan anaknya berjalan lurus sahabatku. Keputusan ditangan kita.Jadikan dirimu teladan terbaik untuk anakmu
Hijrahlah sahabatku…
Mungkin HIJRAH adalah perkara yang lebih susah daripada susah. Namun Hijrah ini pasti akan menjadi salah satu dari rahmat dan kasih sayang Allah pada kita. Untuk menghasilkan anak yang baik, kita perlu menjadi yang terbaik untuk kita. Fatwa pengharamannya sudah jejas sahabatku tidak ada khilafnya lagi. Berubahlah sahabatku sebelum kita menutup mata.
Salam MaalHijrah Buat Temanku
Al-Hafidz
motivasiagama.blogspot.com
motivasiagama.wordpress.com
0 comments :
Post a Comment