Dugaan itu datang lagi
Dengan kesukaran aku bangun merangkak kembali
Mencari sumber kekuatan yang hilang dari percikan racun kekecewaan.
Dugaan itu datang lagi
Dengan darah dan air mata sedih...
Hati ini begitu sempit rasanya
hingga kadangkala akal ini kurang waras untuk bersabar dengan Tarbiah dari tuhan yang Esa.
Dugaan itu datang lagi
Hingga ku rasa sebagai jasad hidup yang dilempar jauh ke lereng gaung yang curam
masih bernafas untuk terus diuji kesabaran oleh tuhannya
Terus cuba memanjat lereng bukit itu berkali-kali
hingga akhirnya aku jatuh kembali...
Kesakitan ini cukup perit terasa
hingga dalam kelemahan Iman kerana beratnya dugaan itu terpancul dari bibir hambamu yang jahil ini...
اين الله؟؟؟
متى نصر الله؟؟؟
Dimana Allah??? Bilakah pertolongan Allah....sedang hambamu ini terseksa dengan hancurnya jiwa...
إصبروا
فإن الله مع الصابرين
Bersabarlah kerna Allah bersama dengan Orang yang Bersabar...
Aku membuka kitab cinta dari tuhanku yang maha tahu...
(Al-Baqarah: 214)
Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
ألا إن نصر الله قريب
Ya Allah kuatkan hatiku dengan menempuh mehnah yang cukup pedih ini
Aku cuba memujuk hatiku untuk
terus maju tampa undur.
Berlari tampa henti
Untuk terus gagah dan tabah mengharungi sentuhan Qalbu Tarbiahmu.
*Moga hati ini akan terus mengingati Ayat-ayat cintamu Allah.
0 comments :
Post a Comment